Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Story of the beginning of the relationship

Minggu ni rasa macam nak terlebih manja lak dengan MR.DZ..ngape tah??tiba-tiba lak aku teringat pertemuan pertama aku dgn MR.DZ..Actually before this aku ada seorang boypren..macam cinta monyet la..monyet-monyet pun 6 tahun gak la we all couple..tapi dah takdir Tuhan hubungan kami hanya setakat 6 tahun jer...kami berpisah tanpa sebab..(dia yg mintak putus)waktu tu buat-buat la redho tapi hakikatnyer????lepas daripada tu aku memang frust gle yer la dah cinta pertama jadi mcm tu...berikutan daripada tu aku mengaktifkan diri dengan berpolitik...cewah-cewah..aku ni kira peneraju pertama Puteri UMNO la..nak di jadikan cerita waktu tu MR.DZ ni bekerja sebagai SU kerja dia Pejabat UMNO tu..dah aku duk ulang alik ke opis dia maka dia pun jatuh la ati kat aku...(dia yg jatuh ati aku tak pun)...masa tu aku tak tau kenapa aku tak berapa suka sangat dengan dia...(jual mahal agaknyer)..tapi lama kelamaan aku tak boleh nak tipu ati aku yang aku pun suka kat dia gak...hihihi...lama mana la aku boleh bertahan nak keraskan ati aku ni...

Beberapa bulan we all kawan akhirnyer kami bertunang..masa tu aku dah kerja kat Putrajaya dan dia masih lagi di Tapah..selepas beberapa bulan kami bertunang akhirnya dia dapat tawaran kerja kat Putrajaya jugak...elok sangat la tu sebab masa tu lagi 2 bulan kami nak kawin.. tak la aku susah-susah nak mintak tukar balik Tapah...dan akhirnya kami kahwin dan telah pun dikurniakan 2 orang anak..dah 6 tahun kami bersama dan aku rasa bahagia sangat..macam-macam yang dah kami lalui..biasa la asam garam kehidupan...harapan aku semoga hubungan kami akan terus bahagia hingga ke akhir hayat kami...That's the story of the beginning of the relationship



p/s : miss & love him...So muchhhh forever & ever....


-dZaNiE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan