Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Ajal Maut Jodoh Pertemuan

Ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan..tak pernah aku duga akan berjumpa dengan seseorang yang dapat mengubah dan memberi tunjuk ajar kepada aku..orang ni banyak membantu aku semasa aku sakit..kalu sape-sape ada terbaca entry aku satu ketika dulu tahu la aku sakit apa..orang ni banyak bagi semangat pada aku..kata dia sebagai seorang sahabat kita patut membantu antara satu sama lain sekiranya mampu..alhamdulillah sedikit sebanyak aku dah beransur pulih..banyak amalan yang aku buat atas apa yang dia ajar..
Masa mula-mula aku sakit aku hampir putus asa nak berubat..aku tahu sukar untuk mengubati penyakit aku ni..apa pun aku hanya berserah pada Allah sebab aku yakin setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..dengan kehadiran dia banyak mengubah cara hidup aku yang dulu aku teramatlah bersusah hati dengan apa yang terjadi pada aku dan kini menjadi sentiasa yakin dengan diri sendiri..dia juga sentiasa mengingatkan aku supaya jangan sesekali meninggalkan amalan-amalan yang dapat menjauhkan diri kita daripada gangguan syaitan..Insyallah aku akan kuatkan semangat aku dan akan sentiasa mengamalkan apa yang telah di ajar..
Terima kasih Tuhan kerana aku mempunyai seorang suami yang amat memahami/menyanyangi aku serta seorang sabahat yang banyak mengambil berat tentang diri aku...Tuhanku, panjangkanlah perhubungan kami ini...amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan