Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Air Mata Seorang Wanita



Andai aku dapat menulis dan menghasilkan sebuah novel, akan aku berikan tajuk novel itu 'Air Mata Seorang Wanita, Isteri dan Ibu'....sebab aku pasti terlalu banyak benda yang boleh di ceritakan di sebalik tajuk itu...setiap orang pasti memiliki kenangan hidup masing-masing...ada yang suka dan ada yang duka...setiap air mata yang mengalir itu tidak semestinya air mata duka..kerana terlalu gembira pun kita boleh menangis..



Entry ini sebenarnya akan ada kesinambungan dengan entry akan datang...berdasarkan cerita ini banyak kaitannya dengan luahan hati dari seorang kawan baik aku...(kira pengalaman dia sendiri la)..Kadang-kadang kita tengok luaran seseorang itu teramatlah gembira dan ceria, bahagia dengan kehidupannya tapi pernah tak kita fikir hati dan perasaan disebaliknya????sebagai seorang manusia kita sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik dan memiliki sesuatu yang terbaik tapi ketentuan Tuhan kita tak boleh nak halang..selebihnya redho itu lebih baik...Aku sentiasa ingat yang mana setiap yang berlaku itu adalah ketentuan dariNYA dan pasti ada hikmahnya..Kenapa kita sentiasa diuji???jawapannya kerana Tuhan sayangkan kita..Oleh itu kuatkan semangat,tabahkan hati dan sentiasa redho dengan ketentuanNYA insyallah hidup kita akan bahagia...

-dZaNiE-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan