Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Kisah Danish

Di suatu petang yang hening..situasi di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah daripada mengambil Danish di sekolah....
Danish : Ibu, bila nish besar nanti tak nak jadi polis la....
Aku : Sebab apa pulak tiba-tiba tak nak jadi polis???
Danish : Sebab ibu dengan ayah kan tak kasi..Nish nak jadi doktor, bila nish dah jadi doktor nish nak buat rumah 3 tingkat, 6 bilik dan 3 swimming pool..2 swimming pool dewasa 1 swimming pool kanak-kanak..pastu nish kawen, isteri nish beranak 3...nish tak nak anak banyak-banyak nanti diaorang gaduh nak mandi kat swimming pool...(pandai lak dia merancang nak anak 3 orang, kecik-kecik dah nak menggatal)
Aku : Nish nak kawen berapa orang nanti???(saja-saja buat tanya)
Danish : Sorang la ibu...dengan Eysa la....
Aku : Nak pecah perut aku ketawa dalam keta masa tu..
Budak-budak zaman sekarang dah terlebih pandai...aduh risau tul aku...
-dZaNiE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan