Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

It's been 6 years...

Diam tak diam dah 6 tahun usia perkahwinan aku...tahun ni tak dapat apa-apa hadiah daripada Mr.DZ..cuma dia bawak aku sekeluarga pg bercuti jer..percutian ni pun sebenarnya tak dirancang..tiba-tiba jer bangun dari tido dia ajak aku pergi melaka...terkejut berok aku dibuatnya...sblm tu kami countdown anniversary kat KL...sempat gak la aku singgah ke danau kota...dekat kul 2 pagi baru sampai umah..

pagi tu aku pun terus bersiap utk ke melaka...aku asalnya tak nak pegi sebab ati aku lebih berat nak balik kampung, nak pg kawan sekolah aku kawen..tapi memandangkan ini adalah hadiah anniversary dari Mr.Dz maka aku turutkan..lagipun aku dah berpuluh tahun tak jejak kaki ke melaka..banyak tul berubah melaka bandar raya bersejarah tu...time aku ke melaka ni tak kena langsung..sebab tengah cuti sekolah, makanya ramailah manusia-manusia kat sana...nak cari hotel pun susah..sib baik dapat gak hotel klu idak balik putrajaya balik la aku...

Kek Anniversary


Melaka




gambo banyak lagi tapi semunya dalam facebook...maka kunjung-kunjungilah facebook ambo...


 -dZaNiE-

Deco,Deco,Deco...

Lamanya rasa tak pergi IKEA...last pergi masa bulan puasa baru ni...klu pergi tak membeli tu tah sah...muka aku ni nk tengok-tengok jer...hentikan la yani...memandangkan bulan depan dah 2 tahun aku duduk umah tu maka aku nk tukar selera pulak...aku nak mengdeco kembali umah aku tu untuk mencari kelainan..kadang-kadang benda kecik-kecik dan murah pun klu kreatif boleh mencantik kan umah...itu semua perpandukan kreativiti seseorang..aku ni nak kata pandai menghias umah idak la...tapi aku suka sangat bila tengok umah tu cantik dan kemas...rasa tenang sangat...aku tak tau la macam mana ada orang boleh tinggal+duduk dalam umah yang bersepah dan tak tersusun..klu aku serabut..mau aku mengamuk sampai pagi...so aku dah ada beberapa barang yang aku akan cari nanti....diantaranya....

-Frame-


-Candles-


-Vases-


-Candleholders-

Mak oi..banyaknyer nak membeli???ni tak termasuk langsir yang nak ditempah lagi...alamatnya abis la akaun aku korek nanti...kalu kengkawan ada idea macam mana nak mendeco umah dialu-alukan yer...kita kongsi sama-sama...



-dZaNiE-

Pencuri,Penyamun,Perompak,Pencopek....

Bengang di tahap maksima dah aku ni...tak de keje lain ke manusia durjana tu...kenapa la ko tergamak nak amik aku punya Hard Disk, Rem ngan AV Kad????? agaknya klu dia jual boleh jadi jutawan kot...klu boleh jadi jutawan sekalipun tak lama sebab dari hasil haram...yang membuatkan aku marah+bengang segala maklumat Jabatan ada dalam tu...aku risau sekiranya maklumat-maklumat tu dimanipulasikan oleh manusia jahanam tu jer...

Tak pasal-pasal aku kena pegi balai buat report polis...klu polis boleh cari+tangkap sapa punya keje bagus gak ini setakat wat report pastu simpan report tu wat pekasam baik tak payah...

Aku harap sangat yang manusia jahanam ni terima lah pembalasan daripadaNya di atas apa yang dia telah buat...Wahai manusia jahanam, walaupun aku tak tau sape yang mencuri tetapi Tuhan tahu apa yang kamu lakukan...



-dZaNiE-

Lazy Mode

Serious i'm on lazy mode...fuh lama sungguh aku tak up date blog ni...malas tu sepasal yang lebihnyer aku sibuk dengan facebook aku...kesian blog aku sampai terbiar jer dia...nanti la lepas  raya haji ni aku akan up date dengan cerita-cerita terbaru...apa pun tunggu...


-dZaNiE-

Holiday 2010

Golden touch.... hanya 2 kali percubaan aku dapat menempah tiket for my destination from Air Asia 0 Fare for my 2010 vacation..looking for a few more destinations in mind..i'm got the tickets to Kota Kinabalu, Sabah....Alhamdulilah...aku akan pergi pada bulan Julai...harap-harap tiada halangan la pada tarikh tu...tak dapat nak gambarkan betapa gembiranya bila aku dapat menempah tiket masa tu...terbayang di fikiran yang aku ngan Mr.Hubby dapat membawa anak-anak holiday jauh sikit daripada selalu...every year my holiday from utara ke selatan....mostlynyer utara la sebab banyak tempat untuk JJCM...

Tahun depan baru aku nak fikir hotel mana nak tido, nak pakai tourist guide ke tak...yang pasti aku nak start menabung untuk menambah budget bagi menyopping nanti...kalu kengkawan ada tempat-tempat menarik atau hotel-hotel yg best untuk aku tlg bagi tau yer...

-dZaNiE-

Hand, Foot And Mouth Disease

Actually minggu lepas dzamil demam...tapi on off, on off...demamnyer pun tak panas...pastu ari khamis lepas aku tengok ada beberapa biji-biji macam ruam kat tepi bibir dia..aku ingat kena gigit semut atau nyamuk...semalam pulak aku tengok biji2 tu ada kat kaki dan tangan dia...masa tu aku tak syak apa2 sebab ada 3-4 biji jer..nak dijadikan citer masa aku suap dia mkn nasi tadi aku tgk dalam mulut dia ada ulser...pastu terus aku tgk tapak tangan ngan kaki...masyallah anak aku kena penyakit tangan, kaki dan mulut rupenyer...dah la Mr.DZ tak de...aku pun terus siap-siap untuk ke klinik...macam mana pun aku kena dapatkan pengesahan doktor..risau aku...silap-silap melarat-larat lak...

Sampai je klinik orang tak ada..alhamdulilah..terus jer masuk bilik doktor...past doktor check memang betoi la anak aku kena HFMD...waaaaa.....harap-harap cepat la dzamil ok...dan jangan la berjangkit kat orang lain...tolong doakan yer...TQVM...

kat sini ada sedikit maklumat untuk penyakit HFMD :

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun

Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak

Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit

Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung

Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan


Tanda dan Gejala Penyakit

Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin

Ulser di tekak dan mulut

Demam

Sakit kepala

Hilang selera makan



Langkah-langkah Pencegahan

Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak

Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk

Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu

Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil

Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak

Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran

Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah

Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu



Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan



-dZaNiE-

Keluhan Suami Isteri

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.



Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..


wakakakaka....kenyataan ker????


-dZaNiE-

sampai hati




sub,sub..sedihnyer...oleh kerana MR.DZ baca entry aku semalam tiba-tiba ati dia tersentuh dan tanpa disedari air mata mengalir dipipi...masyallah aku tak sangka yang dia begitu tersentuh dengan kata-kata aku di dalam entry tu..sebaik saja dia habis membaca dia terus keluar menuju ke sekolah Danish tanpa pengetahuan aku..rupa-rupanya dia pergi mengambil Danish untuk menyambut hari jadinya...yang aku sedih diaorang pergi berdua saja tak bawak aku dan Dzamil...waaaa...

aku tahu dia terlalu tersentuh kerana pada malam sebelum hari jadi Danish dia telah marah yang teramat sangat kerana Danish telah membuat sesuatu kesalahan yang amat besar yang mana dia tak boleh nak terima kesalahan yang budak tu buat...ibu dan ayah mana yang boleh marah anak lama-lama..tambah pulak Danish tu anak kesayangan dia...tak kisah la apa pun yang pasti aku tahu MR.DZ adalah seorang suami / ayah yang baik dan amat menyanyangi kami..TQVM....muuaahhh....



-dZaNiE-



Happy Birthday Danish

Tanggal 28 Oktober 2004 maka lahir la seorang bayi lelaki seberat 3.72 kg di Hospital Putrajaya...bayi ini adalah putera pertama aku...Hmm nothing much to say..delivery experience aku untuk melahirkan anak hanya Tuhan saja yang tahu..But it's really unforgettable memory to me.macam nak tercabot nyawa but god's was planned everything..Baru aku tau begitulah pengorbanan & kesusahan seorang ibu melahirkan seorang zuriat ke muka bumi Allah ni..9 bulan membawa perut, terpaksa melalui mabuk di awal kehamilan dan kesakitan yang teramat sangat di saat kelahiran..

Pagi tu aku bangun untuk bersahur aku tengok dah ada darah sikit kuar, masa tu aku tak sakit pun....cuma cuak la jugak..maklum la tak ada pengalaman lagi..lepas jer habis MR.DZ bersahur aku pun bersiap-siap untuk ke hospital...sampai jer kat hospital nurse pun seluk untuk cek bukaan aduh kena seluk sakitnyer...masa tu baru 1 cm..tapi disebabkan darah dah kuar maka aku kena duduk kat hospital la..start kul 10 pagi contraction mula datang...contraction yang masih boleh dikontrol lagi...aku tak ada selera nak makan waktu tu..jadi sampai ke malam aku tak makan..waktu MR.DZ berbuka pun aku hanya mampu tengok sahaja..mungkin masa tu aku terlalu takut kot...start je lepas maghrib contraction aku makin kerap...nurse seluk lagi baru 2.5 cm...ya Allah bila la jalan ni nak bukak..aku dah tak mampu nak tahan kesakitan ni..bagai nak putus pinggang aku masa tu...yang merimaskan aku segala wayer duk dilekatkan kat perut aku.. CTG tu sebenarnya nak tgk heartbeart baby pastu siap ade graft trn naik lagi...tiba tengah malam sakit makin kencang seluk lagi baru 3.5 cm...masa tu aku duk merayu supaya cucukkan aku ubat tahan sakit..nurse tu  kata tak boleh klu cucuk pun sakit tak akan hilang...aku tak kira nak jugak...dah nurse tu malas nak layan aku dia pun cucuk la kat punggung aku...tu la orang kata melawan lagi ckp nurse...aku lalok gle dan masa yang sama aku sakit sangat-sangat...

Pastu datang la sorang nurse tanya pada aku mana air selusuh aku...aku kata aku dah minum ada kat umah...pastu dia kata kenapa akak minum???klu jalan tak bukak lagi tak boleh minum...pulak???pelik gak aku...mak aku kata dah sampai bulan boleh minum...pastu dia suh aku bukak botol air selusuh tu...aku pun terus telepon MR.DZ untuk bukak botol air selusuh tu...bukan kata botol air selusuh segala botol yang ada semua dia bukak..termasuk la botol sabun basuh sebab sepanjang aku mengandung aku suka sangat cium bau sabun...hihihi..panik la MR.DZ tu... Lepas jer MR.DZ bukak botol air selusuh tu jalan aku pun dah 5 cm..Pastu dia bagi obat poo poo masuk kat belakang tuu..dan dan tu aku lari p toilet kuarkan segala isi perut..masa tu cuak jugak sebab takut terbesalin dalam toilet...

Lepas jer abis aku keluarkan isi perut darah keluar mencurah curah...kul 6 pagi aku di tolak masuk ker labor room..masa tu jalan masih 5 cm lagi..dalam labor room tu punya la sejuk sakit pulak tu...pastu masuk seorang Doktor pakar seluk jalan aku pastu dia cucuk ubat dan dia kata kul 10 pagi aku boleh bersalin...mak oi pukul 10 lamanyer....masa tu mata aku punya la mengantuk...dah la lesu sebab tak makan...tiba-tiba pipi aku kena tampar...nurse suh  aku bangun sebab nak seluk jalan...tengok2 dah 10 cm masa tu kelam kabut nurse suh aku bersedia untuk meneran...ya Allah sakit dan susahnyer berkesan tangan MR.DZ aku genggam..Memang sangat penting kehadiran suami disisi saat2 ingin melahirkan baby ni..dialah penguat semangat kita masa tu...jenuh jugak la aku meneran..last2 aku dengar bunyi gunting...dia gunting kanan dan kiri.......aku. lepas tu dengan sepenuh tenaga aku meneran akhirnya keluar la seorang bayi lelaki yang bernama Danish Haiqal bin Dzairul Ekhzan...begitu la cerita aku sewaktu melahirkan anak pertama aku...Hmm citer pasal pengalaman bersalin neh,bahagian masing2 sebenarnya.Ade yg payah gile,ade yg senang je tapi saket mmgla saket.

Maka hari ini 28 Oktober 2009 genap la umur Danish 5 tahun..dah besar anak aku...aku harap dia akan jadi anak yang berguna dan berjaya di dalam apa jua bidang yang dia ceburi...aku sebagai seorang ibu sentiasa mendoakan dan mahukan yang terbaik untuk dia...

p/s: Ibu sayang sangat kat Nish..kalu ibu marah-marah tu bukannya ibu tak suka @ tak sayang pada Nish cuma ibu nak Nish jadi anak yang berguna...I Luv U sayang...muahh...











-dZaNiE-

Topik Hot FM

Aku ni kalu drive menang suka layan radio..biasanyer Hot FM la pilihan aku...dalam minggu ni adalah minggu ting tong aku...pikiran serabut dengan masalah2 lama yang tiba-tiba muncul kembali...topik petang semalam kenapa cinta pertama anda gagal????macam kena batang idung aku jer...tapi aku tak berkesempatan untuk menelefon sebab dah sampai umah sibuk dengan budak-budak..cuma aku layan jer la topik tu...ada jugak cerita/pengalaman orang yang sama lebih kurang dengan aku...hihii...kebetulan kot...

Pagi ni pulak nak dijadikan cerita topik hot FM 'Tiada Maaf Bagimu @ kenapa anda tidak boleh memaafkan orang lain'???? his...macam tau-tau jer...so dengan penuh semangat untuk ke udara aku pun cuba menelefon Hot FM...percubaan pertama gagal, percubaan kedua gagal dan percubaan ketiga aku berjaya.......yaaahoooo.....masa tu menggeletar gak la sebab 1st time aku ke udara di radio...tapi bila aku dah abis meluahkan kenapa, aku rasa puas...puas di tahap maksima...tengah duk suka-suka tiba-tiba satu sms masuk yang berbunyi....Eleh, nak rahsiakan identiti lak...blah la...sms ni di hantar oleh kawan aku...wakakaaa..tujuan aku merahsiakan identiti ni bukan apa, aku tak nak melukakan atau menyinggung hati dan perasaan orang lain..aku takut apa yang aku buat ni boleh melukakan ati seseorang yang aku sendiri tak tahu sape...bengong....

Yang pasti aku puas dan aku akan semyum sampai pagi esok....


-dZaNiE-

kek & brownies

baru nak up date citer dah basi...hihihi...last 2 week kakak ipar aku wat open house..jadi aku tak tau la apa nak bwk untuk open house tu...nak masak apa-apa tak sempat sebab MR.DZ nak tido umah kakaknye tu..pening la kepala otak aku ni memikir apa yang nak dibawa...tiba-tiba aku teringat kawan aku ni(umi) dia pandai buat kek dan segala mak nenek...biasanyer aku akan oder kat dia last minit..kali ni pun last minit gak..banyak kali dah umi bising kat aku..nak wat mcm mana umi oiii kawan ko ni mmg suka susahkan ko...hihihi...aku dah banyak kali tempah kek kat umi ni memang mendapat kepujian la kek dia...MR.DZ pun suka..biasanyer MR.DZ tak berapa suka sangat benda-benda manis ni...so sape-sape nak tempah boleh la bgtau kat aku atau pun korang layan blog si umi ni http://ovenmummy.blogspot.com/

ni gambo-gambo kek yang pernah aku oder kat umi.....



brownies teacher's day



besday kek MR.DZ



besday brownies aku



brownies hari raya


-dZaNiE-

Story of the beginning of the relationship

Minggu ni rasa macam nak terlebih manja lak dengan MR.DZ..ngape tah??tiba-tiba lak aku teringat pertemuan pertama aku dgn MR.DZ..Actually before this aku ada seorang boypren..macam cinta monyet la..monyet-monyet pun 6 tahun gak la we all couple..tapi dah takdir Tuhan hubungan kami hanya setakat 6 tahun jer...kami berpisah tanpa sebab..(dia yg mintak putus)waktu tu buat-buat la redho tapi hakikatnyer????lepas daripada tu aku memang frust gle yer la dah cinta pertama jadi mcm tu...berikutan daripada tu aku mengaktifkan diri dengan berpolitik...cewah-cewah..aku ni kira peneraju pertama Puteri UMNO la..nak di jadikan cerita waktu tu MR.DZ ni bekerja sebagai SU kerja dia Pejabat UMNO tu..dah aku duk ulang alik ke opis dia maka dia pun jatuh la ati kat aku...(dia yg jatuh ati aku tak pun)...masa tu aku tak tau kenapa aku tak berapa suka sangat dengan dia...(jual mahal agaknyer)..tapi lama kelamaan aku tak boleh nak tipu ati aku yang aku pun suka kat dia gak...hihihi...lama mana la aku boleh bertahan nak keraskan ati aku ni...

Beberapa bulan we all kawan akhirnyer kami bertunang..masa tu aku dah kerja kat Putrajaya dan dia masih lagi di Tapah..selepas beberapa bulan kami bertunang akhirnya dia dapat tawaran kerja kat Putrajaya jugak...elok sangat la tu sebab masa tu lagi 2 bulan kami nak kawin.. tak la aku susah-susah nak mintak tukar balik Tapah...dan akhirnya kami kahwin dan telah pun dikurniakan 2 orang anak..dah 6 tahun kami bersama dan aku rasa bahagia sangat..macam-macam yang dah kami lalui..biasa la asam garam kehidupan...harapan aku semoga hubungan kami akan terus bahagia hingga ke akhir hayat kami...That's the story of the beginning of the relationship



p/s : miss & love him...So muchhhh forever & ever....


-dZaNiE-

Perasaan...

kenapa la tiba-tiba aku rasa sunyi, sayu dan sedih yang teramat sangat????aku ni sebenarnya seorang yang sensetif, mudah tersinggung dan cepat menangis...tapi malam ni air mata aku tak boleh nak di tahan lagi...aku sunyi mungkin sebab Mr.DZ tak ada, aku sedih mungkin sebab tak leh nak ikut Mr.DZ dan aku sayu mungkin aku rindukan nya...adakah itu sebabnye???aku tak pasti...

dalam situasi sekarang ni aku teringat pada seseorang yang aku tak pernah maafkan dia...adakah malam ini aku dah bersedia untuk maafkan dia???9 tahun...lamanya kan...kenapa dengan aku ni???sedangkan Nabi pun ampunkan umat inikan pula aku...dah lama Mr.DZ suh aku maafkan hamba Allah ni tapi aku tak mampu, tambah pulak bila mengenangkan kembali apa yang dia telah lakukan pada aku...@@#*#

Ya Allah kau bukakan lah pintu ati aku untuk memaafkan nya....Amin...


-dZaNiE-

Pantang Tul Aku








Pantang tul aku dengan benda ni ………………….


Kenapa la aku tak ada dusun durian kalu ada pagi, petang, siang, malam aku akan makan durian..hihihi…pastu bila dah batuk, demam baru aku tau…tadi Mr.Hubby pg Perak..sekarang ni musim durian kat sana..ingat gak dia kat isteri dia yang hantu durian ni...sampai aku tak larat nak makan dibuatnyer...sesiapa yang ada dusun durian tu jemput-jemput la aku ni…




                                                   -Raja Buah-


-dZaNie-

Mulianya Wanita di jadikan Tuhan

Untuk kaum lelaki, sebagai pedoman, untuk wanita berbanggalah dengan diri anda sendiri.. tidak perlu menjadi orang lain!!!!!



Allah S.W.T berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”


~Kirimkan Firman ini kepada setiap insan yg anda kenali…. Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, WANITA! kerana, Setiap Wanita itu Cantik…~

 
-dZanie-

Murtabak Maggi

Hai kengkawan..kat sini aku nak kongsi satu resepi yang senang,mudah dan ringkas...sesape pun boleh mencubanyer...

MURTABAK MAGGI

2 bungkus mee magie(perencah kari)
3 biji telur
2-3 ulas bawang merah
1 sudu besar minyak masak
Sedikit daging cincang

Cara-caranya :

1. Celur Maggi
2. Pukul telur hingga kembang & masukkan maggi serta rempah kari
3. Tumis bawang dan masukkan daging cincang
4. Campurkan daging yang telah dimasak ke dalam maggi dan telur
5. Tebarkan di atas kuali leper sehingga masak.


-dZaNiE-

minggu yang malas

aku tak tau la kenapa la minggu ni aku malas sangat..mata mengantuk rasa nak tido jer...nak update blog ni pun aku malas..kenapa?????tolong la aku....



-dZaNiE-

Jamuan Hari Raya JPM

Fuh...sesak ramai gle orang...aku saje jer pg nak meramaikan jer majlis tu..nak makan tak la sangat sebab dah jemu asyik-asyik menu yang sama jer...kali ni jamuan hari raya Jabatan Perdana Menteri di adakan di Dewan Sri Endon..biasa nyer kat perkarangan JPM jer tahun ni lak nak tukar suasana...tapi hanya Tuhan jer yang tahu ramai gle manusia yang ada...bersesak-sesak nak mengambil makanan...nampak sangat rakyat malaysia ni macam tak cukup makan...pelik aku dibuatnyer...sanggup bertolak-tolak demi nak mengambil sejenis makanan...manusia-manusia...agak nyer bila semua menteri-menteri tengok tah apa la kata diaorang dengan sikap manusia yang macam ni...malu...

Tadi dapat la aku bersalam dengan beberapa orang menteri dan tak ketinggalan PM serta TPM...ni la masa nyer nak bertentang mata dengan diaorang...gambo PM tak dapat nak amik sebab duk bersesak dengan orang..hanya beberapa orang menteri jer yang aku dapat snap gambo tu pun guna hset..masa ni la pulak camera aku tinggal kat umah...ni akibat suka tukar-tukar hand bag la ni...


Ketua Setiausaha Negara


Tan Sri Datuk Dr. Kho Tsu Koon


Tan Sri Muhyiddin Yassin


pakcik tua ni duk halang PM...


dZaNiE

Mus@liu Open House

Mesti korang tertanya-tanyakan apa mus@liu tu?? Mus@liu ni adalah nama kelab Mr.Hubby..(kelab memancing,mengembara,JJCM dan mcm-mcm lagi lah) sebelum aku nak cerita pasai open house mus@liu ni aku nak bagitau sejarah wujudnya nama mus@liu ni..Kelab Mus@Liu.inc ini telah ditubuhkan pada 01hb Januari 2008 bersempena tarikh program pertama yang dianjurkan iaitu Trip ke Taman Negara, Pahang.Pada mulanya kelab ini tidak mempunyai nama, namun begitu pada trip yang pertama ke taman Negara telah berlaku satu kejadian dimana semasa program berlangsung seekor musang jinak telah datang menghampiri camp site dan bermanja dengan kesemua peserta. Hasil daya kreativiti salah seorang ahli kelab telah menjadikan ikon musang tersebut sebagai logo kelab dan seterusnya nama MUS@LIU.INC telah diberikan. Itu la sejarah nama Mus@liu... Back to story kay...

Majlis open house kali ni lain daripada yang lain..yang mana semua persiapan majlis semuanyer diuruskan oleh kaum suami...mula-mula macam tak percaya jer...si suami nak masak laksa, rendang daging + ayam, lemang..rupa-rupanyer pandai-pandai gak la para suami-suami ni sebab berjaya menyediakan semua juadah dengan sedap dan berjaya...kaum-kaum isteri ni hanya datang untuk menjamu selera jer..bagus la kalu tiap-tiap tahun macam ni idak la penat badan...hihihiii...Majlis ni diadakan di rumah Asri dan Anis selaku pengerusi dan bendahari..TQ la sebab korang sudi memberi keizinan untuk meminjamkan rumah bagi tujuan open house mus@liu kali ni..tahun depan umah sapa la pulak???tah-tah umah aku...MATI la....




antara juadah yang ada





                                                                    suasana malam tu

dan menjadi tradisi kelab mus@liu pasti akan meraikan hari lahir ahli-ahlinyer..jadi malam tu ada la upacara memotong kek...



kek hari jadi






                                                               inilah keluarga Mus@liu

Yang pasti majlis ni berjaya...tahniah semua...jumpe lagi tahun depan yer...

Open House+Demam

Fuh....banyak tul open house nak tak nak pergi jer..kalu ikutkan aku best gak tak yah la aku nak penat-penat masak..ahad lepas aku pergi umah ina jiran lama aku kat bandar seri putra...sebenarnyer sabtu tengah malam aku dah start demam..tapi disebabkan open house aku gagahkan jugak badan untuk pergi...telan panadol sebelum kuar..sampai jer umah ina satu benda pun aku tak selera nak makan...sowi ina bukan aku tak sudi tapi tekak aku ni tak mengizinkan untuk aku makan..sakit siot...tengok Mr.Hubby dengan penuh berselera menjamu selera...mana idaknyer ada kambing siot...aku hanya mampu memandang jer...dah selesai kat umah ina aku terus ke Bukit Mahkota umah kak suzie..kak suzie ni kira macam kakak angkat aku la masa kat asrama dulu..dah bertahun-tahun tak jumpe ni baru jumpe balik...

badan aku makin lama makin lemah...dah mula menyucuk-nyucuk sendi-sendi aku...sepatutnyer ada 2 umah lagi tapi aku jadikan 1 jer...aku pegi umah kawan Mr.Hubby kat nilai...masa lalu depan nilai 3 tu hati mcm nak singgah tapi disebabkan badan lemah tak jadi la..sampai kat umah kawan Mr.Hubby aku dah betul-betul tak larat rasa nak balik cepat jer tapi orang umah dia baru nak masak...huaaaa kul brapa aku nak balik???cadangnyer balik dari umah kawan Mr.hubby aku nak terus ke umah irma tapi sowi la kak irma yani betul-betul tak larat...malam tu badan aku panas gile..39 suhu badan aku..rasa nak pecah kepala otak aku...nak tak nak aku kena MC gak ari isnin...aku klu boleh tak nak MC sebab ada meeting penting tapi nak buat macam mana bukan main-main aku betul-betul tak larat...p/s: untuk 2 orang bos aku tu nak percaya @ tak, nak marah ke tak suka ati korang la...aku dah tak larat nak ikut rentak korang...dah banyak aku sabo...sampai appoiment anak aku kat klinik tiap-tiap bulan pun aku tak pergi di sebabkan aku tak nak korang bising...nak kata diaorang tak paham tak boleh gak...diaorang pun ada anak tapi nak buat macam mana dah nasib badan...

ari ni aku tak berapa sihat lagi tapi aku gagahkan gak utk pergi kerja..janji aku ada kat opis..aku nak buat keje ke tak suka ati aku...

p/s: sori sebab tak de gambo...orang demam tak larat nak tangkap gambo...


-dZaNiE-

tak de mood

sowi tak de mood nak update...tgh demam...



-dZaNiE-

Back

Welcome back to all...How's u all punya raya? Tahun ni raya sama mcm yang lepas-lepas..agaknya dah tua-tua ni tak rasa seseronok masa zaman bebudak dulu...boleh kumpul duit raya.. 1st raya kat kampung aku..macam biasa selepas solat raya mesti ada sesi bersalaman, bermaafan dan upacara memberi duit raya..selesai saja sesi tu kami terus balik ke rumah opah sebelah ayah...masa ni la nak jumpe sedara mara yang jarang-jarang dapat jumpe..
   

lepas tu aku satu family bergerak ke Ipoh untuk jumpe family sebelah mak pulak...petang balik rumah balik siap-siap nak ke rumah opah balik untuk makan malam...penat gle siot...sok nak balik umah mertua lak..pagi-pagi kakak ipar aku dah telefon ajak balik kampung sebelah mertua aku...kelam kabut aku dibuatnyer sebab bebudak tak bangun lagi masa tu...sampai jer umah mertua tak sempat masuk sebab semua orang dah tunggu kat luar...aku ngan Mr.Hubby bukan tak nak beraya banyak-banyak umah...kami susah ati sebab barang-barang untuk buat BBQ malam tu tak beli lagi...ada gak abis daging/ayam/ikan kat tesco tu nanti...sempat gak la kami lari ke tesco untuk cari barang-barang tu...Akhirnya berjaya gak sesi BBQ malam tu...TQ Farid sebab tolong satu-satunyer cucu mertua aku yang menjadi seorang chef..
korang layan jer la gambo-gambo yang ada ni yer...















Selamat Hari Raya

Dikesempatan yang ada ni saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri saya..sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri..

Semoga kalian selamat sampai ke kampung dan bergembira di hari lebaran nanti..Insyallah..






dZaNiE

Buka Puasa

First of all TQVM to su + mior sebab sudi jemput aku sekeluarga berbuka kat umah dia..di akui memang sedap la ko masak su..sampai umah terbayang-bayang ayam golek hihihi..laksa asam ko pun ummmpphhhh cedap dah la pedas...nampaknyer aku kena buat la untuk Mr. Hubby sebab dia suka sangat dengan laksa asam tu...nak buat bukannyer susah sangat pakai ikan sardin dalam tin tu jer tapi malas jer lebih...bila aku dah buat dan dah menjadi aku masukkan dalam blog ni untuk dikongsi bersama yer...

Semalam gak su ada jemput kawan dia merangkap jiran dia untuk buka sekali....Nice to meet u Wan...rupenyer sekepala gak kita..dah abis makan, solat sesi cit cat pun bermula..macam-macam la gosip + citer...yang si kaum adam sibuk melayan tv...duk diam-diam yer kaum hawa ada banyak isu nak di bangkitkan wat ketupat la tu...tiba-tiba datang lak kawan si su + wan, sarah..sarah ni pun baru pertama kali aku jumpa..sarah ni sebenarnya kawan sekolah wan..kira macam aku ngan su la...dan semalam barulah aku tahu yang si sarah ni adalah tokei sarah dobi yang ada kat presint 9 tu...hihihi...kecikkan dunia ni..


Kalau semua nak tahu su ni memang kreatif orangnyer..dah la pandai masak menjahit pun pandai..utung mior dapat ko su...puji lebih sikit untung-untung dapat duit raya....semalam sarah datang nak tengok + beli tudung ala-ala airini yang dijahit dan dijual oleh su..memang chantek dan kemas...kalu nak tahu lebih lanjut korang boleh bukak http://mahkota-gallery.blogspot.com/


dZaNiE

sub...sub...sedih...

Baru terima surat dari KJ Property Management Sdn Bhd syarikat hampeh....banyaknye bil yang tertunggak...sub...sub..dah la bonus dapat RM250 jer nak cover tunggakkan tu pun tak lepas...dah la nak raya..sungguh tak nikmat tul raya tahun ni..yang nikmatnya sebab tahun ni raya kat umah mak aku...masa ni la rasa nak nyanyi lagu P.Ramlee kat dalam citer 3 Abdul tu..(tolong kami bantu kami nak bayo bil tertunggak). nak tak nak Khamis ni nak pegi gak bayo bio la tak de duit pun raya ni janji utang tak ada...

Ingatkan beli umah ni senang...klu tak ada duit yang banyak jangan mimpi la korang nak beli..kejap-kejap orang ni tel mintak duit ingat aku bank ke...kejap-kejap lawyer lak nak duit...interest la, nak guna utk itu la ini la...pening kepala otak aku memikirkan...bila pikir-pikir rasa menyesal lak tapi beli umah sebenarnya bukan rugi pun dari aku membazir beli benda alah lain...Tapi on the positive side...aku dah ada rumah sendiri kan...sooo..ni sume kira mcm dugaan lah...hadapi jerlah...bersyukur dgn apa yang ada...walaupun umah tu kecik bila orang tanya dah beli umah ke belum??mesti laju jer aku jawab dahhhhhhhhhhhhh.....aku bersyukur diusia semuda aku sekarang ni aku dah ada suami,anak-anak, pekerjaan, kereta dan umah serta kesihatan yang dikurniakan olehNya...Syukur..

Bila pikir balik pasal umah ni aku tak tau apa la badinyer umah yang aku beli ni???dari mula beli,orang sewa dan sampai sekarang ada jer masalah...ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi semua ini...ni la gambo umah yang aku citerkan tu..
dZaNiE