Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

kisah rumah

tak silap aku di awal blog ni aku ada cerita tentang rumah yang aku beli di seksyen 27 HICOM..rumah tu aku beli dengan niat untuk aset dan disewakan kepada sesiapa yang berminat...tapi ikhlas dari sanubari aku yang aku serik beli rumah..diawal pembelian mcm-mcm charge yang pemaju kenakan...itu kena bayo ini kena bayo...aku pun korek sana, korek sini...demi nak dapatkan sebiji umah aku sanggup buat apa saja..dan alhamdulilah tak sampai seminggu aku amik kunci ada la sepasang suami isteri ni nk menyewa umah aku..aku rasa lega la sebab nk sewa ni orang dah kawen..aku bukan tak suka org bujang duk tapi sendiri mau ingat la bila orang bujang duduk...sangkaan aku meleset, rupanya pasangan suami isteri ni lebih teruk daripada orang bujang...masyallah Tuhan saja yang tahu...

rumah ni ku bai sewa RM750 sebulan oleh kerana aku tak berpuas hati dengan penyewa umah aku, tambah-tambah lak bila aku suh dia kuar dia tak nak maka aku naik kan la sewa kepada RM800 sebulan...korang bayangkan dia kata dia duk berdua suami isteri tapi umah aku tu sebijik mcm rumah kongsi indon...menyirap darah setan aku...memang tak guna tul manusia tu...sedo-sedo dia lari kuar daripada umah aku...dh la kuar tak bayo utang-utang yang ada...menambahkan beban aku lagi bila bil api air tertunggak daripada tahun lepas. aku tgk api air dh kena potong ni sah tak bayo...mlm td aku tel TNB semak berapa baki tertunggak TNB kata RM750.46 dan air RM450.57....masyallah...longlai kaki aku masa tu...binawei punya manusia..

sekarang ni aku tak tau ke mana dia lari, tp tak apa aku berserah pada Tuhan, kat dunia ni ko boleh lari tp akhirat sok tgu la aku...ko naya aku sampai mcm ni...pening kepala aku dengan masalah-masalah ni...Doa aku semoga Tuhan beri petunjuk kepadanya...


-dZaNiE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan