Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

15 Ramadhan 1425 - 15 Ramadhan 1431

Bila aku post jer entry wish birthday Mr. Dz tetiba jer aku teringatkan sesuatu...Sebenarnya pada 15 Ramadhan 1425 tu aku telah selamat melahirkan putera pertama kami yang diberi nama Danish Haiqal seberat 3.72kg di hospital Putrajaya..sekarang Danish dah 6 tahun, dah besarkan tahun depan dah nak masuk darjah 1..Happy Birthday Danish doa ibu semoga Danish akan menjadi seorang anak yang berguna kepada agama,bangsa & negara..belajar rajin-rajin yer sayang,ibu nak tengok sangat anak ibu berjaya..



Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang untuk aku mengecapi segala nikmatMU..doa aku semoga dikurniakan anak perempuan kelak, insyallah.. Malam ni kena sambut birthday Mr.Dz ngan Danish sekali la...:)





-dZaNiE-


Happy Birthday

25 Ogos 2010, genap la umur Mr. Dz 31 tahun.. Dikesempatan yang ada ni nak wish la sikit..



Happy Birthday Sayang, semoga panjang umur, murah rezeki & di berkati oleh-NYA..Insyallah tahun depan N akan tunaikan hasrat abg untuk N pregnant..Harap-harap kita dapat baby girl lak yer..Insyallah.



Luv u, muahhh....
-dZaNiE-

Sambutan Bulan Ramadhan

Bila tengok album kat FB baru perasan aku belum lagi wat entry utk projek makan-makan sebelum masuk bulan Ramadhan ari tu...aku paling suka kalau buat makan-makan kat opis, masing-masing kena bawak makanan dari hasil air tangan..masa ni dapat la rasa keenakkan air tangan kawan-kawan aku...projek makan-makan kali ni hanya melibatkan orang perempuan sahaja..malas nak ajak budak lelaki sebab kami masak pun tak seberapa...kali ni kami wat makan tengah hari, bila dah kata makan tengah hari tu harus la ada nasi serta lauk pauk yang enak-enak...

Nasi - Nurul
Sup Daging - Kak Salwa
Sayur Campur -ZuraBlack Papper Chiken & Tandoori Chiken - Tuan punya blog
Gulai Lomak Ketam -Azza

Memang berselera kami makan ari tu, siap bertambah-tambah lagi nasi...



klu makan tak ada pencuci mulut rasa tak lengkap jer kan...pencuci mulut pun yang simple-simple jer janji ada...Nantikan pulak sambutan untuk Hari Raya yer....



-dZaNiE-

Daging Gulung resepi Mr.Dz

Bak-bak bakar membakar ni memang Mr.Dz paling suka. Mr. Dz ni sebenarnya pandai masak cuma ada penyakit malas jer, tp klu suruh dia membakar penyakit malas tu mmg tak de...resepi baru yang dia cuba baru-baru ni Daging Gulung...aku sendiri tak tau apa bahan-bahan yang dia guna, tau-tau dia dah siap perap daging tu..ada la 2-3 orang kawan-kawan dalam FB mintak resepi daging tu aku sumpah tak tahu...last-last aku terpaksa mintak Mr. Dz suh taip resepi tu..katanya resepi tu adalah rahsia keluarga...tapi kalu ada kengkawan yang nak aku tak kedekut insyallah aku akan bagi....jom layan gambo daging gulung tu.......

daging yang diletak inti a.k.a isi ayam

bawang-bawang dan daun rosemary (untuk penyedap rasa)

telur rebus di susun dan cheese di parut

daging di gulung dengan butcher string

daging yang sudah di bakar dan hasilnya........

*

*

*

*

*

*

*

*

taaaddaaaaaaa


rupa jer buruk tapi rasanya errrmmmmm sedap gle....cam nak suh Mr. Dz wat jer.....



-dZaNiE-

tak pasal-pasal susut pahala puasa aku

Kalau ikutkan ati aku di bulan Ramadhan yang mulia ni aku malas nak marah-marah kat orang..tapi kali ni aku terpaksa sebab kesakitan hati aku ni tak leh nak dibendung lagi..aku tak suka nak cari pasal kat orang dan aku jugak tak nak orang cari pasal kat aku..dah lama aku diam dan pendam sebabnya aku malas nak bergaduh dan kini kau yang cari pasal pastu kau tarik muka kat aku...wtf?????????aku tak sangka ada gak jantan yang berperangai mcm ni, nampak sangat telo kau kecut...rimas aku nak tengok muka kau pun aku meluat....ya Allah susut pahala puasa aku disebabkan jantan ni...

Dan sekarang aku nak semua orang tahu yang aku memang tak puas ati dengan dia....Woi jantan kalu berani meh depan aku bagi tau aku apa yang ko tak puas ati...kot-kot aku boleh puaskan ati ko tu...dasar tak sedar diri tak tau asal usul....patut la ramai orang yang tak suka suku sakat kau baru aku tahu suku sakat kau ni perangai macam @#$%^$#@^.....


-dZaNiE-

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Rabu ni kita dah masuk bulan Ramadhan...Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dalam Islam. Bulan yang penuh hikmah yang menguji kekuatan iman setiap manusia terhadap Allah yang Maha Esa. Sebagai seorang Islam, kedatangan bulan Ramadhan seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan keazaman untuk tingkatkan tahap keimanan dan kecintaan kita kepada agama. Di bulan yang mulia dan penuh barakah ini juga manusia dibebaskan dari gangguan dan godaan syaitan. Iman dan nafsu bertarung dalam satu nyawa dan jasad. Siapakah pemenangnya..iman ataupun nafsu? tak perlu undian sms mahupun komen juri professional, juga tiada tangisan terkeluar pertarungan akibat kekurangan undian. Pemenangnya hanya Allah yang menilai keikhlasan hamba-Nya dalam menunaikan suruhan-Nya. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada yang lepas...

Selamat Menyabut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kawan-kawan semua...


-dZaNiE-