Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

PHD a.k.a penyakit hati

Entah tiba-tiba aku terpanggil lak nk cerita pasal penyakit hati ini..penyakit ni memang sentiasa ada pada masyarakat sekeliling kita..entah kenapa yer perasaan ni boleh wujud dalam setiap manusia..dan tipu la kalu korang kata korang tak pernah ada perasaan ni..tak banyak sikit mesti ada..penyakit yang aku maksudkan ini adalah penyakit PERASAAN HASAD DENGKI...

Mungkin segelintir antara kita, sering merasakan bahawa cemburu itu sesuatu yang negatif semata2...namun, kita perlu sedar tidak semua cemburu itu berkesudahan dengan perkara negatif...ianya boleh juga berkesudahan dengan sesuatu yang positif dan dapat memberi kepuasan dalam diri kita. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak dikawal dengan baik, cemburu boleh berubah ke tahap PHD. Apa2 pun boleh terjadi dengan perasaan dengki, "baik secara kasar mahupun cara halus", bila dah ada PHD ni bagi yang tak kuat iman dan cetek ilmu agama mula la nak menyantau-nyantau, berbomoh-bomoh sehingga orang yang dia dengki tu menderita...tak paham kan kenapa santau menyantau ni, bomoh membomoh ni masih ada yang percaya dan mengamalkannya...

Kadang-kadang bukan besar pun isu nya hanya tak senang duduk bila tgk orang senang atau orang tu cantik..semua itu adalah anugerah Tuhan..kita kena redho dengan apa yang telah dikurniakan..tak perlulah nk dengki mendengki semata-mata nak memuaskan perasaan sendiri...

Apa pun buang yang keroh dan ambil yang jernih..bersihkan la hati dan sentiasa berprasagka baik dengan masyarakat sekeliling..



-dZaNiE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan