Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Ajal Maut Jodoh Pertemuan

Ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan..tak pernah aku duga akan berjumpa dengan seseorang yang dapat mengubah dan memberi tunjuk ajar kepada aku..orang ni banyak membantu aku semasa aku sakit..kalu sape-sape ada terbaca entry aku satu ketika dulu tahu la aku sakit apa..orang ni banyak bagi semangat pada aku..kata dia sebagai seorang sahabat kita patut membantu antara satu sama lain sekiranya mampu..alhamdulillah sedikit sebanyak aku dah beransur pulih..banyak amalan yang aku buat atas apa yang dia ajar..
Masa mula-mula aku sakit aku hampir putus asa nak berubat..aku tahu sukar untuk mengubati penyakit aku ni..apa pun aku hanya berserah pada Allah sebab aku yakin setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..dengan kehadiran dia banyak mengubah cara hidup aku yang dulu aku teramatlah bersusah hati dengan apa yang terjadi pada aku dan kini menjadi sentiasa yakin dengan diri sendiri..dia juga sentiasa mengingatkan aku supaya jangan sesekali meninggalkan amalan-amalan yang dapat menjauhkan diri kita daripada gangguan syaitan..Insyallah aku akan kuatkan semangat aku dan akan sentiasa mengamalkan apa yang telah di ajar..
Terima kasih Tuhan kerana aku mempunyai seorang suami yang amat memahami/menyanyangi aku serta seorang sabahat yang banyak mengambil berat tentang diri aku...Tuhanku, panjangkanlah perhubungan kami ini...amin...

Jiwa Kacau

Tatkala ini fikiran aku teramatlah berkecamuk...macam-macam yang bermain di dalam kotak mindaku ini....bak kata orang zaman sekarang "jiwa kacau"...nak luahkan oh tidak sama sekali... aku tidak mahu sesiapa yang tahu apa yang ada dalam fikiran aku ini...biar Tuhan saja yang tahu..


Kenapa la baru sekarang benda ni terjadi pada aku...Ya Allah kuatkan lah imanku..aku yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...mungkin satu perubahan yang baik akan terjadi pada diri aku, insyallah...


Nak pecah kepala aku dengan benda alah ni, Ya Allah besarnya ujian dan dugaan yang kau berikan pada aku...yang pasti doaku mengiringi perjalananmu...





-dZaNiE-

aku tak percaya cinta

Kita sering dengar kisah-kisah percintaan antara teruna dan dara, suami orang dan dara, isteri orang dan teruna, suami orang dan isteri orang dan sebaliknya..senario ni dah makin berleluasa dalam masyarakat kita..kadang-kadang nak salahkan siapa pun kita tak tahu???tapi setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahya..
Sebagai contoh situasi :-
1.) Lelaki suami orang dan perempuan isteri orang, pada mulanya mereka adalah sepasang kawan baik yang banyak berkongsi masalah dan bertukar pendapat. semakin lama tiba-tiba muncul perasaan sayang di atas keserasian yang ada pada meraka berdua...dalam hal sebegini siapa yang perlu dipersalahkan??
2) Lelaki seorang suami orang dan menaruh hati pada seorang perempuan kerana rasa simpati dengan apa yang telah perempuan itu alami, lalu dengan kenangan pahit yang si perempuan ini telah alami maka dia pun merasa selamat sekiranya terus bersama dengan suami orang kerana pengalamannya dan meraka lebih matang..
dalam hal sebegini macam mana kita nak hadapinya???siapa yang perlu dipersalahkan???adakah cinta, lelaki atau perempuan??mengikut servay ini adalah pendapat daripada beberapa orang perempuan berkenaan cinta dengan suami orang...
~ Kata gadis 1 : “Saya dah elak bro, dan try untuk in love dengan single man, tapi they all semua gelojoh, tak pandai ambil hati, jadi saya benci. So, everytime jumpa yang saya suka je, mesti lelaki tu dah berkahwin! …nak buat macamana?”

~ Kata gadis 2 : “Tak tahulah pasal apa, suami orang ni memang pandai take care lah bro. Tak macam lelaki-lelaki muda dan belum berkahwin ni semua. Kita pula yang kena take care of them, boring!”

~ Kata gadis 3 : “Awal-awal tu, tak tahu yang dia dah berkahwin. Tengok dia free je. Always have time for me. Call pun boleh anytime, sms pun dijawab setiap masa. Selalu jumpa…so kita ingat dia single la. Tak sangka pula dia dah berkahwin. Masa tahu tu, kita dah sayang dah kat dia bro…”

~ Kata gadis 4 : “Kalau isteri dia tak mahu suami cari lain, dia kena lah bijak menjaga suami. Masak setiap hari kat suami, supaya suami jangan makan luar je. Nanti isteri pun dia cari kat luar lah, terkenan dengan masakan orang luar!”

~ Kata gadis 5 : “Kami wanita ni cepat kesihan kan orang bro…kami kaum yang lemah, bila seorang lelaki datang meluahkan perasaan sedih mereka, rasa kecewa mereka dengan perkahwinannya…mesti kita rasa kesian punya bro. Sebagai seorang wanita, mestilah saya turut merasa sedih. Sudahlah si suami ni ‘tak dapat’ servis lama bro. Sebagai isteri kenalah bagi suami kepuasan yang diminta, kalau dia tak boleh…biar saya bagi, saya boleh bro!”
You got no one to blame except YOU! BUT…my advised here, jangan play the blaming game beb! Find the solution! Apa masalahnya yang sebenar? Mengapa suami / isteri anda berubah hati? Cari dan cari, then try so solve it!
Cari jalan penyelesaiannya… for example :-

Jika dia nak yang seksi, then seksi kan diri anda demi suami

Jika dia nak makan sedap-sedap dirumah then, masakkan dia yang sedap-sedap. Belajar masak!

Jika dia terlalu banyak masa terluang….penuhkan masa bersama dia, go for a holiday

Jika dia fikir ada wanita lain yang lebih cantik pada you, cantikkan diri you lebih pada wanita itu

Jika dia nak have sex…aihhh, sex pun tak nak ke? Bagi lah dia puas-puas!
The solution is, buatkan segala-gala lebih dari apa yang si suami / isteri mahu. Berikan dia satu pengalaman yang tidak pernah dialaminya, seolah-olah anda suami isteri sedang HAVING AFFAIR!. Buatkan setiap hari ada berbagai-bagai perkara menarik yang tidak pernah anda lakukan bersama suami. Jadikan diri anda lebih baik dari mana-mana wanita yang pernah dia minati.

TAPI, kalau hingga ke tahap itu anda lakukan, then suami / isteri masih cari wanita/lelaki lain… then you kena cari suami / isteri lain pulak lah, obviously suami / isteri you dah tak boleh terima you lagi, or maybe suami/ isteri you memang jenis suka lebih seorang wanita/lelaki… well, itu bukan salah sesiapa lah memang dah sah suami/isteri tu yang gatal!
Renung-renungkanlah...
-dZaNiE-

Sepi Seorang Perindu

Hahahahaha kesian ini blog disebabkan tuannya yang banyak keje malas maka sepi la seketika blog ini..


I'm back everybody..aku sebenarnya tak sempat nak update blog ni..sori la bebanyak..(eh! macam la ramai yang mengikuti blog aku ni) perasan sendiri..Hujung minggu lepas aku pergi holiday ke PD, Jumaat sampai Ahad..dah kata pun holiday maka tak de masa nak buat benda lain selain melayan karenah anak-anak yang teramatlah suka untuk mandi kolam...3 hari 2 malam kat sana anak-anak aku + Mr.DZ udah rupa anak Rajalingam...masyallah berkilat mukanya dek makan oleh sinaran matahari...


Memang enjoy la holiday kali ni..First time aku tido di Permaisuri Resort kat PD ni..not bad la hotel dia..bilik kami VIP appartment yang harganya lebih kurang RM700 semalam (harganya ini pun aku google) aku tak tahu sebab bukan aku yang bayo..mak ai, punya la beso yang nak duk aku anak beranak + adik aku sorang..sampai Danish + Dzamil boleh main bola dalam bilik tido aku...Sebenarnya Mr. DZ ajak adik beradik dia tapi semuanya bz dengan hal masing-masing, jadi kami anak beranak la yang bersuka ria dia dalam appartment beso tu...hahahahahaha (ketawa bapak setan)..next time aku tetap nak pg sini lagi kalu korang tak percaya korang layan la gambo ni....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni adalah no bilik tuan punya blog


tempat kesukaan Danish + Dzamil


Master Bed Room


*
*
*
tempat Danish + Dzamil main bola


bilik air


hall


dining


dapur


bunga + buah daripada pihak hotel


hadiah daripada pihak hotel
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Mr. DZ sebab sudi bawak aku g holiday...:)




-dZaNiE-

Isu Penting

Saya rasa amat penting untuk saya kongsikan satu perkara ni.. Act, saya baru jer tau ttg perkara ni. Kalau kita semua perasan sekarang, fesyen bertudung bersanggul sangat2 femes sekarang. Saya tengok, majoriti yang bertudung, especially yg pakai shawl...mesti akan mengayakan tudung yg dipakainya dalam keadaan bersanggul. Memakai tudung yg menampakkan bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan kawan2 semua.Renungkanlah hadith2 dibawah :


“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-




p/s: maklumat diperolehi daripada Tinta Dairi Maya Mia..TQVM...




-dZaNiE-

Selembut Sutera

Dalam hidup tak seindah yang tersirat
Dalam cinta tak seasyik yang diduga
Dalam hati ada cinta yang terbiar
Entah bertahun ku siram kasih
Bersarang dalam jiwa


Dikau hadir bagai selembut sutera
Terpesona dalam diam ku terlena
Membuai impian cinta kita
Sehingga ku tenggelam
Dalam arus yang menyeksakan


Kasih tidak pernah ku meminta
Selain cinta dan kejujuran hatimu
Cinta dalam meniti usia
Punah semua saat yang bahagia


Di mana kelembutan yang ada dulu kasih
Merana dalam senyuman ku meratap sedih
Selendang sutera yang menjadi saksinya
Kisah cinta yang tertulis kini telah berakhir


Dengarkanlah ucapan sendu hatiku
Kenangilah erti cinta yang bermula
Kembalilah agar bisa ku merubah
Terangi hati agar bersinar di dalam percintaan


Oh kekasih simpan kenangan buatmu
Untuk daku yang masih ada di sini
Kerasnya hatimu untuk kembali
Tak terdaya ku tanggung penyeksaan
Yang abadi dalam selembut sutera




Tiba-tiba lak aku teringat lagi ini secara tak langsung teringat kembali kenangan silam yang dah bertahun berkubur...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..redho dengan ketentuannya adalah lebih baik...terima kasih Tuhan di atas segala-galanya..



-dZaNiE-

Terima Kasih Tuhan, Terima Kasih Semua

Hari ini genaplah umur aku 28 tahun...first of all TQ Allah kerana memberi aku peluang untuk berada di bumimu ini...dah tua sangat aku rasa..lagi 2 tahun dah masuk 30..ngeri siot..tak kisah la apa pun hidup mesti di teruskan...



Di kesempatan yang ada ini aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada suami tercinta, keluarga dan juga rakan-rakan di atas ucapan kalian yang teramat la banyak di FB aku...ingat jugak korang semua kat aku yer....:)



Sepanjang 28 tahun aku hidup ni bermacam-macam ujian dan dugaan yang aku lalui, tapi aku anggap semua ini satu pengalaman bagi mendewasakan diri aku..tipu la kalu aku kata hidup aku ini indah sepanjang masa, setiap orang tetap akan merasa pahit manis dalam kehidupan...pandai-pandai la kita mengatasinya...masa muda remaja dulu klu birthday jer mesti seronok sebab aku akan terima hadiah daripada boypren,peminat-peminat setia,keluarga dan jugak kawan rapat..tapi bila dah kawen ni lain pulak lagipun faktor umur dah tua bangka tak kan nak jadi budak-budak mesti kena dapat hadiah...tp klu ada yang nak bagi apa salahnya sangatlah di alu-alukan...birthday kali ni aku tak merasa nak potong kek sorang, potong stim tul si Danish ni, dia yang sibuk nak potongkan kek aku...anak-anak,tak kisah la janji nish suka yer...Tahun ni sambut birthday kat umah kakak ipar aku di Klang, kami wat BBQ jer...mmg best dan enjoy...tq kepada kak cik dan semua anak-anak sedaraku..bulan ogos ni kita sambut birthday acu pulak yer...




-dZaNiE-

~CINTA~

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.

Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.

Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...

Cinta adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama."

Cinta adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, "buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.." Pada saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata, tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan."

Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus...

Cinta adalah kau akan menemaninya tak kira bagaimanapun keadaanmu ketika itu.

Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.

Cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.

Tanpanya, kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.

Semua ini adalah kerana cinta itu adalah pengorbanan.


-dZaNiE-

-aDaMaYa-

Baik mengaku ada sesiapa tak yang menangis semalam masa tengok adamaya???hahahahaha yang pasti tuan punya blog mengaku yang dia pun menangis masa maya baca surat dari adam..tersentuh hati beta dibuatnya...really aku tak mengikuti langsung citer adamaya ni..sepanjang citer ni ditanyang aku hanya tengok 4-5 kali jer..aku tau rasa ramai yang mengikuti citer ni..tapi apa aku boleh buat klu dah balik keje jer tv telah dikuasai oleh anak-anak..611 la 612 la, hagemaru la, mr.bean la..nak layan adamaya memang tak merasa..



sumber gambar dari http://www.wazy84.com/


Cite ni memang sebuah cite komedi romantik yang mana kisahnya sebenarnya secara realiti memang berlaku. Zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku, anak dara bercinta dengan suami orang, si teruna dengan isteri orang dan suami orang dengan isteri orang pun ada. Dunia akhir zaman agaknya..tapi secara keseluruhan citer ni ok la bagi aku, nak kata best sangat pun tak, tak best sangat pun tak..cuma semua watak-watak dalam citer tu memang hidup terutamanya dani...Lepas ni citer apa la pulak yer??jangan citer merapu yang tak boleh diterima pakai udah la..



-dZaNiE-

Mulut

Kenapa orang selalu kata mulut jahat, mulut suka mengumpat, mengata, memaki, memfitnah,menghina dll...kenapa juga mulut suka bercakap perkara yang tak berasas atau tidak benar tidak pun perkara yang boleh melukakan atau mengecilkan hati dan perasaan orang lain??? Ke mana saja pergi ada saja mulut jahat..singgah di laman orang menjadi tetamu tak di undang menebar kata dusta dan nista..datang ke rumah orang mencaci cerca lagak macam dia la yang hebat..



Kenapa mulut tidak berdakwah atau berceramah dengan penuh hemah??paling tidak pun mulut itu menasihati antara satu sama lain tanpa ada rasa hasad dan dengki..jika mulut berkata manis disertakan keikhlasan di hati betapa indahnya hidup dapat dirasakan...


Kesian dengan mulut selagi nyawa dikandung badan selagi itu la perasaan, hawa nafsu menguasai diri..ingat kata pepatah kerana mulut badan binasa...jadi jagalah dan sayangilah mulut kita..


-dZaNiE-

-tEnSiOn-

arghhhhhhh tension sikit punya banyak aku dah taip tiba-tiba tak leh save dan semua ayat-ayat cinta tu hilang...mangkuk jamban curah tul.. dah la pagi ini idea aku tengah mencurah-curah pastu jadi lak mcm ni mau tak frust...aku memang tengah frust mengalahkan orang putus cinta..

citer tu nanti aku akan sambung bila aku balik dari holiday minggu depan la..kira aku gabungkan cerita sebelum, semasa dan selepas holiday..

dah malas nak layan blog ni baik aku start keje..


-dZaNiE-

Berkawan Biar Beribu Bercinta Biar Satu

boleh tak kali ni aku nak maki hamuk kat sini...geram, benci, meluat, menyampah semua ada...kadang-kadang susah nak paham dengan sikap + cara manusia ni..ada kawan salah, tak ada kawan salah..bak kata pepatah berkawan biar seribu bercinta biar satu..aku ni suka berkawan dengan orang dan dalam masa yang sama klu orang tu agak serasi ngan kepala hotak aku secara tak langsung dia boleh jadi orang yang paling rapat ngan aku..tambah-tambah kat pejabat, dah tentu kita ada ramai kawan, aku akui yang aku juga ada ramai kawan kat pejabat laki ke perempuan ke tua ke muda ke semua aku anggap kawan.. tp tak sangka ada orang tak senang bila aku ada ramai kawan..


aku tak paham apa perasaan dia sampai dia blh ada rasa iri hati bila aku berbaik dengan orang lain. bukannya aku baik dengan orang lain dia aku benci, plz la....tak semestinya aku kawan dengan ko hanya ko sorang jer kawan aku dunia akhirat..dan tak ada perjanjian pun klu aku berkawan dengan ko aku tak leh kawan dengan orang lain..suami aku sendiri pun tak pernah halang aku nak berkawan dengan sape-sape..bukannya klu aku berkawan dengan lelaki mesti ada perasaan cinta dlm hati aku utk laki tu..aku tahu hukum hakam agama la, jangan ingat aku jahil macam ko sanggup lukakan ati insan tersayang dek kerana insan ke-3..


buat ko insan keji, tolong jangan bagi aku meluat atau menyampah tahap gila babi kat ko..kang 7 keturunan ko aku benci baru tau..aku ada hak nak berkawan dengan sesiapa saja..ko nak wat apa pun suka hati ko janji jangan ganggu idup aku...ini peringatan buat ko....



-dZaNiE-


Home Made Pizza

Semalam aku cuti sebab pengasuh Dzamil hantar anak dia masuk MATRIK kat Melaka...semua keje umah aku dh buat sampai baju-baju keje Mr. DZ pun aku dah gosok. klu tido best gak tapi aku malas nak menambahkan tebembaman aku ni..duk pikir punya pikir datang la idea nak wat piza, memandangkan dah lama tul aku tak wat piza lagipun Danish suka makan piza..maka dengan penuh semangatnya aku pun terus ke dapur dan mulakan operasi...

telah ditabur cheese




penuh dengan rencah-rencahnya




nyum,nyum...

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
taadaa.....

ini lah hasilnyer..


-dZaNiE-

Semperna Hari Ibu

Mr. DZ klu bab masak memang dia adalah yang terbaik..cuma perasaan malas yang menyebabkan dia jarang ke dapur. nak suh dia masak apa @ cuba masak sesuatu menu baru bagi la kat dia..aku memang puji la kehebatan dia..(puji ada makna sbnrnya ni)

Sabtu lepas aku balik ke Klang umah kakak ipo aku, sebelum pegi tu beria Mr. DZ ajak aku singgah pasar dulu, ingatkan dia nak beli lauk untuk aku masak kat umah kakaknya, rupanya beli bahan-bahan untuk memasak Char Kuewtiau...macam tak percaya jer Char Kuewtiau dia tu akan menjadi, rupanya?????klu tak takkan la anak-anak sedara dia boleh makan dua pinggan sorang...kredit to Mr. DZ, abang memang hebat...

tgk betapa hitamnya kuali



air tangan Mr. DZ yg menyedapkan rasa masakan



inilah kicap yang digunakan (beli kat pasar presint 8)



anak-anak sedara sedang menjamu selera



kuewtiau kerang danish



budak yang makan dua pinggan..(baru tau acu korang pandai masak yer)

Pasni kalu bukak kedai mau laku, tp nak kaya tu idak la sebab rencahnya mengikut hawa nafsu...(banyak rencah dari kuewtiau)..kalau ada sesiapa yang nak rasa meh la datang umah aku, tp kena bagitau awai-awai supaya senang nak cari barang...jangan main terjah udah la kang mau minum air kosong jer...

to Mr. DZ tqvm sayang...


-dZaNiE-







Sifat Manusia

Aku baru lepas baca blog kawan aku..aku tak paham kenapa ada manusia dalam dunia ni yang sentiasa iri hati atau sentiasa tak berpuas hati dengan apa yang orang lain ada atau miliki..kita sepatutnya bersyukur kerana orang itu memiliki mungkin lebih daripada kita..bukannya kita perlu berdengki antara satu sama lain..sepatutnya kita sokong..macam mana la nak maju kalu semua manusia dalam dunia ni masih lagi berfikiran kolot...jgn nak soksek-soksek bila orang tu dah berjaya, kena ingat mereka berjaya kerana mereka berusaha...

Sifat dengki, cemburu, iri hati, busuk ati ni mmg sentiasa ada dalam diri manusia..macam mana la kita nk buangkan semua sifat-sifat keji ni kan???tapi kalau tak ada orang-orang bersifat macam ni kosong lak neraka nanti...hahahaha..apa pun cuba kita tengok diri kita dahulu..siapa kita sebenarnya..renung-renungkan & selamat beramal....:)



-dZaNiE-

Akhirnya

Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat gak dengar suara MR.DZ..td dia call bgtau ada kat Muadzam berhenti utk makan & rehat..sibuk tanya kesihatan aku ngan anak-anak, agaknya rasa bersalah kot 5 hari tak tanya berita kami..katanya dia penat sgt sebab 6 jam perjalanan kuar dari utan..tapi dalam penat-penat tu tak tahan dengan ayat dia "N tunggu abg yer mlm ni" aku paham sangat maksud dia...dalam penat-penat pun masih bernafsu lagi...hihihi...yang penting aku happy....:)


-dZaNie-

Rindu

Ya Allah Tuhan saje yang tahu perasaan aku sekarang ni..rindunyer aku kat Mr. DZ...dah lima ari aku tak dengar suara dia..tel tak sms pun tak rasa idup aku mcm tak bermakna jer..macam ni la rasanya klu idup tak ada suami yer..tgk muka anak-anak rasa sayu jer..

Abg..............abg tak rindu n ngan anak-anak ker???kul brapa abg nak balik ari ni??



-dZaNiE-