Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

PHD a.k.a penyakit hati

Entah tiba-tiba aku terpanggil lak nk cerita pasal penyakit hati ini..penyakit ni memang sentiasa ada pada masyarakat sekeliling kita..entah kenapa yer perasaan ni boleh wujud dalam setiap manusia..dan tipu la kalu korang kata korang tak pernah ada perasaan ni..tak banyak sikit mesti ada..penyakit yang aku maksudkan ini adalah penyakit PERASAAN HASAD DENGKI...

Mungkin segelintir antara kita, sering merasakan bahawa cemburu itu sesuatu yang negatif semata2...namun, kita perlu sedar tidak semua cemburu itu berkesudahan dengan perkara negatif...ianya boleh juga berkesudahan dengan sesuatu yang positif dan dapat memberi kepuasan dalam diri kita. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak dikawal dengan baik, cemburu boleh berubah ke tahap PHD. Apa2 pun boleh terjadi dengan perasaan dengki, "baik secara kasar mahupun cara halus", bila dah ada PHD ni bagi yang tak kuat iman dan cetek ilmu agama mula la nak menyantau-nyantau, berbomoh-bomoh sehingga orang yang dia dengki tu menderita...tak paham kan kenapa santau menyantau ni, bomoh membomoh ni masih ada yang percaya dan mengamalkannya...

Kadang-kadang bukan besar pun isu nya hanya tak senang duduk bila tgk orang senang atau orang tu cantik..semua itu adalah anugerah Tuhan..kita kena redho dengan apa yang telah dikurniakan..tak perlulah nk dengki mendengki semata-mata nak memuaskan perasaan sendiri...

Apa pun buang yang keroh dan ambil yang jernih..bersihkan la hati dan sentiasa berprasagka baik dengan masyarakat sekeliling..



-dZaNiE-

Lelaki & Solat Jumaat

Aku geram tul klu ari jumaat aku jumpa orang lelaki duk berkeliaran waktu orang tengah solat jumaat..korang tak rasa malu ker?klu aku tak tau nak letak muka kat mana??sok klu korang kawen dapat anak klu anak tu perangai tak macam orang jangan nak salah kan budak tu cermin dulu diri sendiri..

Sekadar renungan..

Dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Barang siapa meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tiga dengan sengaja kerana malas menunaikannya lalu Allah akan menutup pintu hatinya.(al-Tirmizi, jld:3, hlm:327, no.hadis:460, Ibn Majah, jld:3, hlm:440, no.hadis: 1115).

Meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar, kerana meninggalkan kefarduan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran, seperti firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli. (al-Jumuah: 9).

Berdasarkan kepada nas-nas di atas jelas bahawa Allah memfardukan solat Jumaat ke atas setiap mukalaf supaya menunaikannya. Meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tanpa sebarang sebab adalah berdosa besar.

Sekiranya seseorang itu meninggalkannya dengan sengaja kerana malas maka dihukum sebagai fasik. Sekiranya dia mengingkari kefarduan Jumaat yang sudah dimaklumi umum maka dia dihukum terkeluar daripada Islam

 
-dZaNiE-

Lap Top

Semalam aku cuti sebab pg KL untuk temankan Mr.DZ pg cr lap top..Lap top yang aku ada dh bertahun-tahun usianya dan patut la aku cari yang baru..Klu nak beli barang dgn Mr. DZ ni bukannya senang, abis semua dia nk belek..terus terang aku katakan yang memang penat kalu ikut dia pegi beli barang...abis satu Low Yat tu kami pusing, dari satu kedai ke satu kedai kami masuk...dia masih lagi belum putuskan Lap Top brand apa nak beli..

Servay punya servay dia berkenan Toshiba, Asus ngan Fujitsu...berkenan sekali tiga lak tu...ni yang boleh membuatkan aku pening kepala ni sebab tiga sekali dia minat...aku malas nak buat keputusan sebab kalu jadi apa-apa sok aku yang akan dipersalahkan..

Toshiba Qosmio


Asus



Fujitsu


Tolong la aku buat pilihan supaya ianya tidak memeningkan kepala otak aku ni...:)



-dZaNiE-

6 tahun sudah

Danish bergaya sebelum ke sekolah...

Diam tak diam dah 6 tahun umur anak aku..tahun ni aku start anto dia kat PRA Sekolah Rendah Presint 11(3). bukan apa nak bagi dia biasa bila dia darjah satu nanti...dan alhamdulilah dia serasi dan sesuai dgn keadaan sekolah tu...bila anak dah beso makanya umur maknya pun dah makin tua...hahahaha...


Uniform Sekolah

Naik Van

sukanyer dia


-dZaNiE-

Urut

Awal bulan Feb ari tu aku telefon la sorg kakak tu datang umah aku utk mengurut...sebab badan aku sakit-sakit jer..MR. DZ kata masuk angin kot..aku pun bersangkaan macam tu..bila kakak tu datang jer umah aku dan dia tegok aku dia tanya "kenapa mata ko merah Yanie???" aku pun dengan konfidennyer jawap "resedung saya kuat kak"...tiba-tiba akak tu mengelengkan kepala dia...aku betoi-betoi cuak..dengan bersemangat aku tanya kenapa dengan saya??kak tu kata ada benda kat aku...setahu aku benda yang menumpang dgn aku tu aku dh buang dgn anak murid Dato' Harun Din, rupanya benda tu masih ada lagi dan di samping itu aku jiga terkena *an*au....masyallah...Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu...memang kakak tu tak boleh nak urut aku cuma dia try utk kuarkan apa yang ada dalam badan aku...aku pun nampak la apa yang kuar pada celah-celah kulit aku...

perasaan ragu-ragu pada dia amat kuat sehingga aku buat keputusan untuk pergi ke Darul Syifa...setiba di sana aku buat rawatan "tepuk" dan ternya betul apa yang kakak tu cakap..ya Allah beratnya ujian yang ko berikan padaku...sehingga ke hari ini aku masih lagi menerima rawatan di Darul Syifa seminggu dua kali..semoga semunya akan berakhir dengan perkara yang baik-baik hendaknya...

bila aku pikir-pikir apa yang berlaku pada aku ni banyak sangat hikmahya...ianya membuatkan aku lebih dekat denganNYA...dan aku yakin ada hikmah di sebalik kejadian ini...



kertas minyak di klipkan dengan sepit rambut


cara tepuk untuk kuarkan bisa-bisa


bahan-bahan @ biasa yang keluar


setiap minggu rawatan ini la yang aku buat di Darul Syifa...




-dZaNiE-

kisah rumah

tak silap aku di awal blog ni aku ada cerita tentang rumah yang aku beli di seksyen 27 HICOM..rumah tu aku beli dengan niat untuk aset dan disewakan kepada sesiapa yang berminat...tapi ikhlas dari sanubari aku yang aku serik beli rumah..diawal pembelian mcm-mcm charge yang pemaju kenakan...itu kena bayo ini kena bayo...aku pun korek sana, korek sini...demi nak dapatkan sebiji umah aku sanggup buat apa saja..dan alhamdulilah tak sampai seminggu aku amik kunci ada la sepasang suami isteri ni nk menyewa umah aku..aku rasa lega la sebab nk sewa ni orang dah kawen..aku bukan tak suka org bujang duk tapi sendiri mau ingat la bila orang bujang duduk...sangkaan aku meleset, rupanya pasangan suami isteri ni lebih teruk daripada orang bujang...masyallah Tuhan saja yang tahu...

rumah ni ku bai sewa RM750 sebulan oleh kerana aku tak berpuas hati dengan penyewa umah aku, tambah-tambah lak bila aku suh dia kuar dia tak nak maka aku naik kan la sewa kepada RM800 sebulan...korang bayangkan dia kata dia duk berdua suami isteri tapi umah aku tu sebijik mcm rumah kongsi indon...menyirap darah setan aku...memang tak guna tul manusia tu...sedo-sedo dia lari kuar daripada umah aku...dh la kuar tak bayo utang-utang yang ada...menambahkan beban aku lagi bila bil api air tertunggak daripada tahun lepas. aku tgk api air dh kena potong ni sah tak bayo...mlm td aku tel TNB semak berapa baki tertunggak TNB kata RM750.46 dan air RM450.57....masyallah...longlai kaki aku masa tu...binawei punya manusia..

sekarang ni aku tak tau ke mana dia lari, tp tak apa aku berserah pada Tuhan, kat dunia ni ko boleh lari tp akhirat sok tgu la aku...ko naya aku sampai mcm ni...pening kepala aku dengan masalah-masalah ni...Doa aku semoga Tuhan beri petunjuk kepadanya...


-dZaNiE-

Rindunya...

Lamanya aku menyepi tak mengupdate blog...sibuk tak usah nak kata la...cerita yang aku kumpul-kumpul nak masukkan dalam blog pun aku dah lupa..apa la nak jadi dengan aku ni...sepanjang aku menyepi ni banyak kisah suka dan duka yang aku lalui...aku redho dengan ketentuan Tuhan...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...cerita-cerita tu aku akan ceritakan kemudian...aku tak nak spoilkan mood aku yang baru nak ok ni...

sesiapa yang ada FB rajin-rajin la jenguk-jenguk aku kat sana..sebab aku tersangat la aktif dengan FB buat masa sekarang ni...siang malam aku hanya bersama FB...ok chaw adios...


-dZaNiE-

Gud Bye 2009 Welcome 2010...

Cepat sungguh masa berlalu dah masuk tahun 2010...2009 terlalu banyak kenangan suka dan duka..erm....umur lak makin meningkat...28 ish,ish,ish...lg 2 tahun nk 30...scary,scary...yang pasti Alhamdulillah dalam usia aku sekarang ni ada dah ada apa yang aku impikan selama ini...yang paling penting aku ada suami dan anak-anak yang sangat aku sayang...

Cerita pasai azam, tahun lepas punya azam beria aku nak kuruskan badan, tapi apah pun idak...teruk tul nk disiplinkan diri ni..tahun ni lak klu boleh aku masih mempunyai impian yang sama nak kurus tambah lak dengan azam baru nak berjimat cermat...bab ni pun susah sikit walau apa pun aku tetap jugak kena limitkan perbelanjaan peribadi aku seperti kasut,hand bag,baju and make up...kalu nak beli pun 3 bulan sekali dan di limitkan hanya RM100 sahaja...mak ai, boleh ke aku ni...nak tak nak aku kena jugak disiplinkan diri demi masa depan aku...hahahahaha...tengah semangat ni, rasa sekarang gak aku nak menabung....dan tahun ni gak aku kena kurangkan aktiviti berholiday aku, ini semua melibatkan penjimatan berhemah yang disarankan oleh kerajaan...so holiday tahun ni aku akan ke Sabah dan besar kemungkinan ke Cherating..hanya ini sahaja holiday tahun ni...

Doa dan harapan aku semoga apa yang aku azamkan akan tercapai hendaknya, Insyallah...keputusannya nanti tunggu 1 januari 2011...hahahahaha...


-dZaNiE-

It's been 6 years...

Diam tak diam dah 6 tahun usia perkahwinan aku...tahun ni tak dapat apa-apa hadiah daripada Mr.DZ..cuma dia bawak aku sekeluarga pg bercuti jer..percutian ni pun sebenarnya tak dirancang..tiba-tiba jer bangun dari tido dia ajak aku pergi melaka...terkejut berok aku dibuatnya...sblm tu kami countdown anniversary kat KL...sempat gak la aku singgah ke danau kota...dekat kul 2 pagi baru sampai umah..

pagi tu aku pun terus bersiap utk ke melaka...aku asalnya tak nak pegi sebab ati aku lebih berat nak balik kampung, nak pg kawan sekolah aku kawen..tapi memandangkan ini adalah hadiah anniversary dari Mr.Dz maka aku turutkan..lagipun aku dah berpuluh tahun tak jejak kaki ke melaka..banyak tul berubah melaka bandar raya bersejarah tu...time aku ke melaka ni tak kena langsung..sebab tengah cuti sekolah, makanya ramailah manusia-manusia kat sana...nak cari hotel pun susah..sib baik dapat gak hotel klu idak balik putrajaya balik la aku...

Kek Anniversary


Melaka




gambo banyak lagi tapi semunya dalam facebook...maka kunjung-kunjungilah facebook ambo...


 -dZaNiE-

Deco,Deco,Deco...

Lamanya rasa tak pergi IKEA...last pergi masa bulan puasa baru ni...klu pergi tak membeli tu tah sah...muka aku ni nk tengok-tengok jer...hentikan la yani...memandangkan bulan depan dah 2 tahun aku duduk umah tu maka aku nk tukar selera pulak...aku nak mengdeco kembali umah aku tu untuk mencari kelainan..kadang-kadang benda kecik-kecik dan murah pun klu kreatif boleh mencantik kan umah...itu semua perpandukan kreativiti seseorang..aku ni nak kata pandai menghias umah idak la...tapi aku suka sangat bila tengok umah tu cantik dan kemas...rasa tenang sangat...aku tak tau la macam mana ada orang boleh tinggal+duduk dalam umah yang bersepah dan tak tersusun..klu aku serabut..mau aku mengamuk sampai pagi...so aku dah ada beberapa barang yang aku akan cari nanti....diantaranya....

-Frame-


-Candles-


-Vases-


-Candleholders-

Mak oi..banyaknyer nak membeli???ni tak termasuk langsir yang nak ditempah lagi...alamatnya abis la akaun aku korek nanti...kalu kengkawan ada idea macam mana nak mendeco umah dialu-alukan yer...kita kongsi sama-sama...



-dZaNiE-

Pencuri,Penyamun,Perompak,Pencopek....

Bengang di tahap maksima dah aku ni...tak de keje lain ke manusia durjana tu...kenapa la ko tergamak nak amik aku punya Hard Disk, Rem ngan AV Kad????? agaknya klu dia jual boleh jadi jutawan kot...klu boleh jadi jutawan sekalipun tak lama sebab dari hasil haram...yang membuatkan aku marah+bengang segala maklumat Jabatan ada dalam tu...aku risau sekiranya maklumat-maklumat tu dimanipulasikan oleh manusia jahanam tu jer...

Tak pasal-pasal aku kena pegi balai buat report polis...klu polis boleh cari+tangkap sapa punya keje bagus gak ini setakat wat report pastu simpan report tu wat pekasam baik tak payah...

Aku harap sangat yang manusia jahanam ni terima lah pembalasan daripadaNya di atas apa yang dia telah buat...Wahai manusia jahanam, walaupun aku tak tau sape yang mencuri tetapi Tuhan tahu apa yang kamu lakukan...



-dZaNiE-

Lazy Mode

Serious i'm on lazy mode...fuh lama sungguh aku tak up date blog ni...malas tu sepasal yang lebihnyer aku sibuk dengan facebook aku...kesian blog aku sampai terbiar jer dia...nanti la lepas  raya haji ni aku akan up date dengan cerita-cerita terbaru...apa pun tunggu...


-dZaNiE-

Holiday 2010

Golden touch.... hanya 2 kali percubaan aku dapat menempah tiket for my destination from Air Asia 0 Fare for my 2010 vacation..looking for a few more destinations in mind..i'm got the tickets to Kota Kinabalu, Sabah....Alhamdulilah...aku akan pergi pada bulan Julai...harap-harap tiada halangan la pada tarikh tu...tak dapat nak gambarkan betapa gembiranya bila aku dapat menempah tiket masa tu...terbayang di fikiran yang aku ngan Mr.Hubby dapat membawa anak-anak holiday jauh sikit daripada selalu...every year my holiday from utara ke selatan....mostlynyer utara la sebab banyak tempat untuk JJCM...

Tahun depan baru aku nak fikir hotel mana nak tido, nak pakai tourist guide ke tak...yang pasti aku nak start menabung untuk menambah budget bagi menyopping nanti...kalu kengkawan ada tempat-tempat menarik atau hotel-hotel yg best untuk aku tlg bagi tau yer...

-dZaNiE-

Hand, Foot And Mouth Disease

Actually minggu lepas dzamil demam...tapi on off, on off...demamnyer pun tak panas...pastu ari khamis lepas aku tengok ada beberapa biji-biji macam ruam kat tepi bibir dia..aku ingat kena gigit semut atau nyamuk...semalam pulak aku tengok biji2 tu ada kat kaki dan tangan dia...masa tu aku tak syak apa2 sebab ada 3-4 biji jer..nak dijadikan citer masa aku suap dia mkn nasi tadi aku tgk dalam mulut dia ada ulser...pastu terus aku tgk tapak tangan ngan kaki...masyallah anak aku kena penyakit tangan, kaki dan mulut rupenyer...dah la Mr.DZ tak de...aku pun terus siap-siap untuk ke klinik...macam mana pun aku kena dapatkan pengesahan doktor..risau aku...silap-silap melarat-larat lak...

Sampai je klinik orang tak ada..alhamdulilah..terus jer masuk bilik doktor...past doktor check memang betoi la anak aku kena HFMD...waaaaa.....harap-harap cepat la dzamil ok...dan jangan la berjangkit kat orang lain...tolong doakan yer...TQVM...

kat sini ada sedikit maklumat untuk penyakit HFMD :

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun

Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak

Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit

Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung

Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan


Tanda dan Gejala Penyakit

Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin

Ulser di tekak dan mulut

Demam

Sakit kepala

Hilang selera makan



Langkah-langkah Pencegahan

Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak

Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk

Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu

Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil

Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak

Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran

Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah

Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu



Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan



-dZaNiE-

Keluhan Suami Isteri

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.



Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..


wakakakaka....kenyataan ker????


-dZaNiE-

sampai hati




sub,sub..sedihnyer...oleh kerana MR.DZ baca entry aku semalam tiba-tiba ati dia tersentuh dan tanpa disedari air mata mengalir dipipi...masyallah aku tak sangka yang dia begitu tersentuh dengan kata-kata aku di dalam entry tu..sebaik saja dia habis membaca dia terus keluar menuju ke sekolah Danish tanpa pengetahuan aku..rupa-rupanya dia pergi mengambil Danish untuk menyambut hari jadinya...yang aku sedih diaorang pergi berdua saja tak bawak aku dan Dzamil...waaaa...

aku tahu dia terlalu tersentuh kerana pada malam sebelum hari jadi Danish dia telah marah yang teramat sangat kerana Danish telah membuat sesuatu kesalahan yang amat besar yang mana dia tak boleh nak terima kesalahan yang budak tu buat...ibu dan ayah mana yang boleh marah anak lama-lama..tambah pulak Danish tu anak kesayangan dia...tak kisah la apa pun yang pasti aku tahu MR.DZ adalah seorang suami / ayah yang baik dan amat menyanyangi kami..TQVM....muuaahhh....



-dZaNiE-



Happy Birthday Danish

Tanggal 28 Oktober 2004 maka lahir la seorang bayi lelaki seberat 3.72 kg di Hospital Putrajaya...bayi ini adalah putera pertama aku...Hmm nothing much to say..delivery experience aku untuk melahirkan anak hanya Tuhan saja yang tahu..But it's really unforgettable memory to me.macam nak tercabot nyawa but god's was planned everything..Baru aku tau begitulah pengorbanan & kesusahan seorang ibu melahirkan seorang zuriat ke muka bumi Allah ni..9 bulan membawa perut, terpaksa melalui mabuk di awal kehamilan dan kesakitan yang teramat sangat di saat kelahiran..

Pagi tu aku bangun untuk bersahur aku tengok dah ada darah sikit kuar, masa tu aku tak sakit pun....cuma cuak la jugak..maklum la tak ada pengalaman lagi..lepas jer habis MR.DZ bersahur aku pun bersiap-siap untuk ke hospital...sampai jer kat hospital nurse pun seluk untuk cek bukaan aduh kena seluk sakitnyer...masa tu baru 1 cm..tapi disebabkan darah dah kuar maka aku kena duduk kat hospital la..start kul 10 pagi contraction mula datang...contraction yang masih boleh dikontrol lagi...aku tak ada selera nak makan waktu tu..jadi sampai ke malam aku tak makan..waktu MR.DZ berbuka pun aku hanya mampu tengok sahaja..mungkin masa tu aku terlalu takut kot...start je lepas maghrib contraction aku makin kerap...nurse seluk lagi baru 2.5 cm...ya Allah bila la jalan ni nak bukak..aku dah tak mampu nak tahan kesakitan ni..bagai nak putus pinggang aku masa tu...yang merimaskan aku segala wayer duk dilekatkan kat perut aku.. CTG tu sebenarnya nak tgk heartbeart baby pastu siap ade graft trn naik lagi...tiba tengah malam sakit makin kencang seluk lagi baru 3.5 cm...masa tu aku duk merayu supaya cucukkan aku ubat tahan sakit..nurse tu  kata tak boleh klu cucuk pun sakit tak akan hilang...aku tak kira nak jugak...dah nurse tu malas nak layan aku dia pun cucuk la kat punggung aku...tu la orang kata melawan lagi ckp nurse...aku lalok gle dan masa yang sama aku sakit sangat-sangat...

Pastu datang la sorang nurse tanya pada aku mana air selusuh aku...aku kata aku dah minum ada kat umah...pastu dia kata kenapa akak minum???klu jalan tak bukak lagi tak boleh minum...pulak???pelik gak aku...mak aku kata dah sampai bulan boleh minum...pastu dia suh aku bukak botol air selusuh tu...aku pun terus telepon MR.DZ untuk bukak botol air selusuh tu...bukan kata botol air selusuh segala botol yang ada semua dia bukak..termasuk la botol sabun basuh sebab sepanjang aku mengandung aku suka sangat cium bau sabun...hihihi..panik la MR.DZ tu... Lepas jer MR.DZ bukak botol air selusuh tu jalan aku pun dah 5 cm..Pastu dia bagi obat poo poo masuk kat belakang tuu..dan dan tu aku lari p toilet kuarkan segala isi perut..masa tu cuak jugak sebab takut terbesalin dalam toilet...

Lepas jer abis aku keluarkan isi perut darah keluar mencurah curah...kul 6 pagi aku di tolak masuk ker labor room..masa tu jalan masih 5 cm lagi..dalam labor room tu punya la sejuk sakit pulak tu...pastu masuk seorang Doktor pakar seluk jalan aku pastu dia cucuk ubat dan dia kata kul 10 pagi aku boleh bersalin...mak oi pukul 10 lamanyer....masa tu mata aku punya la mengantuk...dah la lesu sebab tak makan...tiba-tiba pipi aku kena tampar...nurse suh  aku bangun sebab nak seluk jalan...tengok2 dah 10 cm masa tu kelam kabut nurse suh aku bersedia untuk meneran...ya Allah sakit dan susahnyer berkesan tangan MR.DZ aku genggam..Memang sangat penting kehadiran suami disisi saat2 ingin melahirkan baby ni..dialah penguat semangat kita masa tu...jenuh jugak la aku meneran..last2 aku dengar bunyi gunting...dia gunting kanan dan kiri.......aku. lepas tu dengan sepenuh tenaga aku meneran akhirnya keluar la seorang bayi lelaki yang bernama Danish Haiqal bin Dzairul Ekhzan...begitu la cerita aku sewaktu melahirkan anak pertama aku...Hmm citer pasal pengalaman bersalin neh,bahagian masing2 sebenarnya.Ade yg payah gile,ade yg senang je tapi saket mmgla saket.

Maka hari ini 28 Oktober 2009 genap la umur Danish 5 tahun..dah besar anak aku...aku harap dia akan jadi anak yang berguna dan berjaya di dalam apa jua bidang yang dia ceburi...aku sebagai seorang ibu sentiasa mendoakan dan mahukan yang terbaik untuk dia...

p/s: Ibu sayang sangat kat Nish..kalu ibu marah-marah tu bukannya ibu tak suka @ tak sayang pada Nish cuma ibu nak Nish jadi anak yang berguna...I Luv U sayang...muahh...











-dZaNiE-

Topik Hot FM

Aku ni kalu drive menang suka layan radio..biasanyer Hot FM la pilihan aku...dalam minggu ni adalah minggu ting tong aku...pikiran serabut dengan masalah2 lama yang tiba-tiba muncul kembali...topik petang semalam kenapa cinta pertama anda gagal????macam kena batang idung aku jer...tapi aku tak berkesempatan untuk menelefon sebab dah sampai umah sibuk dengan budak-budak..cuma aku layan jer la topik tu...ada jugak cerita/pengalaman orang yang sama lebih kurang dengan aku...hihii...kebetulan kot...

Pagi ni pulak nak dijadikan cerita topik hot FM 'Tiada Maaf Bagimu @ kenapa anda tidak boleh memaafkan orang lain'???? his...macam tau-tau jer...so dengan penuh semangat untuk ke udara aku pun cuba menelefon Hot FM...percubaan pertama gagal, percubaan kedua gagal dan percubaan ketiga aku berjaya.......yaaahoooo.....masa tu menggeletar gak la sebab 1st time aku ke udara di radio...tapi bila aku dah abis meluahkan kenapa, aku rasa puas...puas di tahap maksima...tengah duk suka-suka tiba-tiba satu sms masuk yang berbunyi....Eleh, nak rahsiakan identiti lak...blah la...sms ni di hantar oleh kawan aku...wakakaaa..tujuan aku merahsiakan identiti ni bukan apa, aku tak nak melukakan atau menyinggung hati dan perasaan orang lain..aku takut apa yang aku buat ni boleh melukakan ati seseorang yang aku sendiri tak tahu sape...bengong....

Yang pasti aku puas dan aku akan semyum sampai pagi esok....


-dZaNiE-

kek & brownies

baru nak up date citer dah basi...hihihi...last 2 week kakak ipar aku wat open house..jadi aku tak tau la apa nak bwk untuk open house tu...nak masak apa-apa tak sempat sebab MR.DZ nak tido umah kakaknye tu..pening la kepala otak aku ni memikir apa yang nak dibawa...tiba-tiba aku teringat kawan aku ni(umi) dia pandai buat kek dan segala mak nenek...biasanyer aku akan oder kat dia last minit..kali ni pun last minit gak..banyak kali dah umi bising kat aku..nak wat mcm mana umi oiii kawan ko ni mmg suka susahkan ko...hihihi...aku dah banyak kali tempah kek kat umi ni memang mendapat kepujian la kek dia...MR.DZ pun suka..biasanyer MR.DZ tak berapa suka sangat benda-benda manis ni...so sape-sape nak tempah boleh la bgtau kat aku atau pun korang layan blog si umi ni http://ovenmummy.blogspot.com/

ni gambo-gambo kek yang pernah aku oder kat umi.....



brownies teacher's day



besday kek MR.DZ



besday brownies aku



brownies hari raya


-dZaNiE-

Story of the beginning of the relationship

Minggu ni rasa macam nak terlebih manja lak dengan MR.DZ..ngape tah??tiba-tiba lak aku teringat pertemuan pertama aku dgn MR.DZ..Actually before this aku ada seorang boypren..macam cinta monyet la..monyet-monyet pun 6 tahun gak la we all couple..tapi dah takdir Tuhan hubungan kami hanya setakat 6 tahun jer...kami berpisah tanpa sebab..(dia yg mintak putus)waktu tu buat-buat la redho tapi hakikatnyer????lepas daripada tu aku memang frust gle yer la dah cinta pertama jadi mcm tu...berikutan daripada tu aku mengaktifkan diri dengan berpolitik...cewah-cewah..aku ni kira peneraju pertama Puteri UMNO la..nak di jadikan cerita waktu tu MR.DZ ni bekerja sebagai SU kerja dia Pejabat UMNO tu..dah aku duk ulang alik ke opis dia maka dia pun jatuh la ati kat aku...(dia yg jatuh ati aku tak pun)...masa tu aku tak tau kenapa aku tak berapa suka sangat dengan dia...(jual mahal agaknyer)..tapi lama kelamaan aku tak boleh nak tipu ati aku yang aku pun suka kat dia gak...hihihi...lama mana la aku boleh bertahan nak keraskan ati aku ni...

Beberapa bulan we all kawan akhirnyer kami bertunang..masa tu aku dah kerja kat Putrajaya dan dia masih lagi di Tapah..selepas beberapa bulan kami bertunang akhirnya dia dapat tawaran kerja kat Putrajaya jugak...elok sangat la tu sebab masa tu lagi 2 bulan kami nak kawin.. tak la aku susah-susah nak mintak tukar balik Tapah...dan akhirnya kami kahwin dan telah pun dikurniakan 2 orang anak..dah 6 tahun kami bersama dan aku rasa bahagia sangat..macam-macam yang dah kami lalui..biasa la asam garam kehidupan...harapan aku semoga hubungan kami akan terus bahagia hingga ke akhir hayat kami...That's the story of the beginning of the relationship



p/s : miss & love him...So muchhhh forever & ever....


-dZaNiE-