Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Istana Bambu





Istana Bambu....actually aku tak pernah makan kat sini jadi tak tau la sedap ke tidak menu-menu kat sini. Minggu lepas Mr. Dz ngan geng-geng dia set untuk berbuka kat Istana Bambu tak dalam banyak-banyak tempat yang dicadangkan Istana Bambu ni yang terpilih apa hebatnya yer????sebab ada Dafi ker????












-sempat jugak la bergambar dengan si Dafi jambu ni-


secara puratanya makanan kat sini ok la, nk kata tak sedap pun tidak, tak sedap pun tidak..kira masih boleh diterima tekak la...orang mmg ramai gila berbuka kat sini,tapi makanan masih cukup lagi kira tak rugi la kalau bayo RM50++ pun...







-tengok dua beradik ni bukan main berselera diaorang makan-






-yang ni penting gambo tuan punya blog-


klu selalu dapat JJCM macam ni memang syok...tapi kalau berat badan bertambah jangan nak merungut yer...:)



-dZaNiE-
































IFTAR at Empress Hotel





Tahun ni kira-kira 3 kali la berbuka kat luar, yang selebih tu semua kat rumah baik rumah sendiri atau pun rumah kakak-kakak ipo.Pergi pasar Ramadhan pun rasanya baru 3 kali.klu pergi pun tak tau nak beli apa,balik-balik benda yang sama sedapnya tak jugak.baik la masak sendiri dh tentu puas ati..Semalam kawan dz datang dari Muar jadi kita orang pun dijemput la berbuka kat empress hotel.kalau ikutkan dah 2 tahun aku ajak dz berbuka kat empress ni tapi langsung idak di layan. sebab tak banyak revew yg dia dapat dari internet pasal empress... Sekali pergi........hamik ko, terduduk tak bangun-bangun dibuatnya... Actually aku dh banyak kali menginap kat empress ni jadi aku tau la sedap ke idak makanan kat sini...rasa malam ni macam nak pegi lagi jer....hehehehehe....:)






-gambar ini harus walaupun badan mcm terlebih backing powder-


-ni kira separuh daripada yang kami makan-



-baru tau mr.Dz betapa sedapnya makanan kat sini-





-asyik makan keropok ngan ais krim jer budak-budak ni-



yang pasti tahun depan Empress Hotel masuk dalam senarai untuk berbuka di luar......



-dZaNie-


~sepi~

hahahaha lama tul menyepi...tau la bulan puasa sampai blog pun tak de rasa nak update...malas,busy,tak de idea semua lengkap menyebabkan blog ni sepi seketika...Alhamdulillah tak lama lagi kita nak menyambut Syawal...Baju raya semua dah selesai beli sehari sebelum Ramadhan...bukan apa malas nk menghangkut anak-anak bersesak dengan orang ramai bulan-bulan puasa ni...:) Syukur semua dh selesai....persiapan rumah pun dah selesai abis semua dah dioperasi sabtu lepas...minggu ni boleh packing baju masuk dalam beg...fuh bestnya nak balik kampung jumpa mak ayah,adik beradik...:) Tahun ni 1st beraya kat umah mak ayah aku, 2nd raya baru balik rumah mertua...:) bagi kengkawan yg balik ke kampung raya nanti caling2 la yer...mana la tau dapat jumpa di kampung nanti....insyallah..



-dZaNiE-


Masalah Beso



Masalah ni tak pernah lari dari aku....eeerrrmmmm sampai dh mati kutu aku dibuatnya..bukan senang jadi perempuan/isteri/ibu ni...semua tenaga perlu digunakan dengan sebaik mungkin termasuk la kepala otak...lama-lama biul aku dibuatnya bila memikirkan masalah ni...masuk je pukul 4 petang aku mula la menggelupur nak pikir APA NAK MASAK??????dapat pulak suami dan anak-anak yang kaki makan ni, mmg tak cukup dua puluh lima buah buku atau internet untuk aku cari idea....penat memang penat tapi tanggungjawab kat umah mana boleh aku ketepikan....nak makan nasi mmg boleh tak de masalah tapi tak nak la tiap-tiap malam makan nasi, bila nak kurusnya aku ni....




Tengah duk pikir-pikir nak makan apa tetiba teringat satu menu yang Mr. Dz pernah buat untuk aku...tapi tak kan nak buat balik keje kot....mana sempat weiiiiiii.....klu menunya main campak-campak macam nak masak nasi goreng tak pe la ni nak kena ketuk,nak kena gulung, nak kena ikat, nak kena rebus....fuuhhhhh macam-macam stepnya lagi....apa yer makanan yang macam tu sekali kena buat????


*


*


*


*


*


*


*


*




taaaaaddddaaaaaa ini lah dia yang aku teringin sangat

biar la korang nak kata apa, walaupun rupanya buruk tapi rasanya....nyum,nyum...



-dZaNiE-


Berita Gembira Kengkawan

Assalammualaikum.... Hati gundah gulana sejak kebelakangan ni...kenapa ya???entah la banyak sangat ujian/dugaan yang Tuhan berikan pada aku dalam tahun ini..Tabahkan lah hati ku ya Allah..dah-dah jangan nak emo-emo kang aku gak yang menangis... BERITA GEMBIRA DARI KENGKAWAN Tahun ni sepatutnya aku kena mengandung sebab nak bersalin tahun depan, tapi nampak gayanya tangguh kot...byk sebab-sebab musabab yang tak dapat dielakkan...cewah...Danish ngan Dzamil dah bising nak baby gurl...sama la ngan Mr. Dz dah sibuk tanya bila nak tambah anak...:( Insyaalah satu hari nanti yang pasti bukan dalam masa terdekat ni...Tahun ni jugak terlalu ramai kengkawan yang mengandung dan dapat baby...silih berganti...yang seronoknya dua tiga orang kengkawan yang dah kawen bertahun-tahun lamanya pun dah direzekikan olehNYA untuk mengandung...Semoga semuanya selamat yer kengkawan...:) Allah tu maha berkuasa ada sebab kenapa dia uji kita, dia nak yang terbaik untuk semua hambanya... Tahun ni jugak aku dengar ada seorang kawan dan suaminya nak ke Mekah...Alhamdulillah dalam usia semuda ini dah sampai rezeki diaorang nak ke Mekah, semoga diterima segala ibadatnya, dan dimakbulkan segala permintaannya di sana...:) bila la turn aku nak sampai ke sana pulak yer????Ya Allah luaskanlah pintu rezeki hambamu ini, Amin...... Kelmarin ada seorang kawan baru balik bercuti dari Hong Kong...bestnya dapat berjalan-jalan di negara orang..aku ni setakat dalam Malaysia la pun kalau nak berjalan...kewangan masih belum mencukupi untuk menjelajah satu dunia...baru-baru ni ada satu rancangan di Astro, ASTANA..bestnya tengok rumah-rumah orang-orang kaya ni...jenuh aku berangan-angan nak jugak rumah macam tu, tapi bila yer????errrmmmmmm....:( pernah terdetik dalam ati bila la aku nak ada duit banyak??????yang pasti rezekinya belum ada lagi...doa-doakan la yer... Tu la orang kata tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu????? -dZaNiE-

Rezeki



Sedang engkau lena dibuai mimpi aku telah korbankan lena ku demi mencari rezeki yang lebih...aku korbankan segalanya demi kesenangan dalam kehidupan ini...Ya Allah engkau bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki untuk hambaMu yang kerdil ini...



Betul kata orang bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah...dalam kehidupan ini kalau tak ada usaha kesenangan tak akan datang bergolek depan mata...ujian/dugaan yang Tuhan berikan pada kita semuanya ada hikmah yang baik disebaliknya...sentiasa redho, berdoa dan sentiasa berusaha semoga dipermudah dan dipermurahkan rezeki yang halal kepada kita...AMIN....




-dZaNiE-

Mencari Rezeki

Assalammualaikum.....


Lama betul tak update..sibuk dan stress sejak kebelakangan ini...sibuk tu perkara biasa la maklum la isteri/ibu yang bekerja ni mana pernah habis kerjanya....stress pulak sebab semenjak dua menjak ni banyak pulak dugaan yang datang...Ya Allah kuatkan lah hati hambamu ini untuk menempuhi segala ujian dan dugaanMU ini....



Macam mana boleh stress??? Ok macam ni diari hidup saya, seawal 5.30 pagi bangun siapkan sarapan untuk Mr.Dz dan Danish beserta bekalan Danish untuk ke sekolah..di samping tu jugak kena siapkan lauk tengah hari untuk Danish lepas balik dari sekolah....6.50 pagi start enjin hantar Dzamil ke rumah pengasuh & terus ke pejabat...aku masuk opis kul 7.30 pagi balik kul 4.30 petang...kenapa masuk awal??sebab aku nak balik awal...kerja-kerja kat umah lak menanti...tepat 4.30 petang balik terus amik Dzamil di rumah pengasuh Danish di sekolah agama..sampai rumah 5.30 petang terus mandi & solat...turun bawah jalan kan mesin pastu siapkan bahan-bahan untuk masak...kadang-kadang kalau ada desakan oleh anak-anak terpaksalah buatkan minum petang untuk diaorang...lapar gamaknya...



Kerja kerajaan ni berjawatan kerani banyak manalah sangat gajinya...tambah lak tak pernah nak buat kerja lebih masa disebabkan kekangan masa yang ada...duk kat KL ni kalau setakat gaji 2K tu bukanlah nak dikatakan sebagai orang kaya/senang...mana lagi nak bayo duit kete, duit pengasuh, duit van sekolah, susu anak, pampers, barang dapur, bil-bil, orang tua kat kampung...boleh diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...makanya dengan minat yang ada aku pun telah menjual kek secara kecil-kecilan untuk mendapat duit sampingan...bukan mudah nak senang dan bukan susah nak susah...seorang yang bekerja di pejabat terpaksa berkejar-kejar dengan kerja-kerja rumah dan juga tempahan yang ada..kadang-kadang rasa tak mampu tapi demi mencari rezeki lebih aku gagahkan juga...



Masalah sekarang ni aku tak tahu nak promosikan kat mana kek-kek aku ni...makanya mohon la jasa baik sesiapa yang terbaca entry ini untuk menolong saya...jasa baik kalian amatlah diharapkan...
Antara kek-kek yang dijual
Moist Coklat Strawbery

Cup Kek Coklat

Cup Kek Buttercream

Kek Hari Lahir

http://www.dzaniecake.blogspot.com

-dZaNiE-







Perampas



Sana sini ada je cerita pasal rampas suami orang..pelik....kadang-kadang bila fikir balik kenapa boleh jadi semua ni dalam kehidupan...adakah si suami tak setia???adakah si perempuan terlalu menggoda sehingga si suami hanyut dalam godaan itu???bagi si suami dia tak pernah ke fikir susah payah bersama isteri dalam melalui kehidupan berumahtangga???bagi si perempuan pulak tak kan tak ada rasa simpati di dalam hati sehingga tergamak merampas suami orang???semua tu selalu bermain difikiran???sering mencari punya kenapa terlalu banyak sangat kejadian seperti ini terjadi masa kini...ermmmmm:(


Bagi perempuan-perempuan yang suka merampas suami arang di sini ada 10 alasan kenapa anda dilarang bercinta dengan suami orang.


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!



kalau masih ada lagi yang nak merampas suami orang hati-hati la yer...korang tu bermain dengan api sebenarnya silap haribulan dapat isteri si lelaki yang garang macam singa mau tak senang duduk dikerjakannya...masa tu kompom tak tau mana lagi nak diletakkan muka yang tak tau malu tu...hahahahahaha....


Semua ini adalah pengajaran dan peringatan...:)
-dZaNiE-

Hujung Minggu


Apabila tiba jer hujung minggu aku seolah-oleh menjadi seorang maid...maid yang tak bergaji,maid yang membuat kerja kerana tanggungjawab kepada keluarga...orang kata hujung minggu boleh rehat,klu aku rehat pun hanyalah sejam dua sahaja..masa yang ada sepanjang hari dihabiskan dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis...kalau hari bekerja aku hanya buat kerja-kerja yang perlu sahaja seperti memasak,membasuh kain dan jugak menyapu rumah....kalau hari kerja tak ada masa nak mop rumah,nak basuh bilik air, nak lap dapur dll....





Rutinnya lepas solat subuh dihujung minggu perkara pertama yang aku akan buat adalah menjalan kan mesin...lepas tu barulah pegang penyapu dan menyapu rumah...dalam masa tu otak berjalan memikirkan menu apa yang perlu aku masak untuk sarapan dan jugak makan tengah hari...penat memang penat...dah la penat buat kerja rumah,penat nak pikir apa nak masak...pendek kata klu badan ni tak jaga betul-betul alamat cepat la reput....rumah ni tak la besar mana,standard rumah teres dua tingkat, ada 3 bilik air,4 bilik tidur dan 2 ruang tamu...klu dioperasi memang boleh diperah baju aku dibuatnya...aku mmg tak suka tengok rumah bersepah tapi kalau dapat suami ngan anak yang tak tahu undang-undang memang boleh sakit jiwa....ada kalanya baju kotor hanya diletak di sebelah bakul kain...aku pelik kenapa tak dimasukkan betul-betul ke dalam bakul baju tu....:( kadang-kadang benda-benda macam ni bisa membuatkan aku menjadi bertambah penat..........bila badan dah penat mulalah rasa nak mengamuk.......haruskah aku mengamuk??????


-dZaNiE-

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki????

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

*sharing is caring* artikel ni aku dapat dlm FB..sama-sama la kita kongsi yer.


-dZaNiE-



Kemalasan

Ya Allah...kenapa la dengan aku sejak kebelakangan ni...malas ya rabbi...kek dah dekat 3 minggu aku tak buat...aku fikir aku terlalu penat sebab banyak benda nak pikir,banyak benda nak buat sejak Danish darjah satu ni...terkejar sana terkejar sini lama-lama leh sakit jantung aku dibuatnya...Menjadi seorang isteri/ibu yang berkerjaya ni mmg memenatkan...mana nak fikir kerja di pejabat, kerja di rumah, perhatian untuk anak-anak, perhatian untuk suami (walaupun dah tua masih perlukan perhatian)...macam mana pun kena redho..bak kata Mr.DZ kita yang memilih jalan hidup kita macam mana pun jangan nak mengungkit...tul jugak...jadi aku memilih untuk redho sahaja walaupun ada kalanya terasa tak adil dalam kehidupan ini...

nak tak nak kek ni aku kena buat jugak untuk dihantar ke kedai minggu depan. Ramai orang dah merungut sori yer para pembeli....


kek ni minggu depan ada orang tempah,minggu satu lagi pun ada orang tempah gak...come on yani klu nak tambah pendapatan bulanan ko mesti rajin,jangan malas-malas...sentiasa jadikan DIA itu sebagai idola ko...hahahahahaha kata-kata semangat untuk diri sendiri....


-dZaNiE-

15 Panduan Mengembangkan Sifat Sabar

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.



-dZaNiE-

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan

Diriwayatkan Nabi Musa a.s telah melihat seorang lelaki mengangkat tangannya berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT. Melihat peristiwa itu, Nabi Musa mengadu nasib lelaki itu kepada Allah, “Wahai Allah, hambamu ini memohon kepadaMu supaya dikasihani akan dirinya kerana engkaulah yang amat mengasihani dari segala kasih, apakah yang telah lakukan kepada hajatnya itu?”. Allah memberitahu kepada musa, “ Wahai Musa, kalau dia mengangkat tangannya sehingga putus sekalipun, aku tidak akan memenuhi hajatnya sehingga dia sendiri memenuhi hak-hak aku”.


Menurut satu lagi riwayat, Ketika Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada seorang lelaki yang bertanya kepadanya, “mengapakah doa kami tidak dimakbulkan Allawa SWT, padahal kami selalu berdoa kepadanya”. Jawab Ibrahim bin Adham, “ini kerana hati kamu semua buta disebabkan oleh sepuluh perkara”.

Pertama: Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya.
Kedua: Kamu menyangka kamu cintakan Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan sunnah.
Ketiga: Kamu membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam: Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh: Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak menjauhinya.
Kelapan: Kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
Kesembilan: Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa akan keaiban diri sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.

Rasulullah juga bersabda, “tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu imam (pemerintah) yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi yang diangkat doanya oleh Allah tanpa ada sebarang kabus pada hari akhirat dan dibukakan pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “demi dengan kemuliaanku, aku akan member kemenangan kepadamu walaupun selepas satu jangka masa” – Riwayat Ibn Majah dan Al-Tirmizi.

Kata Dr Yusuf Al-Qardawi, “aku ditanya oleh seorang sahabat, sesungguhnya pada setiap tahun berhimpun di Arafah dan Tanah Suci dalam keadaan bersih, berfawaf di Baitullah dengan rasa kehambaan diri kepada Allah SWT, mereka berlari-lari anak antara bukit Safa dan Marwah dengan penuh zikir, mereka berdiri di Arafah sambil menyebut talbiyah dengan penuh khusyuk sambil membersihkan diri mereka dari perhiasan dunia dan keindahannya. Semua mereka itu menyeru Allah SWT akan dimenangkan hak ke atas seteru-seteru mereka, memulangkan putar-belit ke atas diri mereka sendiri, mengembalikan panahan-panahan beracun mereka ke atas diri mereka dan mengeluarkan umat Islam dari mehnah dan fitnah mereka”. Begitu juga dilaporkan pada setiap tahun lebih 2 juta orang yang berterawih dan berqiamullail di masjidil haram. Persoalannya kenapa doa-doa mereka ini yang dipohon kepada Allah dalam keadaan kyusuk dan tawaddu’ masih tidak dimakbulkan Allah? Tempatnya suci, masanya suci, hati-hati mereka adalah hati-hati yang khusyuk, lidah-lidah mereka adalah lidah-lidah yang bersih.Kenapa umat Islam masih dikepung musuh? Kena umat Islam masih diserang, dibunuh, dibom dan sebagainya? Bukankah umat ini berdiri di atas agama yang benar.
Jawab Al Qardawi’ “penerimaan Allah terhadap sesuatu doa ada syarat-syaratnya. Dari satu segi yang lain, makbulnya doa ada jangkamasanya, ada waktunya tertentu. Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendakinya dan dengan cara yang dikehendakinya.” Wallahualam......
-dZaNiE-

Soalnya Hati

Kenapa hati sering disakiti???sering dilukai???kesian pada hati...apa saja masalah yang timbul hati yang menjadi mangsa...kenapa susah sangat nak menjaga hati???agaknya memang dah tertulis hati akan sentiasa disakiti oleh orang-orang yang tak berhati perut...nak menjaga hati sendiri pun susah...ermmmm hati,hati kesian tul kat ko...


berhati-hatilah ketika menabur kata dan janji,kelak hati akan terluka dek kata-kata serta janji-janji manis itu...kita sering manabur janji tapi sukar untuk di tunaikan...itulah lumrah hidup manusia,suka melihat orang lain derita...bila dah terluka,hati akan bengkak lalu luka dan berdarah adakalanya hingga meninggalkan parut...


sesiapa yang menyanyangi hati jagalah ia,belailah ia...hati juga punya perasaan...bukan senang nak menjaga hati tambah-tambah pulak banyak hati yang perlu kita jaga....apa pun sentiasalah sucikan hati kita dengan zikir-zikir Allah....Insyallah ketenangan hati akan kita perolehi...


-dZaNiE-

10 Asas Kebahagiaan Rumahtangga

Semua orang yang berkahwin menginginkan keluarga yang bahagia dan kekal sepanjang umur mereka didunia ini. Namun bukan semua pasangan yang berkahwin akan kekal sehingga ke anak cucu seperti selalu kita ucapkan kepada pasangan yang baru berkahwin “semoga kekal ke anak cucu”. Akhirnya perceraian menjadi jalan penyelesaian.
Artikel yang saya terima dari emel ini rasanya berguna untuk kita saya kongsi bersama “10 Asas Kebahagiaan Rumah Tangga”.....
1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.
3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal ‘bahasa cinta’ pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.
p/s : sekiranya sayangkan sebuah perkahwinan selamatkan lah dengan mengikuti 10 asas kebahagiaan rumahtangga ini serta diiringi dengan doa semoga Tuhan makbulkan niat baik kita..Insyallah..
-dZaNiE-

Mencorak Sehelai Kain Putih

Baru aku tahu betapa sukarnya nak mencorakkan sehelai kain putih yang telah di amanahkan oleh Allah...Kadangkala, sebagai ibu bapa memang sukar untuk kita bersabar dengan karenah anak-anak. Corak kehidupan masa kini menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Di zaman moden ini, pengaruh dari apa yang berlaku di sekeliling seringkali membuatkan kebanyakan kita tergesa-gesa, memberitahu anak-anak apa yang perlu dilakukan sambil berlalu di hadapan mereka, dan kemudian pergi. Malangnya, apa yang berlaku ialah selepas membuat 15 permintaan untuk melakukan sesuatu misalnya, kebanyakan kita akan menjadi kecewa. Ada yang terpaksa meninggikan suara, walau pun perkara itu tidak mereka sukai. Ramai yang merasakan, "Kenapa anak saya hanya mendengar apabila saya menjerit kepada mereka?" Bagi kanak-kanak, mungkin ia merupakan masa untuk mendapatkan sedikit rehat atau pun melihat apa yang sedang berlaku.

Kebanyakan kanak-kanak sudah mempelajari bahawa mereka boleh mengenepikan suruhan kita apabila kita bercakap pada nada suara biasa, kerana tidak lama kemudiannya kita akan keluar ataupun sibuk melakukan hal-hal tertentu. Maka kanak-kanak tersebut boleh meneruskan semula apa yang sedang mereka lakukan tanpa gangguan. Walau bagaimana pun, mereka tetap "peka" kepada nada suara kita ibu bapa mereka dan tahu bila mereka patut mendengar permintaan kita. Mereka tahu pada nada mana ancaman ibu bapa mereka akan jadi kenyataan. Justeru itu, bagaimana untuk membuatkan mereka mendengar kata tanpa kita perlu menjerit dan mengugut?

· Jangan tergesa-gesa sambil menggesa dalam memberi arahan. Kadangkala lagi banyak menggesa, keadaan menjadi lebih buruk. Jika kita mahu mereka melakukan sesuatu, kita perlu meluangkan sedikit masa hanya untuk memberitahu perkara itu. Hampirilah anak itu, pandang kepadanya dengan pandangan yang mesra dan katakan apa yang kita mahu dia lakukan. Anda boleh menyentuh bahunya dengan lembut ketika membuat permintaan itu. Kadangkala, anak yang degil ini sengaja bersikap demikian untuk meguji kesabaran kita. Oleh itu, kita akan kalah jika kita hilang sabar.

· Berlembut dengan nada kasih sayang. Anak-anak seperti ini bersikap keras di luar, tetapi sebenarnya mereka masih lembut di dalam. Tawanlah hatinya. Untuk itu, kita perlu gunakan cara yang lembut. Gunakan kata-kata pujukan dan rayuan seperti, "Man, mak penat betullah, Man. Man kesian mak tak? Boleh tak Man tolong sapu halaman di luar tu? Emak tak tahu siapa lagi yang boleh tolong emak. Kalau mak buat juga, sakit pinggang mak akan menjadi bertambah teruk lagi. Boleh ya, Man? Man anak baik kan?" Memanglah kita perlu meluangkan sedikit masa untuk memberikan kata-kata seumpama ini. Tetapi apa salahnya kalau kata-ata arahan seperti, "Man, pergi sapu halaman," itu tidak berkesan?

· Tunggu sebentar di sisinya sehingga dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Kehadiran kita di sisinya lebih meyakinkan dia bahwa kita benar-benar serius mahu dia melakukan suruhan tersebut. Ia lebih berkesan daripada mengulang-ulang arahan yang sama dari jauh.

· Berikan komen yang positif apabila dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Sewaktu dia sedang melakukannya, datang dan jenguk dia serta berikan terus komen-komen positif. Jangan tunggu sehingga dia selesai, baru anda hendak berikan komen yang positif. Anak-anak seperti ini perlu didorong dengan lebih kuat daripada anak yang sedia mendengar kata-kata ibu bapa mereka.

· Apabila tugas itu sudah dilaksanakan, berikan pujian atau ucapkan terima kasih kepada anak itu kerana telah melakukannya dengan segera. Selitkan juga ucpan terima kasih kerana "dia sanggup mendengar kata-kata anda". Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasakan yang ibu bapanya benar-benar mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan dan mereka juga dapat merasakan betapa besar maknanya kepada ibu bapa untuk mereka mematuhi suruhan tersebut.

· Tetapi jika kerja itu tidak dilakukan, hampiri anak tersebut dan bincangkan tentang apa yang kita mahu dia lakukan. Terus awasi dia sehingga dia selesai melaksanakannya. Apabila dia semakin menunjukkan peningkatan melakukan kerja dengan pengawasan, kita boleh kurangkan memberi kata-kata pengesahan setiap kali dia melakukan sesuatu kerja, tetapi sekali-sekala, berikan komen bahawa mereka bertanggungjawab dan tunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka itu.

· Kita boleh janjikan sesuatu yang menarik kepadanya sekiranya dia melakukan apa yang disuruh. Contohnya membawa dia bersiar-siar di hujung minggu nanti sekiranya dia bersikap rajin dan melakukan apa yang disuruh.
· Terangkan juga kepadanya betapa besarnya pahala anak yang mentaati kedua ibu bapanya. Anak sebegini yang akan mendapat keredhaan ibu bapa, yang merupakan antara syarat utama untuk masuk syurga kelak.

· Selalu bacakan kisah-kisah mengenai anak yang mentaati kedua ibu bapanya dan balasan yang Allah s.w.t. berikan. Kisah-kisah semasa boleh diceritakan. Contoh di kalangan saudara mara juga adalah baik untuk disebutkan kepada anak-anak. Umpamanya, anak yang seringkali berjaya di dalam hidup mereka berkat ketaatan mereka kepada kedua ibu bapa. Ceritakan juga kisah-kisah anak yang tidak mendengar kata-kata ibu bapa mereka serta kesusahan dan bala yang Allah turunkan untuk anak-anak seperti ini.

· Jika menonton drama di televisioan mengenai anak yang baik atau akibat anak yang degil, berikan komen atau iktibar daripadanya selepas kita menontonnya bersama. Lebih baik lagi jika kita dapat merakamnya untuk ditonton lagi di masa-masa yang akan datang.
· Perhati dan periksalah diri kita sendiri. Kadang-kadang anak yang bersifat degil itu adalah cermin diri kita. Mungkin kita juga seorang yang degil, cuma cara dan bidangnya berbeza.
Mungkin, hanya satu bentuk kecuaian kita dalam menjaga syariat, sudah cukup untuk menjadikan kita gagal dalam memimpin dan mendidik anak-anak. Kecuaian kita menunjukkan kita juga `degil' untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., justeru itu Allah berikan teguran-Nya melalui sikap anak-anak. Cuba perbaiki diri kita dari masa ke semasa, untuk menjadi hamba Allah yang taat, semoga anak kita juga taat kepada ibu dan ayahnya.

· Jangan terlalu banyak mencemuh atau mengutuk anak kalau dia bersikap degil. Ini tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Malah, ia akan merosakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak yang merasakan dirinya `tidak berguna' dan dibenci oleh ibu bapa akan bersikap lebih degil lagi, kerana dia juga sedikit sebanyak turut mebenci kedua ibu bapanya.

· Jangan biarkan anak terus dengan sikap degilnya itu. Kalau kita menyuruh berbuat sesuatu dan dia tidak mengendahkannya, kita harus terus memujuknya supaya dia tetap melakukannya. Jangan pula di waktu-waktu tertentu kita biarkan dia lepas begitu sahaja, manakala di waktu lain kita begitu marahkan dia.

· Elakkan daripada menyuruh anak melakukan perkara yang memang tidak disukainya, melainkan kalau perkara itu memang perlu dilakukan. Sebaliknya banyakkan suruhan pada perkara-perkara yang digemarinya atau yang lebih mudah untuk dilakukan. Contohnya, anak lelaki mungkin lebih suka pergi ke kedai dan menyapu halaman manakala anak perempuan pula lebih mudah disuruh membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya.

· Akhir sekali, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Kadangkala ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka cepat berubah akan kecewa apabila anak-anak tidak melakukan apa yang disuruh. Apabila kecewa, kita mungkin akan menjadi hilang sabar lalu hilang pertimbangan hingga melakukan tindakan yang keterlaluan dengan menghukum anak-anak. Bayangkan diri kita sewaktu kecil, adakah kita mudah melakukan setiap apa yang disuruh? Begitulah juga situasi anak-anak kita sekarang. Yang penting, teruskan memberi mereka didikan dengan penuh sabar, Insya-Allah semakin mereka meningkat umur ke arah dewasa, mereka akan faham bagaimana untuk menjadi anak yang taat, mendengar kata dan bertanggungjawab.


-dZaNiE-

Jauh......hilang entah ke mana???

Apa perasaan korang kalau rasa perhatian,kasih,sayang dan cinta seseorang dah jauh dari diri korang????kompom rasa sedihkan...kadang-kadang rasa macam cinta bertepuk sebelah tangan jer...mana hilangnya semua itu???kenapa dia menghilang???pening-pening nak fikirkan semua ini...rasanya tak patut semua itu hilang,sebab semua itu kepunyaan mutlak bagi orang itu...puas sudah muhasabah diri, puas sudah bersabar namun tetap jua kena lalui...tiada lagi air mata untuk ditangisi walaupun hati sering kali di sakiti...Ya Allah berikanlah kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini...


"YA ALLAH, JIKA BENAR DIA DITAKDIRKAN UNTUK AKU, MAKA DEKATKANLAH HATINYA DENGANKU, TAPI JIKA DIA BUKAN DITAKDIRKAN UNTUK AKU, MAKA PISAHKANLAH KAMI, DAN AKU REDHA DENGAN KETENTUAN-MU"


Tolong......tolong kembalikan perhatian,kasih,sayang dan cinta itu...aku amat merinduinya...


-dZaNiE-

Rezeki

Bila cerita pasal rezeki ni teringat masa Persidangan Bahagian Pengurusan Jabatan aku...aku ni mmg susah sangat nak dapat hadiah ker,no bertuah ker...nak jadikan cerita memang rezeki aku la masa tu boleh pulak aku dapat no bertuah penginapan di Hotel tu lagi tak sangka tul..syukur,syukur...sebelum ni mmg jangan mimpi la aku nak dapat semua tu...apa pun semua tu rezeki dari Allah...
Rezeki ni kalau kita nak kita kena usaha,mana ada rezeki datang bergolek depan mata tanpa usaha, jadi bila dah 9 tahun duk keje ngan gomen ni aku rasa macam perlu mencari rezeki sampingan bukan tak cukup dengan apa yang ada cuma peredaran zaman dan perubahan masa memerlukan kita untuk mencari pendapatan lebih..mana idaknya nak sekolahkan anak kena guna duit,nak kuar umah guna duit,sakit pun kena guna duit....kesimpulannya duit tu dah jadi macam satu keperluan utama dalam kehidupan,tanpa duit hidup kita akan susah...jadi aku pun datang semangat untuk bangkit dan bekerja lebih keras untuk mendapat duit lebih...buat masa sekarang ni aku menjual kek dan jugak cup kek, mana kala Mr.Dz dengan puyuh frozennya yang telah di marinate...sesiapa yang teringin nak mencuba produk kami ni sangatlah dialu-alukan dan kepada yang dah membeli dan sentiasa membeli terima kasih banyak-banyak di atas sokongan kalian....kat sini aku nak kongsi beberapa tips macam mana nak dimurahkan rezeki..
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengankeluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkankonsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buatsetiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yangboleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akanmembuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannyamaka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutupkefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dariAbu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depanAllah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan padahamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akanmenghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya danmemberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbasr.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukansaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabis.a.w.:“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosayang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram denganmengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hatimenjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agarsiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklahberbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya danAllah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanyanescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakimdan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakandan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan keranaorang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalambentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikanhajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-citatidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkanterlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnyamaka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedomanmengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki olehAllah . Baginda s.a.w. bersabda:“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allahakan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pinturezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentangArasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hambasekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepadaorang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yangmenyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperolehrezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orangdan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk denganurusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empatrakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim danThabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnyaazab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akanmemberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untukkeluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jikadibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan danmurahkan rezeki.Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapatmenjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringidoa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalahpintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadismenyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuhbergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalamal-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akanperkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadissahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yangdicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu AbiSyaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yangboleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baikdididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganyapemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yangbaik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinyayang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya denganAllah . Firman-Nya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benartawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, iapagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawakepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (darisegala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalanyang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikatayang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allahlimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya denganpemberian-Nya.
-dZaNiE-

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st=”on”cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. lace w:st=”on”Cuba lace kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


-dZaNiE-