Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan

Diriwayatkan Nabi Musa a.s telah melihat seorang lelaki mengangkat tangannya berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT. Melihat peristiwa itu, Nabi Musa mengadu nasib lelaki itu kepada Allah, “Wahai Allah, hambamu ini memohon kepadaMu supaya dikasihani akan dirinya kerana engkaulah yang amat mengasihani dari segala kasih, apakah yang telah lakukan kepada hajatnya itu?”. Allah memberitahu kepada musa, “ Wahai Musa, kalau dia mengangkat tangannya sehingga putus sekalipun, aku tidak akan memenuhi hajatnya sehingga dia sendiri memenuhi hak-hak aku”.


Menurut satu lagi riwayat, Ketika Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada seorang lelaki yang bertanya kepadanya, “mengapakah doa kami tidak dimakbulkan Allawa SWT, padahal kami selalu berdoa kepadanya”. Jawab Ibrahim bin Adham, “ini kerana hati kamu semua buta disebabkan oleh sepuluh perkara”.

Pertama: Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya.
Kedua: Kamu menyangka kamu cintakan Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan sunnah.
Ketiga: Kamu membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam: Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh: Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak menjauhinya.
Kelapan: Kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
Kesembilan: Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa akan keaiban diri sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.

Rasulullah juga bersabda, “tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu imam (pemerintah) yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi yang diangkat doanya oleh Allah tanpa ada sebarang kabus pada hari akhirat dan dibukakan pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “demi dengan kemuliaanku, aku akan member kemenangan kepadamu walaupun selepas satu jangka masa” – Riwayat Ibn Majah dan Al-Tirmizi.

Kata Dr Yusuf Al-Qardawi, “aku ditanya oleh seorang sahabat, sesungguhnya pada setiap tahun berhimpun di Arafah dan Tanah Suci dalam keadaan bersih, berfawaf di Baitullah dengan rasa kehambaan diri kepada Allah SWT, mereka berlari-lari anak antara bukit Safa dan Marwah dengan penuh zikir, mereka berdiri di Arafah sambil menyebut talbiyah dengan penuh khusyuk sambil membersihkan diri mereka dari perhiasan dunia dan keindahannya. Semua mereka itu menyeru Allah SWT akan dimenangkan hak ke atas seteru-seteru mereka, memulangkan putar-belit ke atas diri mereka sendiri, mengembalikan panahan-panahan beracun mereka ke atas diri mereka dan mengeluarkan umat Islam dari mehnah dan fitnah mereka”. Begitu juga dilaporkan pada setiap tahun lebih 2 juta orang yang berterawih dan berqiamullail di masjidil haram. Persoalannya kenapa doa-doa mereka ini yang dipohon kepada Allah dalam keadaan kyusuk dan tawaddu’ masih tidak dimakbulkan Allah? Tempatnya suci, masanya suci, hati-hati mereka adalah hati-hati yang khusyuk, lidah-lidah mereka adalah lidah-lidah yang bersih.Kenapa umat Islam masih dikepung musuh? Kena umat Islam masih diserang, dibunuh, dibom dan sebagainya? Bukankah umat ini berdiri di atas agama yang benar.
Jawab Al Qardawi’ “penerimaan Allah terhadap sesuatu doa ada syarat-syaratnya. Dari satu segi yang lain, makbulnya doa ada jangkamasanya, ada waktunya tertentu. Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendakinya dan dengan cara yang dikehendakinya.” Wallahualam......
-dZaNiE-

Soalnya Hati

Kenapa hati sering disakiti???sering dilukai???kesian pada hati...apa saja masalah yang timbul hati yang menjadi mangsa...kenapa susah sangat nak menjaga hati???agaknya memang dah tertulis hati akan sentiasa disakiti oleh orang-orang yang tak berhati perut...nak menjaga hati sendiri pun susah...ermmmm hati,hati kesian tul kat ko...


berhati-hatilah ketika menabur kata dan janji,kelak hati akan terluka dek kata-kata serta janji-janji manis itu...kita sering manabur janji tapi sukar untuk di tunaikan...itulah lumrah hidup manusia,suka melihat orang lain derita...bila dah terluka,hati akan bengkak lalu luka dan berdarah adakalanya hingga meninggalkan parut...


sesiapa yang menyanyangi hati jagalah ia,belailah ia...hati juga punya perasaan...bukan senang nak menjaga hati tambah-tambah pulak banyak hati yang perlu kita jaga....apa pun sentiasalah sucikan hati kita dengan zikir-zikir Allah....Insyallah ketenangan hati akan kita perolehi...


-dZaNiE-

10 Asas Kebahagiaan Rumahtangga

Semua orang yang berkahwin menginginkan keluarga yang bahagia dan kekal sepanjang umur mereka didunia ini. Namun bukan semua pasangan yang berkahwin akan kekal sehingga ke anak cucu seperti selalu kita ucapkan kepada pasangan yang baru berkahwin “semoga kekal ke anak cucu”. Akhirnya perceraian menjadi jalan penyelesaian.
Artikel yang saya terima dari emel ini rasanya berguna untuk kita saya kongsi bersama “10 Asas Kebahagiaan Rumah Tangga”.....
1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.
3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal ‘bahasa cinta’ pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.
p/s : sekiranya sayangkan sebuah perkahwinan selamatkan lah dengan mengikuti 10 asas kebahagiaan rumahtangga ini serta diiringi dengan doa semoga Tuhan makbulkan niat baik kita..Insyallah..
-dZaNiE-

Mencorak Sehelai Kain Putih

Baru aku tahu betapa sukarnya nak mencorakkan sehelai kain putih yang telah di amanahkan oleh Allah...Kadangkala, sebagai ibu bapa memang sukar untuk kita bersabar dengan karenah anak-anak. Corak kehidupan masa kini menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Di zaman moden ini, pengaruh dari apa yang berlaku di sekeliling seringkali membuatkan kebanyakan kita tergesa-gesa, memberitahu anak-anak apa yang perlu dilakukan sambil berlalu di hadapan mereka, dan kemudian pergi. Malangnya, apa yang berlaku ialah selepas membuat 15 permintaan untuk melakukan sesuatu misalnya, kebanyakan kita akan menjadi kecewa. Ada yang terpaksa meninggikan suara, walau pun perkara itu tidak mereka sukai. Ramai yang merasakan, "Kenapa anak saya hanya mendengar apabila saya menjerit kepada mereka?" Bagi kanak-kanak, mungkin ia merupakan masa untuk mendapatkan sedikit rehat atau pun melihat apa yang sedang berlaku.

Kebanyakan kanak-kanak sudah mempelajari bahawa mereka boleh mengenepikan suruhan kita apabila kita bercakap pada nada suara biasa, kerana tidak lama kemudiannya kita akan keluar ataupun sibuk melakukan hal-hal tertentu. Maka kanak-kanak tersebut boleh meneruskan semula apa yang sedang mereka lakukan tanpa gangguan. Walau bagaimana pun, mereka tetap "peka" kepada nada suara kita ibu bapa mereka dan tahu bila mereka patut mendengar permintaan kita. Mereka tahu pada nada mana ancaman ibu bapa mereka akan jadi kenyataan. Justeru itu, bagaimana untuk membuatkan mereka mendengar kata tanpa kita perlu menjerit dan mengugut?

· Jangan tergesa-gesa sambil menggesa dalam memberi arahan. Kadangkala lagi banyak menggesa, keadaan menjadi lebih buruk. Jika kita mahu mereka melakukan sesuatu, kita perlu meluangkan sedikit masa hanya untuk memberitahu perkara itu. Hampirilah anak itu, pandang kepadanya dengan pandangan yang mesra dan katakan apa yang kita mahu dia lakukan. Anda boleh menyentuh bahunya dengan lembut ketika membuat permintaan itu. Kadangkala, anak yang degil ini sengaja bersikap demikian untuk meguji kesabaran kita. Oleh itu, kita akan kalah jika kita hilang sabar.

· Berlembut dengan nada kasih sayang. Anak-anak seperti ini bersikap keras di luar, tetapi sebenarnya mereka masih lembut di dalam. Tawanlah hatinya. Untuk itu, kita perlu gunakan cara yang lembut. Gunakan kata-kata pujukan dan rayuan seperti, "Man, mak penat betullah, Man. Man kesian mak tak? Boleh tak Man tolong sapu halaman di luar tu? Emak tak tahu siapa lagi yang boleh tolong emak. Kalau mak buat juga, sakit pinggang mak akan menjadi bertambah teruk lagi. Boleh ya, Man? Man anak baik kan?" Memanglah kita perlu meluangkan sedikit masa untuk memberikan kata-kata seumpama ini. Tetapi apa salahnya kalau kata-ata arahan seperti, "Man, pergi sapu halaman," itu tidak berkesan?

· Tunggu sebentar di sisinya sehingga dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Kehadiran kita di sisinya lebih meyakinkan dia bahwa kita benar-benar serius mahu dia melakukan suruhan tersebut. Ia lebih berkesan daripada mengulang-ulang arahan yang sama dari jauh.

· Berikan komen yang positif apabila dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Sewaktu dia sedang melakukannya, datang dan jenguk dia serta berikan terus komen-komen positif. Jangan tunggu sehingga dia selesai, baru anda hendak berikan komen yang positif. Anak-anak seperti ini perlu didorong dengan lebih kuat daripada anak yang sedia mendengar kata-kata ibu bapa mereka.

· Apabila tugas itu sudah dilaksanakan, berikan pujian atau ucapkan terima kasih kepada anak itu kerana telah melakukannya dengan segera. Selitkan juga ucpan terima kasih kerana "dia sanggup mendengar kata-kata anda". Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasakan yang ibu bapanya benar-benar mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan dan mereka juga dapat merasakan betapa besar maknanya kepada ibu bapa untuk mereka mematuhi suruhan tersebut.

· Tetapi jika kerja itu tidak dilakukan, hampiri anak tersebut dan bincangkan tentang apa yang kita mahu dia lakukan. Terus awasi dia sehingga dia selesai melaksanakannya. Apabila dia semakin menunjukkan peningkatan melakukan kerja dengan pengawasan, kita boleh kurangkan memberi kata-kata pengesahan setiap kali dia melakukan sesuatu kerja, tetapi sekali-sekala, berikan komen bahawa mereka bertanggungjawab dan tunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka itu.

· Kita boleh janjikan sesuatu yang menarik kepadanya sekiranya dia melakukan apa yang disuruh. Contohnya membawa dia bersiar-siar di hujung minggu nanti sekiranya dia bersikap rajin dan melakukan apa yang disuruh.
· Terangkan juga kepadanya betapa besarnya pahala anak yang mentaati kedua ibu bapanya. Anak sebegini yang akan mendapat keredhaan ibu bapa, yang merupakan antara syarat utama untuk masuk syurga kelak.

· Selalu bacakan kisah-kisah mengenai anak yang mentaati kedua ibu bapanya dan balasan yang Allah s.w.t. berikan. Kisah-kisah semasa boleh diceritakan. Contoh di kalangan saudara mara juga adalah baik untuk disebutkan kepada anak-anak. Umpamanya, anak yang seringkali berjaya di dalam hidup mereka berkat ketaatan mereka kepada kedua ibu bapa. Ceritakan juga kisah-kisah anak yang tidak mendengar kata-kata ibu bapa mereka serta kesusahan dan bala yang Allah turunkan untuk anak-anak seperti ini.

· Jika menonton drama di televisioan mengenai anak yang baik atau akibat anak yang degil, berikan komen atau iktibar daripadanya selepas kita menontonnya bersama. Lebih baik lagi jika kita dapat merakamnya untuk ditonton lagi di masa-masa yang akan datang.
· Perhati dan periksalah diri kita sendiri. Kadang-kadang anak yang bersifat degil itu adalah cermin diri kita. Mungkin kita juga seorang yang degil, cuma cara dan bidangnya berbeza.
Mungkin, hanya satu bentuk kecuaian kita dalam menjaga syariat, sudah cukup untuk menjadikan kita gagal dalam memimpin dan mendidik anak-anak. Kecuaian kita menunjukkan kita juga `degil' untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., justeru itu Allah berikan teguran-Nya melalui sikap anak-anak. Cuba perbaiki diri kita dari masa ke semasa, untuk menjadi hamba Allah yang taat, semoga anak kita juga taat kepada ibu dan ayahnya.

· Jangan terlalu banyak mencemuh atau mengutuk anak kalau dia bersikap degil. Ini tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Malah, ia akan merosakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak yang merasakan dirinya `tidak berguna' dan dibenci oleh ibu bapa akan bersikap lebih degil lagi, kerana dia juga sedikit sebanyak turut mebenci kedua ibu bapanya.

· Jangan biarkan anak terus dengan sikap degilnya itu. Kalau kita menyuruh berbuat sesuatu dan dia tidak mengendahkannya, kita harus terus memujuknya supaya dia tetap melakukannya. Jangan pula di waktu-waktu tertentu kita biarkan dia lepas begitu sahaja, manakala di waktu lain kita begitu marahkan dia.

· Elakkan daripada menyuruh anak melakukan perkara yang memang tidak disukainya, melainkan kalau perkara itu memang perlu dilakukan. Sebaliknya banyakkan suruhan pada perkara-perkara yang digemarinya atau yang lebih mudah untuk dilakukan. Contohnya, anak lelaki mungkin lebih suka pergi ke kedai dan menyapu halaman manakala anak perempuan pula lebih mudah disuruh membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya.

· Akhir sekali, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Kadangkala ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka cepat berubah akan kecewa apabila anak-anak tidak melakukan apa yang disuruh. Apabila kecewa, kita mungkin akan menjadi hilang sabar lalu hilang pertimbangan hingga melakukan tindakan yang keterlaluan dengan menghukum anak-anak. Bayangkan diri kita sewaktu kecil, adakah kita mudah melakukan setiap apa yang disuruh? Begitulah juga situasi anak-anak kita sekarang. Yang penting, teruskan memberi mereka didikan dengan penuh sabar, Insya-Allah semakin mereka meningkat umur ke arah dewasa, mereka akan faham bagaimana untuk menjadi anak yang taat, mendengar kata dan bertanggungjawab.


-dZaNiE-

Jauh......hilang entah ke mana???

Apa perasaan korang kalau rasa perhatian,kasih,sayang dan cinta seseorang dah jauh dari diri korang????kompom rasa sedihkan...kadang-kadang rasa macam cinta bertepuk sebelah tangan jer...mana hilangnya semua itu???kenapa dia menghilang???pening-pening nak fikirkan semua ini...rasanya tak patut semua itu hilang,sebab semua itu kepunyaan mutlak bagi orang itu...puas sudah muhasabah diri, puas sudah bersabar namun tetap jua kena lalui...tiada lagi air mata untuk ditangisi walaupun hati sering kali di sakiti...Ya Allah berikanlah kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini...


"YA ALLAH, JIKA BENAR DIA DITAKDIRKAN UNTUK AKU, MAKA DEKATKANLAH HATINYA DENGANKU, TAPI JIKA DIA BUKAN DITAKDIRKAN UNTUK AKU, MAKA PISAHKANLAH KAMI, DAN AKU REDHA DENGAN KETENTUAN-MU"


Tolong......tolong kembalikan perhatian,kasih,sayang dan cinta itu...aku amat merinduinya...


-dZaNiE-

Rezeki

Bila cerita pasal rezeki ni teringat masa Persidangan Bahagian Pengurusan Jabatan aku...aku ni mmg susah sangat nak dapat hadiah ker,no bertuah ker...nak jadikan cerita memang rezeki aku la masa tu boleh pulak aku dapat no bertuah penginapan di Hotel tu lagi tak sangka tul..syukur,syukur...sebelum ni mmg jangan mimpi la aku nak dapat semua tu...apa pun semua tu rezeki dari Allah...
Rezeki ni kalau kita nak kita kena usaha,mana ada rezeki datang bergolek depan mata tanpa usaha, jadi bila dah 9 tahun duk keje ngan gomen ni aku rasa macam perlu mencari rezeki sampingan bukan tak cukup dengan apa yang ada cuma peredaran zaman dan perubahan masa memerlukan kita untuk mencari pendapatan lebih..mana idaknya nak sekolahkan anak kena guna duit,nak kuar umah guna duit,sakit pun kena guna duit....kesimpulannya duit tu dah jadi macam satu keperluan utama dalam kehidupan,tanpa duit hidup kita akan susah...jadi aku pun datang semangat untuk bangkit dan bekerja lebih keras untuk mendapat duit lebih...buat masa sekarang ni aku menjual kek dan jugak cup kek, mana kala Mr.Dz dengan puyuh frozennya yang telah di marinate...sesiapa yang teringin nak mencuba produk kami ni sangatlah dialu-alukan dan kepada yang dah membeli dan sentiasa membeli terima kasih banyak-banyak di atas sokongan kalian....kat sini aku nak kongsi beberapa tips macam mana nak dimurahkan rezeki..
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengankeluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkankonsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buatsetiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yangboleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akanmembuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannyamaka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutupkefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dariAbu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depanAllah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan padahamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akanmenghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya danmemberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbasr.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukansaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabis.a.w.:“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosayang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram denganmengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hatimenjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agarsiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklahberbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya danAllah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanyanescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakimdan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakandan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan keranaorang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalambentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikanhajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-citatidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkanterlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnyamaka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedomanmengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki olehAllah . Baginda s.a.w. bersabda:“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allahakan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pinturezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentangArasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hambasekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepadaorang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yangmenyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperolehrezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orangdan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk denganurusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empatrakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim danThabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnyaazab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akanmemberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untukkeluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jikadibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan danmurahkan rezeki.Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapatmenjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringidoa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalahpintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadismenyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuhbergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalamal-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akanperkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadissahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yangdicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu AbiSyaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yangboleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baikdididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganyapemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yangbaik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinyayang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya denganAllah . Firman-Nya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benartawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, iapagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawakepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (darisegala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalanyang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikatayang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allahlimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya denganpemberian-Nya.
-dZaNiE-

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st=”on”cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. lace w:st=”on”Cuba lace kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


-dZaNiE-