Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Mus@liu Open House

Mesti korang tertanya-tanyakan apa mus@liu tu?? Mus@liu ni adalah nama kelab Mr.Hubby..(kelab memancing,mengembara,JJCM dan mcm-mcm lagi lah) sebelum aku nak cerita pasai open house mus@liu ni aku nak bagitau sejarah wujudnya nama mus@liu ni..Kelab Mus@Liu.inc ini telah ditubuhkan pada 01hb Januari 2008 bersempena tarikh program pertama yang dianjurkan iaitu Trip ke Taman Negara, Pahang.Pada mulanya kelab ini tidak mempunyai nama, namun begitu pada trip yang pertama ke taman Negara telah berlaku satu kejadian dimana semasa program berlangsung seekor musang jinak telah datang menghampiri camp site dan bermanja dengan kesemua peserta. Hasil daya kreativiti salah seorang ahli kelab telah menjadikan ikon musang tersebut sebagai logo kelab dan seterusnya nama MUS@LIU.INC telah diberikan. Itu la sejarah nama Mus@liu... Back to story kay...

Majlis open house kali ni lain daripada yang lain..yang mana semua persiapan majlis semuanyer diuruskan oleh kaum suami...mula-mula macam tak percaya jer...si suami nak masak laksa, rendang daging + ayam, lemang..rupa-rupanyer pandai-pandai gak la para suami-suami ni sebab berjaya menyediakan semua juadah dengan sedap dan berjaya...kaum-kaum isteri ni hanya datang untuk menjamu selera jer..bagus la kalu tiap-tiap tahun macam ni idak la penat badan...hihihiii...Majlis ni diadakan di rumah Asri dan Anis selaku pengerusi dan bendahari..TQ la sebab korang sudi memberi keizinan untuk meminjamkan rumah bagi tujuan open house mus@liu kali ni..tahun depan umah sapa la pulak???tah-tah umah aku...MATI la....




antara juadah yang ada





                                                                    suasana malam tu

dan menjadi tradisi kelab mus@liu pasti akan meraikan hari lahir ahli-ahlinyer..jadi malam tu ada la upacara memotong kek...



kek hari jadi






                                                               inilah keluarga Mus@liu

Yang pasti majlis ni berjaya...tahniah semua...jumpe lagi tahun depan yer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan