Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

It's been 6 years...

Diam tak diam dah 6 tahun usia perkahwinan aku...tahun ni tak dapat apa-apa hadiah daripada Mr.DZ..cuma dia bawak aku sekeluarga pg bercuti jer..percutian ni pun sebenarnya tak dirancang..tiba-tiba jer bangun dari tido dia ajak aku pergi melaka...terkejut berok aku dibuatnya...sblm tu kami countdown anniversary kat KL...sempat gak la aku singgah ke danau kota...dekat kul 2 pagi baru sampai umah..

pagi tu aku pun terus bersiap utk ke melaka...aku asalnya tak nak pegi sebab ati aku lebih berat nak balik kampung, nak pg kawan sekolah aku kawen..tapi memandangkan ini adalah hadiah anniversary dari Mr.Dz maka aku turutkan..lagipun aku dah berpuluh tahun tak jejak kaki ke melaka..banyak tul berubah melaka bandar raya bersejarah tu...time aku ke melaka ni tak kena langsung..sebab tengah cuti sekolah, makanya ramailah manusia-manusia kat sana...nak cari hotel pun susah..sib baik dapat gak hotel klu idak balik putrajaya balik la aku...

Kek Anniversary


Melaka




gambo banyak lagi tapi semunya dalam facebook...maka kunjung-kunjungilah facebook ambo...


 -dZaNiE-

Deco,Deco,Deco...

Lamanya rasa tak pergi IKEA...last pergi masa bulan puasa baru ni...klu pergi tak membeli tu tah sah...muka aku ni nk tengok-tengok jer...hentikan la yani...memandangkan bulan depan dah 2 tahun aku duduk umah tu maka aku nk tukar selera pulak...aku nak mengdeco kembali umah aku tu untuk mencari kelainan..kadang-kadang benda kecik-kecik dan murah pun klu kreatif boleh mencantik kan umah...itu semua perpandukan kreativiti seseorang..aku ni nak kata pandai menghias umah idak la...tapi aku suka sangat bila tengok umah tu cantik dan kemas...rasa tenang sangat...aku tak tau la macam mana ada orang boleh tinggal+duduk dalam umah yang bersepah dan tak tersusun..klu aku serabut..mau aku mengamuk sampai pagi...so aku dah ada beberapa barang yang aku akan cari nanti....diantaranya....

-Frame-


-Candles-


-Vases-


-Candleholders-

Mak oi..banyaknyer nak membeli???ni tak termasuk langsir yang nak ditempah lagi...alamatnya abis la akaun aku korek nanti...kalu kengkawan ada idea macam mana nak mendeco umah dialu-alukan yer...kita kongsi sama-sama...



-dZaNiE-

Pencuri,Penyamun,Perompak,Pencopek....

Bengang di tahap maksima dah aku ni...tak de keje lain ke manusia durjana tu...kenapa la ko tergamak nak amik aku punya Hard Disk, Rem ngan AV Kad????? agaknya klu dia jual boleh jadi jutawan kot...klu boleh jadi jutawan sekalipun tak lama sebab dari hasil haram...yang membuatkan aku marah+bengang segala maklumat Jabatan ada dalam tu...aku risau sekiranya maklumat-maklumat tu dimanipulasikan oleh manusia jahanam tu jer...

Tak pasal-pasal aku kena pegi balai buat report polis...klu polis boleh cari+tangkap sapa punya keje bagus gak ini setakat wat report pastu simpan report tu wat pekasam baik tak payah...

Aku harap sangat yang manusia jahanam ni terima lah pembalasan daripadaNya di atas apa yang dia telah buat...Wahai manusia jahanam, walaupun aku tak tau sape yang mencuri tetapi Tuhan tahu apa yang kamu lakukan...



-dZaNiE-