Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

PHD a.k.a penyakit hati

Entah tiba-tiba aku terpanggil lak nk cerita pasal penyakit hati ini..penyakit ni memang sentiasa ada pada masyarakat sekeliling kita..entah kenapa yer perasaan ni boleh wujud dalam setiap manusia..dan tipu la kalu korang kata korang tak pernah ada perasaan ni..tak banyak sikit mesti ada..penyakit yang aku maksudkan ini adalah penyakit PERASAAN HASAD DENGKI...

Mungkin segelintir antara kita, sering merasakan bahawa cemburu itu sesuatu yang negatif semata2...namun, kita perlu sedar tidak semua cemburu itu berkesudahan dengan perkara negatif...ianya boleh juga berkesudahan dengan sesuatu yang positif dan dapat memberi kepuasan dalam diri kita. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak dikawal dengan baik, cemburu boleh berubah ke tahap PHD. Apa2 pun boleh terjadi dengan perasaan dengki, "baik secara kasar mahupun cara halus", bila dah ada PHD ni bagi yang tak kuat iman dan cetek ilmu agama mula la nak menyantau-nyantau, berbomoh-bomoh sehingga orang yang dia dengki tu menderita...tak paham kan kenapa santau menyantau ni, bomoh membomoh ni masih ada yang percaya dan mengamalkannya...

Kadang-kadang bukan besar pun isu nya hanya tak senang duduk bila tgk orang senang atau orang tu cantik..semua itu adalah anugerah Tuhan..kita kena redho dengan apa yang telah dikurniakan..tak perlulah nk dengki mendengki semata-mata nak memuaskan perasaan sendiri...

Apa pun buang yang keroh dan ambil yang jernih..bersihkan la hati dan sentiasa berprasagka baik dengan masyarakat sekeliling..



-dZaNiE-

Lelaki & Solat Jumaat

Aku geram tul klu ari jumaat aku jumpa orang lelaki duk berkeliaran waktu orang tengah solat jumaat..korang tak rasa malu ker?klu aku tak tau nak letak muka kat mana??sok klu korang kawen dapat anak klu anak tu perangai tak macam orang jangan nak salah kan budak tu cermin dulu diri sendiri..

Sekadar renungan..

Dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Barang siapa meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tiga dengan sengaja kerana malas menunaikannya lalu Allah akan menutup pintu hatinya.(al-Tirmizi, jld:3, hlm:327, no.hadis:460, Ibn Majah, jld:3, hlm:440, no.hadis: 1115).

Meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar, kerana meninggalkan kefarduan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran, seperti firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli. (al-Jumuah: 9).

Berdasarkan kepada nas-nas di atas jelas bahawa Allah memfardukan solat Jumaat ke atas setiap mukalaf supaya menunaikannya. Meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tanpa sebarang sebab adalah berdosa besar.

Sekiranya seseorang itu meninggalkannya dengan sengaja kerana malas maka dihukum sebagai fasik. Sekiranya dia mengingkari kefarduan Jumaat yang sudah dimaklumi umum maka dia dihukum terkeluar daripada Islam

 
-dZaNiE-

Lap Top

Semalam aku cuti sebab pg KL untuk temankan Mr.DZ pg cr lap top..Lap top yang aku ada dh bertahun-tahun usianya dan patut la aku cari yang baru..Klu nak beli barang dgn Mr. DZ ni bukannya senang, abis semua dia nk belek..terus terang aku katakan yang memang penat kalu ikut dia pegi beli barang...abis satu Low Yat tu kami pusing, dari satu kedai ke satu kedai kami masuk...dia masih lagi belum putuskan Lap Top brand apa nak beli..

Servay punya servay dia berkenan Toshiba, Asus ngan Fujitsu...berkenan sekali tiga lak tu...ni yang boleh membuatkan aku pening kepala ni sebab tiga sekali dia minat...aku malas nak buat keputusan sebab kalu jadi apa-apa sok aku yang akan dipersalahkan..

Toshiba Qosmio


Asus



Fujitsu


Tolong la aku buat pilihan supaya ianya tidak memeningkan kepala otak aku ni...:)



-dZaNiE-

6 tahun sudah

Danish bergaya sebelum ke sekolah...

Diam tak diam dah 6 tahun umur anak aku..tahun ni aku start anto dia kat PRA Sekolah Rendah Presint 11(3). bukan apa nak bagi dia biasa bila dia darjah satu nanti...dan alhamdulilah dia serasi dan sesuai dgn keadaan sekolah tu...bila anak dah beso makanya umur maknya pun dah makin tua...hahahaha...


Uniform Sekolah

Naik Van

sukanyer dia


-dZaNiE-

Urut

Awal bulan Feb ari tu aku telefon la sorg kakak tu datang umah aku utk mengurut...sebab badan aku sakit-sakit jer..MR. DZ kata masuk angin kot..aku pun bersangkaan macam tu..bila kakak tu datang jer umah aku dan dia tegok aku dia tanya "kenapa mata ko merah Yanie???" aku pun dengan konfidennyer jawap "resedung saya kuat kak"...tiba-tiba akak tu mengelengkan kepala dia...aku betoi-betoi cuak..dengan bersemangat aku tanya kenapa dengan saya??kak tu kata ada benda kat aku...setahu aku benda yang menumpang dgn aku tu aku dh buang dgn anak murid Dato' Harun Din, rupanya benda tu masih ada lagi dan di samping itu aku jiga terkena *an*au....masyallah...Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu...memang kakak tu tak boleh nak urut aku cuma dia try utk kuarkan apa yang ada dalam badan aku...aku pun nampak la apa yang kuar pada celah-celah kulit aku...

perasaan ragu-ragu pada dia amat kuat sehingga aku buat keputusan untuk pergi ke Darul Syifa...setiba di sana aku buat rawatan "tepuk" dan ternya betul apa yang kakak tu cakap..ya Allah beratnya ujian yang ko berikan padaku...sehingga ke hari ini aku masih lagi menerima rawatan di Darul Syifa seminggu dua kali..semoga semunya akan berakhir dengan perkara yang baik-baik hendaknya...

bila aku pikir-pikir apa yang berlaku pada aku ni banyak sangat hikmahya...ianya membuatkan aku lebih dekat denganNYA...dan aku yakin ada hikmah di sebalik kejadian ini...



kertas minyak di klipkan dengan sepit rambut


cara tepuk untuk kuarkan bisa-bisa


bahan-bahan @ biasa yang keluar


setiap minggu rawatan ini la yang aku buat di Darul Syifa...




-dZaNiE-

kisah rumah

tak silap aku di awal blog ni aku ada cerita tentang rumah yang aku beli di seksyen 27 HICOM..rumah tu aku beli dengan niat untuk aset dan disewakan kepada sesiapa yang berminat...tapi ikhlas dari sanubari aku yang aku serik beli rumah..diawal pembelian mcm-mcm charge yang pemaju kenakan...itu kena bayo ini kena bayo...aku pun korek sana, korek sini...demi nak dapatkan sebiji umah aku sanggup buat apa saja..dan alhamdulilah tak sampai seminggu aku amik kunci ada la sepasang suami isteri ni nk menyewa umah aku..aku rasa lega la sebab nk sewa ni orang dah kawen..aku bukan tak suka org bujang duk tapi sendiri mau ingat la bila orang bujang duduk...sangkaan aku meleset, rupanya pasangan suami isteri ni lebih teruk daripada orang bujang...masyallah Tuhan saja yang tahu...

rumah ni ku bai sewa RM750 sebulan oleh kerana aku tak berpuas hati dengan penyewa umah aku, tambah-tambah lak bila aku suh dia kuar dia tak nak maka aku naik kan la sewa kepada RM800 sebulan...korang bayangkan dia kata dia duk berdua suami isteri tapi umah aku tu sebijik mcm rumah kongsi indon...menyirap darah setan aku...memang tak guna tul manusia tu...sedo-sedo dia lari kuar daripada umah aku...dh la kuar tak bayo utang-utang yang ada...menambahkan beban aku lagi bila bil api air tertunggak daripada tahun lepas. aku tgk api air dh kena potong ni sah tak bayo...mlm td aku tel TNB semak berapa baki tertunggak TNB kata RM750.46 dan air RM450.57....masyallah...longlai kaki aku masa tu...binawei punya manusia..

sekarang ni aku tak tau ke mana dia lari, tp tak apa aku berserah pada Tuhan, kat dunia ni ko boleh lari tp akhirat sok tgu la aku...ko naya aku sampai mcm ni...pening kepala aku dengan masalah-masalah ni...Doa aku semoga Tuhan beri petunjuk kepadanya...


-dZaNiE-

Rindunya...

Lamanya aku menyepi tak mengupdate blog...sibuk tak usah nak kata la...cerita yang aku kumpul-kumpul nak masukkan dalam blog pun aku dah lupa..apa la nak jadi dengan aku ni...sepanjang aku menyepi ni banyak kisah suka dan duka yang aku lalui...aku redho dengan ketentuan Tuhan...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...cerita-cerita tu aku akan ceritakan kemudian...aku tak nak spoilkan mood aku yang baru nak ok ni...

sesiapa yang ada FB rajin-rajin la jenguk-jenguk aku kat sana..sebab aku tersangat la aktif dengan FB buat masa sekarang ni...siang malam aku hanya bersama FB...ok chaw adios...


-dZaNiE-