Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Kisah Danish

Di suatu petang yang hening..situasi di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah daripada mengambil Danish di sekolah....
Danish : Ibu, bila nish besar nanti tak nak jadi polis la....
Aku : Sebab apa pulak tiba-tiba tak nak jadi polis???
Danish : Sebab ibu dengan ayah kan tak kasi..Nish nak jadi doktor, bila nish dah jadi doktor nish nak buat rumah 3 tingkat, 6 bilik dan 3 swimming pool..2 swimming pool dewasa 1 swimming pool kanak-kanak..pastu nish kawen, isteri nish beranak 3...nish tak nak anak banyak-banyak nanti diaorang gaduh nak mandi kat swimming pool...(pandai lak dia merancang nak anak 3 orang, kecik-kecik dah nak menggatal)
Aku : Nish nak kawen berapa orang nanti???(saja-saja buat tanya)
Danish : Sorang la ibu...dengan Eysa la....
Aku : Nak pecah perut aku ketawa dalam keta masa tu..
Budak-budak zaman sekarang dah terlebih pandai...aduh risau tul aku...
-dZaNiE-

Happy Fathers Day

Di kesempatan yang ada ni aku nak ucapkan thank you very much to Mr.DZ for being the best father to our kids...May Allah bless u forever & ever..love u so much... tak lupa juga kepada ayahanda & bapa mertua ku...selamat hari bapa...


-dZaNiE-

Untuk isteri.... renungkanlah

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya..
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya ...

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami
yang tak segagah mana..

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!


-dZaNiE-

Untuk suami renungkanlah

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah.....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana..

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


-dZaNiE-

Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT

“Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang.”AlMudathsir:42,43)

Siksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.


Siksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.


Siksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.


Siksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.


Nisbah Dosa Bagi OrangOrang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu

SUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.


SEKSA NERAKA

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda ” Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail”.

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas” Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu
mereka neraka jahanam tempat kembalinya”.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda ” Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar”. (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua’lam

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra” dan ular itu berkata:

“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.”

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.


Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.


Tiga seksa tatkala hendak mati:

1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap
merasa tidak puas.

Tiga seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat
itu, yang mana dinamakan ular itu ‘SHAJKUL AKRAK’ dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

Tiga seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab, “Kami , tidak sembahyang.”

Renungan:
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak – gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Wallahua’lam..


-dZaNiE-

Hipokrit


Aku paling tak suka orang hidup dalam kepura-puraan...kalau ko rasa ko tak suka ko jangan la nak menipu diri sendiri..buat sakit jiwa ko jer..klu tak suka buat cara tak suka..ni depan lain belakang lain..apa yang ko dapat kalu ko hidup dalam kepura-puraan???Pelik tul aku dengan sikap manusia yang macam ni...macam aku senang, klu aku kata aku tak suka seseorang tu jangan harap la aku nak duk terhegeh-hegeh buat baik dengan dia...buang masa aku jer....
be ur self la...


Kadang-kadang manusia ni dalam benci-benci, tak suka tak suka masih ada lagi perasaan kasihan tu yang mereka jadi hipokrit...untuk apa nak hipokrit??mungkin dia tak suka tapi dalam masa yang sama dia nak ambil kesempatan dengan apa yang orang tu ada...bagi aku orang yang hidup dalam kepura-puraan ini adalah orang yang paling bodoh tahap gaban...menipu diri sendiri dan menyeksa diri sendiri jer. Hipokrit jugak merupakan sifat munafik dan zalim berdosa, masyallah...

Jika kita memilih utk jadi diri sendiri, be proud of urself. No one knows better about u but urself. Kalau ada yg jelik menerimanya, pedulikan mereka. Jika kita memilih utk berterus-terang dari berdiam diri, the better way is think the best way to approach it. Jangan ikut nafsu dan sedap mulut, namun andai gunung berapi tetibe je meletup, itu silap sendiri kerana memendam terlalu lama.


Dah kalu korang nyampah nak baca entry ni baik blah...jangan gatai-gatai nak sibuk baca entry ni...ni dah kita hipokrit gak ni kalau korang masih membaca....



-dZaNiE-






Menghargai

Hidup menjadi indah ketika kita dihargai. Jika aku menyatakan yang sebaliknya juga betul;
Hidup akan kehilangan indahnya ketika kita tidak dihargai.

Selalunya ramai orang hendakkan diri dihargai ketika melakukan sesuatu perkara yang baik-baik. Penghargaan itu ibarat air sejuk yang menghilangkan dahaga keletihan dalam sesuatu usaha. Itulah hebatnya penghargaan. Dalam situasi sekarang ni nak cerita pasal menghargai memang luas..seorang anak menghargai pengorbanan ibu/ayahnya, seorang suami/isteri menghargai pasangannya, antara kawan dengan kawan,antara bos dengan pekerja..bukannya setiap kali cerita tentang menghargai kita perlu menghadiahkan sesuatu atau meraikan sesuatu semata-mata hendak menghargai seseorang..ucapan terima kasih dan diikuti dengan ukiran senyuman yang ikhlas sudah cukup untuk menghargai seseorang...pelukkan daripada seorang suami juga dapat merasakan bahawa si isteri dihargai...

Kadang-kadang selalu kita dengar bila seseorang tu dah tak ada baru kita nampak pengorbanan dia selama ini..itu lah sifat manusia..ermmmm seronokkan rasanya sekiranya penat lelah kita selama ini dihargai???


-dZaNiE-

musim mengawan ker?

sekarang ni musim orang mengandung la...aduh...ni yang aku ngeri ni...aku bukannya tak nak ngandung cuma masanya belum tiba lagi...sekarang dzamil baru dua tahun, dia empat tahun baru boleh ada adik...aku tak nak ngandung sebab aku takut yang ke tiga ni kuar laki lagi...bukan aku menolak ketentuan Tuhan cuma risau...aku ngan Mr.DZ terlalu mengharap untuk mendapat anak perempuan..moga-moga Tuhan makbulkan doa aku suatu hari nanti...


cerita pasai mengandung ni, klu ikutkan rasa ati aku nak terus sembilan bulan jer..tau-tau dah rasa sakit nak bersalin...fuh jenuh bawak perut sembilan bulan ni...hanya Tuhan saja yang tahu penat lelah seorang ibu sepanjang mengandung selama sembilan bulan tu...kalau di kirakan tak terbalas pengorbanan seorang ibu, di mana pada awai usia kehamilan masalah mabuk-mabuk tu tak boleh nak lari...nak tak nak kena tanggung jugak,masa tu semua benda tak boleh,makan itu loya makan ini loya...bau itu busuk bau ini wangi...sintom-sintom ni biasanya diawal kehamilan dan ada sesetengahnya di akhir kehamilan...


pengalaman aku semasa mengandungkan anak sulung Tuhan saja yang tahu...mana idaknya tak ada pengalaman lagi...dan masa itu peranan suami amat penting...suami kena banyak bagi semangat pada si isteri...masa mengandungkan Danish bila waktu pagi(waktu matahari nak naik) aku kena cari tempat gelap, aku tak boleh tempat terang-terang sebab kepala aku berpusing-pusing...kalau kat opis aku duduk bawah meja dari kul 8 hingga kul 9.30...bila petang lak waktu matahari nak terbenam...masa tu aku akan berlengkor atas katil...dalam kul 8 baru aku boleh bangun mandi dan buat keje umah...masa tu gak aku teramatlah tidak boleh memandang KFC...bagi aku jijik tul KFC tu...memang aku tak boleh mkn ayam langsung...pembawakkan budak kan...masa nak bersalinkan Danish gak tak sangka yang aku sakit selamat 48 jam...masyallah Tuhan jer yang tahu, masa tu aku betoi-betoi serik asyik mintak maaf dgn Mr.DZ jer...masalah aku darah dah turun dan jalan tak bukak lagi...dah la anak pertama beso lak tu..tu yang susah nak bersalin tu...berat Dansih 3.87kg....jenuh nak meneran yang paling kesian nurse-nurse yang duk ngadap aku abis terpercik darah..tah mcm mana la darah tu boleh tersembur...sowi yer nurse...


anak yang ke dua aku kurang mabuk..bak kata orang mabuk sikit-sikit jer...nak bersalin pun senang..asalnya aku ingatkan perempuan sebab pembawakkannya tak sama dengan Danish rupa-rupanya lelaki gak...ada la sikit perasaan kecewa tu..sebab aku terlalu mengharap..tapi tak kisah janji anak kita tu sihat tubuh badan dan sempurna...alhamdulillah...masa nak bersalin kan Dzamil ni senang...lebih senang daripada Danish..mungkin anak yang ke dua kot dah ada jalan..aku bersalinkan Dzamil awal seminggu tu yang masa aku sakit aku tak jangka yang aku akan bersalin...masa tu aku duk sibuk kat pejabat dengan keje-keje..dari pagi aku sakit sampai ke petang,aku malas nak layan sebab takut jadi macam Danish...dah petang tu oleh kerana sakit yang teramat sangat aku pun buat keputusan untuk ke klinik...masa nk tunggu Mr.DZ amik kat pejabat rasa macam dah nak terkeluar sangat..sampai Timbalan aku suh aku balik cepat sebab takut terbesalin kat opis...asalnya aku nak pegi klinik swasta tapi Mr. DZ berkeras nak aku pergi hospital terus..masa tu malas nak melawan cakap suami kang tambah dosa lak..sampai jer kat hospital aku dah turun darah...apa lagi kena masuk wad la...tak kan iyer nyer doktor nak kasi aku balik...kul 7 masuk hospital dalam kul 9 lebih aku selamat melahirkan Dzamil...alhamdulillah senang dan tak payah macam Danish dulu...


untuk mengandung yang ketiga ni aku kena study betoi-betoi supaya aku dapat anak perempuan...klu dah dapat anak perempuan aku rasa dah cukup lengkap hidup aku...apa pun aku doakan supaya anak-anak aku akan menjadi anak yang soleh dan berguna kepada kedua orang tuanya,agama bangsa dan negara, insyallah...


-dZaNiE-

lagu


-Shima-

tak pe la yang lepas tu lepas la buat apa nak kenang-kenang..jadikan kenangan abadi jer la...Sekali sekala layan lagu-lagu lama ni best gak...kebanyakkan lagu-lagu lama ni mempunyai maksud yang mendalam dan melodi yang sedap didengar...bukan aku kata lagu zaman sekarang ni tak sedap didengar cuma banyak mengarut...secara tak langsung banyak kenangan aku dengan lagu-lagu lama ni...sejak dua menjak ni aku duk layan lagu hanyatnya cinta,aku yang kau panggil sayang,setelah aku kau miliki..entah ngape lak tetiba aku duk teringat lagu ni...kalau dihayati betul-betul semua tu kenangan lama....ala-ala cinta kenangan silam.....

-Lyana-

Kadang-kadang dalam lagu tu dah menggambarkan perasaan kita dan luahan rasa hati..klu sedih kita dengar lagu sedih sure air mata akan mengalir tanpa diduga...apa pun lagu-lagu dapat menghilangkan rasa tekanan dan dapat menceriakan suasana...contoh bila kita ada masalah/perasaan nak luahkan tak reti jadi sure kita cari lagu yang ada kaitan dan kita hantar pada si dia..(itu cara aku masa zaman bercinta dulu la)..korang lak macam mana??tah-tah lebih kurang aku jer...yang pasti tanpa lagu lama tiada la lagu baru...


jom kita cari lagu-lagu lama dan dengar....



-dZaNiE-

Luahan Rasa insan yang benama Wanita/Isteri

Kesinambungan dari entry air mata seorang perempuan.....


Cerita ini adalah luahan rasa hati dari seorang kawan aku yang mana namanya terpaksa aku rahsiakan...dalam cerita ini aku namakan kawan aku tu sebagai Linda...
Linda telah berkahwin dengan suami pilihannya selama 7 tahun dan telah pun mempunyai sepasang cahaya mata...di awal usia perkahwinan mereka adalah pasangan yang amat bahagia..tetapi setelah Linda melahirkan puteri sulungnya sikap suaminya agak dingin dan kemesraan antara mereka makin jauh...pada mulanya linda tak beberapa perasan tapi setelah lama baru dia sedar yang mana ada benda yang tak kena dengan perhubungan mereka...Walhal masa belum kahwin dulu si suami tu la yang tergila-gilakannya. tapi kini si isteri pulak resah menunggu di atas katil. Pusing ke kiri pusing kekanan. Sudahnya tertidur. Ibarat kata si suami dah tak ada perasaan atau nafsu padanya..Pada masa itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan seorang isteri apabila tidak dilayan atau diendahkan oleh si suami...nak salahkan siapa pun tak tahu..dah lumrah hidup perempuan amat sukakan perhatian/kasih sayang dan suasana romantik...tapi lelaki pulak lebih kepada ego...nak fikir diri sendiri...bagi lelaki bila dah sah jadi suami isteri dah jadi hak mutlak diaorang rasa tak perlu semua itu...diaorang baik dengan isteri semuanya ada makna...
Pernah tak kita terfikir bila suami dah mula mengabaikan perasaan isterinya dan isterinya pula mula mengharap yang lebih dari daripada suaminya maka isteri akan berasa kecewa.ada juga isteri yang bersabar dan terus bersabar,yang mana cetek pemikirankan akan membuat keputusan yang paling senang dengan meruntuhkan masjid. bila wujud perasaan kecewa, kasih sayang yang ada akan berubah dan masa itu macam-macam boleh terjadi sampai ada yang kita dengar isteri orang ada hubungan dengan lelaki lain...kebiasaannya kalau suami merasa terpinggir, tersisih tidak dipedulikan, tidak disayang mungkin kerana isterinya jenis yang tidak prihatin, tidak sensitif perasaan suami, keinginan, keperluan dan kemahuan suami dan tidak pula berusaha untuk menggembirakan atau membahagiakan hati suami menyebabkan suami cuba mencari sandaran cinta diluar atau pada yang sudi memberi. Begitulah halnya dengan isteri juga akan memendam rasa, tidak gembira dan bahagia bila suami pun bersikap seperti yang saya sebutkan tadi.
Siapa yang tak nak bahagia dalam hidup bermahtangga???walaubagaimanapun semua orang nak kan yang terbaik..dan ingat kenapa kita diduga??jawapannya senang jer, sebab Tuhan sayangkan kita....
-dZaNiE-

13 aurat wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ..
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
-dZaNiE-

Air Mata Seorang Wanita



Andai aku dapat menulis dan menghasilkan sebuah novel, akan aku berikan tajuk novel itu 'Air Mata Seorang Wanita, Isteri dan Ibu'....sebab aku pasti terlalu banyak benda yang boleh di ceritakan di sebalik tajuk itu...setiap orang pasti memiliki kenangan hidup masing-masing...ada yang suka dan ada yang duka...setiap air mata yang mengalir itu tidak semestinya air mata duka..kerana terlalu gembira pun kita boleh menangis..



Entry ini sebenarnya akan ada kesinambungan dengan entry akan datang...berdasarkan cerita ini banyak kaitannya dengan luahan hati dari seorang kawan baik aku...(kira pengalaman dia sendiri la)..Kadang-kadang kita tengok luaran seseorang itu teramatlah gembira dan ceria, bahagia dengan kehidupannya tapi pernah tak kita fikir hati dan perasaan disebaliknya????sebagai seorang manusia kita sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik dan memiliki sesuatu yang terbaik tapi ketentuan Tuhan kita tak boleh nak halang..selebihnya redho itu lebih baik...Aku sentiasa ingat yang mana setiap yang berlaku itu adalah ketentuan dariNYA dan pasti ada hikmahnya..Kenapa kita sentiasa diuji???jawapannya kerana Tuhan sayangkan kita..Oleh itu kuatkan semangat,tabahkan hati dan sentiasa redho dengan ketentuanNYA insyallah hidup kita akan bahagia...

-dZaNiE-


Yang Kalut Difikiran

Akhirnya apa yang duk kalut di fikiran aku terlerai jugak...Syukur...Selama ini tersimpul rapi duk dalam fikiran aku...aku kuatkan semangat sebab aku yakin setiap ujian dan dugaan yang Tuhan berikan itu pasti ada hikmahnya...bertahun aku tanggung dan simpan,akhirnya dengan izin Tuhan aku jumpa tempat untuk aku buang segalanya...dan kini dada aku terasa lapang....




Ya Tuhan ku aku bersyukur di atas apa yang telah engkau berikan...kuatkanlah iman ku dan tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus dan jalan yang engkau redhoi...amin....




-dZaNiE-