Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Hand, Foot And Mouth Disease

Actually minggu lepas dzamil demam...tapi on off, on off...demamnyer pun tak panas...pastu ari khamis lepas aku tengok ada beberapa biji-biji macam ruam kat tepi bibir dia..aku ingat kena gigit semut atau nyamuk...semalam pulak aku tengok biji2 tu ada kat kaki dan tangan dia...masa tu aku tak syak apa2 sebab ada 3-4 biji jer..nak dijadikan citer masa aku suap dia mkn nasi tadi aku tgk dalam mulut dia ada ulser...pastu terus aku tgk tapak tangan ngan kaki...masyallah anak aku kena penyakit tangan, kaki dan mulut rupenyer...dah la Mr.DZ tak de...aku pun terus siap-siap untuk ke klinik...macam mana pun aku kena dapatkan pengesahan doktor..risau aku...silap-silap melarat-larat lak...

Sampai je klinik orang tak ada..alhamdulilah..terus jer masuk bilik doktor...past doktor check memang betoi la anak aku kena HFMD...waaaaa.....harap-harap cepat la dzamil ok...dan jangan la berjangkit kat orang lain...tolong doakan yer...TQVM...

kat sini ada sedikit maklumat untuk penyakit HFMD :

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun

Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak

Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit

Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung

Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan


Tanda dan Gejala Penyakit

Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin

Ulser di tekak dan mulut

Demam

Sakit kepala

Hilang selera makan



Langkah-langkah Pencegahan

Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak

Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk

Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu

Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil

Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak

Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran

Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah

Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu



Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan



-dZaNiE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan