Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Menghargai

Hidup menjadi indah ketika kita dihargai. Jika aku menyatakan yang sebaliknya juga betul;
Hidup akan kehilangan indahnya ketika kita tidak dihargai.

Selalunya ramai orang hendakkan diri dihargai ketika melakukan sesuatu perkara yang baik-baik. Penghargaan itu ibarat air sejuk yang menghilangkan dahaga keletihan dalam sesuatu usaha. Itulah hebatnya penghargaan. Dalam situasi sekarang ni nak cerita pasal menghargai memang luas..seorang anak menghargai pengorbanan ibu/ayahnya, seorang suami/isteri menghargai pasangannya, antara kawan dengan kawan,antara bos dengan pekerja..bukannya setiap kali cerita tentang menghargai kita perlu menghadiahkan sesuatu atau meraikan sesuatu semata-mata hendak menghargai seseorang..ucapan terima kasih dan diikuti dengan ukiran senyuman yang ikhlas sudah cukup untuk menghargai seseorang...pelukkan daripada seorang suami juga dapat merasakan bahawa si isteri dihargai...

Kadang-kadang selalu kita dengar bila seseorang tu dah tak ada baru kita nampak pengorbanan dia selama ini..itu lah sifat manusia..ermmmm seronokkan rasanya sekiranya penat lelah kita selama ini dihargai???


-dZaNiE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan