Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Luahan Rasa insan yang benama Wanita/Isteri

Kesinambungan dari entry air mata seorang perempuan.....


Cerita ini adalah luahan rasa hati dari seorang kawan aku yang mana namanya terpaksa aku rahsiakan...dalam cerita ini aku namakan kawan aku tu sebagai Linda...
Linda telah berkahwin dengan suami pilihannya selama 7 tahun dan telah pun mempunyai sepasang cahaya mata...di awal usia perkahwinan mereka adalah pasangan yang amat bahagia..tetapi setelah Linda melahirkan puteri sulungnya sikap suaminya agak dingin dan kemesraan antara mereka makin jauh...pada mulanya linda tak beberapa perasan tapi setelah lama baru dia sedar yang mana ada benda yang tak kena dengan perhubungan mereka...Walhal masa belum kahwin dulu si suami tu la yang tergila-gilakannya. tapi kini si isteri pulak resah menunggu di atas katil. Pusing ke kiri pusing kekanan. Sudahnya tertidur. Ibarat kata si suami dah tak ada perasaan atau nafsu padanya..Pada masa itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan seorang isteri apabila tidak dilayan atau diendahkan oleh si suami...nak salahkan siapa pun tak tahu..dah lumrah hidup perempuan amat sukakan perhatian/kasih sayang dan suasana romantik...tapi lelaki pulak lebih kepada ego...nak fikir diri sendiri...bagi lelaki bila dah sah jadi suami isteri dah jadi hak mutlak diaorang rasa tak perlu semua itu...diaorang baik dengan isteri semuanya ada makna...
Pernah tak kita terfikir bila suami dah mula mengabaikan perasaan isterinya dan isterinya pula mula mengharap yang lebih dari daripada suaminya maka isteri akan berasa kecewa.ada juga isteri yang bersabar dan terus bersabar,yang mana cetek pemikirankan akan membuat keputusan yang paling senang dengan meruntuhkan masjid. bila wujud perasaan kecewa, kasih sayang yang ada akan berubah dan masa itu macam-macam boleh terjadi sampai ada yang kita dengar isteri orang ada hubungan dengan lelaki lain...kebiasaannya kalau suami merasa terpinggir, tersisih tidak dipedulikan, tidak disayang mungkin kerana isterinya jenis yang tidak prihatin, tidak sensitif perasaan suami, keinginan, keperluan dan kemahuan suami dan tidak pula berusaha untuk menggembirakan atau membahagiakan hati suami menyebabkan suami cuba mencari sandaran cinta diluar atau pada yang sudi memberi. Begitulah halnya dengan isteri juga akan memendam rasa, tidak gembira dan bahagia bila suami pun bersikap seperti yang saya sebutkan tadi.
Siapa yang tak nak bahagia dalam hidup bermahtangga???walaubagaimanapun semua orang nak kan yang terbaik..dan ingat kenapa kita diduga??jawapannya senang jer, sebab Tuhan sayangkan kita....
-dZaNiE-

3 ulasan:

  1. dzanie: Baca ni buat aku takut nak kawen...huhu

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Sy pn mghadapi bnda mcm ni.knpa suami skrg ni xbernafsu thdp isteri.

    BalasPadam