Dalam peredaran masa demi masa, tahun demi tahun cara mendidik anak tak sama dengan zaman kita dulu-dulu..kalau dulu mak/ayah baru cakap jangan kita dah takut nak buat..tapi anak-anak zaman sekarang lebih berani dan pandai memberontak...kenapa boleh jadi mcm tu??tanya diri sendiri...kenapa anak-anak zaman sekarang suka melawan cakap ibu bapa?, kenapa anak-anak zaman sekarang pandai berbohong...masalah seperti ini 80% memang terjadi di sekeliling kita..nampak macam senang nak mendidik dan membentuk anak kan???tapi sebenarnya susah..yang paling penting kita sebagai ibu dan bapa perlu sabar, pandai mengambil hati anak, cuba jadikan anak sebagai kawan yang mana kita perlu mendengar masalah/cerita daripada mereka.. ini ada beberapa tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak :-
- menjaga dan memelihara dengan baik dan penuh kasih sayang
- memelihara permakanan dan minuman anak-anak tersebut iaitu memberikan mereka makanan dari sumber rezeki yang halal dan baik
- makanan dan minuman yang baik,utama dan berkhasiat bagi anak damit ialah air susu ibu
- memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pendidikan agama.
- menjadi contoh yang baik kepada anak.
- sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal
dan yang paling penting adalah doa daripada ibu/bapa kepada anak-anaknya..
-dZaNiE-