Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Anak itu anugerah Tuhan

Kita biasa dengar orang kata kalu nak melentur buluh biar dari rebungnya...maknanya klu nak membentuk anak jadi orang yang berguna biarlah dari dia kecik..klu dh jadi buluh tak leh nak bantu la...dh keras...anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita sebagai hambanya sebagai ibu bapa kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk mencorakkannya..kalau buruk corak yang kita lakarkan maka buruklah sikapnya nanti, manakala kalau cantik lakaran kita maka insyallah anak itu akan menjadi seorang yang berguna kelak..

Dalam peredaran masa demi masa, tahun demi tahun cara mendidik anak tak sama dengan zaman kita dulu-dulu..kalau dulu mak/ayah baru cakap jangan kita dah takut nak buat..tapi anak-anak zaman sekarang lebih berani dan pandai memberontak...kenapa boleh jadi mcm tu??tanya diri sendiri...kenapa anak-anak zaman sekarang suka melawan cakap ibu bapa?, kenapa anak-anak zaman sekarang pandai berbohong...masalah seperti ini 80% memang terjadi di sekeliling kita..nampak macam senang nak mendidik dan membentuk anak kan???tapi sebenarnya susah..yang paling penting kita sebagai ibu dan bapa perlu sabar, pandai mengambil hati anak, cuba jadikan anak sebagai kawan yang mana kita perlu mendengar masalah/cerita daripada mereka.. ini ada beberapa tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak :-

  • menjaga dan memelihara dengan baik dan penuh kasih sayang
  • memelihara permakanan dan minuman anak-anak tersebut iaitu memberikan mereka makanan dari sumber rezeki yang halal dan baik
  • makanan dan minuman yang baik,utama dan berkhasiat bagi anak damit ialah air susu ibu
  • memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pendidikan agama.
  • menjadi contoh yang baik kepada anak.
  • sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal
Jangan sesekali kita menengking, membahasakan diri sebagai AKU, memaki hamun dan berberapa perkara yang tidak elok kepada anak-anak kita kerana perkara seumpama itu akan menjadi ikutan mereka...

dan yang paling penting adalah doa daripada ibu/bapa kepada anak-anaknya..



-dZaNiE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan