Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.
Pengumuman
Sekian, terima kasih.....
-dZaNiE-
Nizh Focus
Otak adalah organ manusia yang amat kompleks, sangat bertenaga dan terdiri dari gabungan berbillion-bilion sel. Otak menjadi unit pusat kawalan sistem saraf untuk menyalur maklumat serta tindakan kepada seluruh anggota tubuh. Majoriti neuron otak adalah interneuron yang bertindak menapis, manganalisa serta menyimpan segala data. Keseluruhan sistem otak perlu dibekalkan darah yang banyak dan berterusan supaya ia dapat membekalkan oksigen dan nutrien bagi mengawal kepentingan tisu otak daripada kecederaan.
Hasil kaji selidik terhadap tumbuhan semulajadi, didapati ia bukan sahaja mampu mengharmonikan persekitaran alam bahkan sesuai untuk menghormanikan fizikal dan mental manusia.
Tenaga tumbuhan yang sama dengan organ-organ manusia dan jika digunakan mampu menjana kembali fungsi organ-organ yang lemah. Para penyelidik bersetuju dengan proses meningkatkan bekalan oksigen akan dapat mempertingkatkan daya memori dan kini terhasil Nizh Focus.
"Kenapa harus menunggu hingga daya kemampuan minda sudah menurun, baru tindakan diambil" - Dr Ronald daripada Akedemi Herbal Amerika
Nizh Focus dihasilkan untuk membantu meningkatkan penyaluran oksigen ke otak yang dengan sendirinya menjana minda positif.
Justeru Nizh Focus membantu membekalkan oksigen kepada otak dan terus dapat mempertingkatkan tenaga untuk menerima segala nutrien bagi menghasilkan sel-sel . Otak yang sihat dan kuat akan dapat menjadikan seseorang itu pintar, cerdas serta meningkat IQ & EQ( keseimbangan mental dan kesimbangan emosi yang melahirkan personaliti individual). Kedua-dua potensi IQ dsan EQ perlu digabungkan dalam keadaan seimbang untuk membolehkan individu berfungsi dengan lebih berkesan. Dengan ini seseorang itu akan sentiasa bertindak positif. Proses meningkatkan bekalan oksigen akan dapat mempertingkatkan daya memori dan tahap kecerdasan.
Teori dan Konsep
Melalui proses fotosentesis, tenaga suria diserap oleh tumbuhan bagi menghasilkan karbohidrat sukros yang kemudiannya digunakan setiap tisu tumbuhan. Setiap jenis tisu tumbuhan menggunakan tenaga suria yang berlainan gelombang tenaga suria yang berlainan gelombang (7 warna pelangi). Ini membuktikan apabila kayu dibakar, ia mengeluarkan berbagai-bagai warna (violet, biru, kuning, merah) dan tidak satu warna (colorless) jika ianya mengambil apa sahaja gelombang tenaga suria tersebut.
Begitu dengan tubuh kita, proses metabolisme memecahkan sel-sel organik makanan bagi menghasilkan sel-sel organik sesuai untuk tubuh dan juga tenaga, Sukros mengandungi sebahangian dari tenaga tersebut.
IQ dan EQ
Otak dan akal manusia adalah kurniaan Tuhan kepada manusia. Tenaga yang wujud di dalam sistem otak adalah unsur yang paling utama membezakan manusia dan makhluk lain.
IQ atau kesimbangnan mental antara seseorang individu dengan yang lain adalah berbeza-beza tahap. IQ boleh mengambarkan darjah ketinggian kecerdasan individu bagi menerima dan menyerap (absorption power) fakta secara objectif dan menyimpan (retention power) di dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang.
IQ boleh diukur mengikut skala Stanford Binet
158 ke atas -Super genius
148 -157 - High genius
140 -147- Average / Lower genius
130 -139 - Intelligent
120 -129 - Clever
100 -119 - Average
85 -99 -Poor (Lembam)
78 -84 -Devian (Sangat Lembam)
75 ke bawah - Retarded
Manakala EQ atau keseimbangan emosi melahirkan personaliti individu. Perkembangan EQ yang baik akan meningkatkan "self esteem'. Individu yang tinggi keyakinan diri manjadi lebih kreatif, inovatif dan dapat menangani metlamat kehidupan dengan lebih jelas.
Kedua-dua potensi IQ dan EQ perlu digabungkan dalam keadaan seimbang untuk membolehkan individu berfungsi dengan lebih berkesan. Kesimbangan tenaga otak kanan dan kiri perlu digerakkan pada paras tenaga elektromagnetik yang diperlukan.
Dr Haji Muhammad Jantan
[Ahli Psikologi Klinikal dan Pakar Motivasi]
1. Kasuma bt Osman (Ibu)
Tel: 03-42569214
Masalah nak saya suka berangan-angan disekolah, cepat magantuk apabila membaca buku, malas dan suka tidur. Dengan pengambilan Nizh Focus sebanyak dua kali sehari, dia dapat mengimbangan diri kini.
2. Agus Salim Mat Isa (Bapa)
Tel: 03-42925690
Muhammad Firdsaus (17 tahun)
Setelah mengambil Nizh Focus Firdaus lebih dapat memberi tumpuan kepada pelajarannya. Satu perkara yang sebelum in tidak pernah dilakukan ialah dia lebih mudah bangun pada jam tiga pagi untuk megulangkaji pelajaran. Dia juga merasa lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan.
Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Hari Raya 2010
Tahun ni turn beraya umah mertua..umah mertua ngan umah mak aku tak jauh jadi tak berapa nak kisah la sangat..macam biasa klu beraya umah mertua menu di pagi raya macam nak kenduri..maklum la ahli keluarganya ramai melebihi 2 pasukan bola...bab-bab makan ni memang la syok tapi bab-bab mengemas,membasuh pinggan mangkuk ni yang berat sikit..pernah satu tahun dulu naik kembang tangan aku duk membasuh pinggan..rentetan daripada itu aku telah menyuarakan supaya menggunakan pinggan pakai buang..bukan saja menjimatkan masa tapi tidak memenatkan badan...hehehehe (nampak sgt mcm pemalas). Terus terang raya tahun ni tak berapa nak best..pagi-pagi raya lagi dah menampakkan yang raya tahun ni tak best..mana idaknya di sebabkan nak makan jer balik dari sembahyang raya semua orang salin baju pakai baju biasa..sebabnya nak masak nasi minyak..Ya ampun...langsung tak ada upacara bermaaf-maafan...tak de upacara kunjung mengunjung...yang ada upacara kupas bawang, dan memasak...(ini lah keluarga yang hobinya makan,makan dan makan) tapi aku cam biasa tetap gak buat upacara sendiri bermaafan dengan Mr. DZ dan bergambar la sekeping dua untuk kenangan (walaupun dalam hati ada rasa tak puas ati)
2nd raya pagi-pagi aku dah siap nak balik umah mak aku...tak sabo nak makan nasi impit ngan kuah kacang yang mak buat..nyum,nyum..sampai jer kat umah abg aku yang sulung masih lum sampai lagi..dalam tengah hari dia sampai kami pun buat la upacara bermaafan..syoknya dapat bersama dengan semua adik beradik..

dah selesai bermaafan dan kutipan duit raya, terus kami gerak ke Ipoh untuk beraya ke rumah saudara mara..malam balik jer umah terus aku pengsan..sok pagi nak bangun awal sebab telah di tugaskan untuk ke pasar membeli lauk pauk..biasanya klu balik ke rumah mak aku, aku la tukang masaknya..ini adalah amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh mak aku..katanya sebab aku rajin masak dan jugak pandai masak.katanya juga semua masakan aku sedap...hahahahaha (puji diri sendiri)..sesiapa nak rasa masakan aku sila la berkunjung ke rumah aku yer tapi dengan syarat sila bagitau awal-awal, klu idak makan biskut kering la korang...
p/s: Tahun ni aku tak wat open house sbb tak de dlm perancangan tahun 2010..
Tahun depan lak rasanya tak buat jugak sebab takut perut membeso...
Tahun 2012 tak buat jugak sebab mungkin ada anak kecik....
hahahahahaha maknanya rumah aku tak bukak-bukak selama 3 tahun berturut-turut....
jangan marah...:)
-dZaNiE-
Aura Raya
15 Ramadhan 1425 - 15 Ramadhan 1431

Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang untuk aku mengecapi segala nikmatMU..doa aku semoga dikurniakan anak perempuan kelak, insyallah.. Malam ni kena sambut birthday Mr.Dz ngan Danish sekali la...:)
-dZaNiE-
Happy Birthday

Sambutan Bulan Ramadhan
Memang berselera kami makan ari tu, siap bertambah-tambah lagi nasi...
klu makan tak ada pencuci mulut rasa tak lengkap jer kan...pencuci mulut pun yang simple-simple jer janji ada...
-dZaNiE-
Daging Gulung resepi Mr.Dz
daging yang diletak inti a.k.a isi ayam
bawang-bawang dan daun rosemary (untuk penyedap rasa)
telur rebus di susun dan cheese di parut
daging di gulung dengan butcher string
daging yang sudah di bakar dan hasilnya........
*
*
*
*
*
*
*
*
taaaddaaaaaaa
rupa jer buruk tapi rasanya errrmmmmm sedap gle....cam nak suh Mr. Dz wat jer.....
-dZaNiE-
tak pasal-pasal susut pahala puasa aku
Dan sekarang aku nak semua orang tahu yang aku memang tak puas ati dengan dia....Woi jantan kalu berani meh depan aku bagi tau aku apa yang ko tak puas ati...kot-kot aku boleh puaskan ati ko tu...dasar tak sedar diri tak tau asal usul....patut la ramai orang yang tak suka suku sakat kau baru aku tahu suku sakat kau ni perangai macam @#$%^$#@^.....
-dZaNiE-
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Menyabut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kawan-kawan semua...
-dZaNiE-
Anak itu anugerah Tuhan
Dalam peredaran masa demi masa, tahun demi tahun cara mendidik anak tak sama dengan zaman kita dulu-dulu..kalau dulu mak/ayah baru cakap jangan kita dah takut nak buat..tapi anak-anak zaman sekarang lebih berani dan pandai memberontak...kenapa boleh jadi mcm tu??tanya diri sendiri...kenapa anak-anak zaman sekarang suka melawan cakap ibu bapa?, kenapa anak-anak zaman sekarang pandai berbohong...masalah seperti ini 80% memang terjadi di sekeliling kita..nampak macam senang nak mendidik dan membentuk anak kan???tapi sebenarnya susah..yang paling penting kita sebagai ibu dan bapa perlu sabar, pandai mengambil hati anak, cuba jadikan anak sebagai kawan yang mana kita perlu mendengar masalah/cerita daripada mereka.. ini ada beberapa tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak :-
- menjaga dan memelihara dengan baik dan penuh kasih sayang
- memelihara permakanan dan minuman anak-anak tersebut iaitu memberikan mereka makanan dari sumber rezeki yang halal dan baik
- makanan dan minuman yang baik,utama dan berkhasiat bagi anak damit ialah air susu ibu
- memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pendidikan agama.
- menjadi contoh yang baik kepada anak.
- sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal
dan yang paling penting adalah doa daripada ibu/bapa kepada anak-anaknya..
-dZaNiE-
Bagan Lalang bersama geng Livina
so so so so sad.................:(
Pagi tadi tetiba jer aku teringat kat mak/ayah aku...hati aku rasa mcm tak sedap....tapi malas nak fikir mungkin perasaan rindu pada mereka...di sebabkan aku mc semalam maka bertimbun la keja kat opis...nak tel mereka pun tertiba jer hilang daripada ingatan aku...
Ayu tel aku pagi tadi tanya kat aku mak tak sihat ker???aku kata ya sebab ari rabu aku tel mak kata dia sakit kepala tak leh bangun....aku jangkakan yang mak masih demam lagi...sekali lagi aku masih tidak dapat untuk menelefon mak....dah dekat tengah hari aku cari jugak peluang untuk telefon mak...aku ngan mak cakap mcm biasa..tapi naluri seorang anak, aku dapat rasakan ada satu kelainan pada mak/ayah aku...
Bila aku tanyakan khabar mereka mak hanya bagi tahu yang ayah tak sihat...tiba-tiba aku teringat nak tanya apa keputusan doktor tentang rawatan ayah yang aku bawa satu hari dulu...aku tahu mak berat nak bagitahu tapi aku cuba mendesak sebab aku tahu mak ada sebunyikan sesuatu...dan akhirnya mak bgtahu yang sakit sebenarnya disebabkan TIBI.....Ya Allah Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa itu...aku tahu ayah dah tentu tak boleh menerima kenyataan disebabkan selama ini ayah adalah seorang Inspektor Kesihatan yang mana terlalu banyak ceramah berkenaan TIBI, HIV, H1N1 yang dia dah bagi..tapi apakan daya ini adalah ujian daripada Tuhan...apa pun aku redho dan tak akan henti berdoa semoga kedua ibu bapaku sentiasa sihat dan berada dibawah lindunganNYa...
Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan, sembuhkanlah penyakit ayahku, peliharalah kesihatan kedua ibu bapa ku ya Allah...
-dZaNiE-
Padan Muka Aku......
Pagi tadi aku dpt msg daripada CPM dia kata tempahan baju raya di dzull de classique dah tutup since bulan jun...Aduh....berdebar jantung aku masa tu...mana pulak la aku nak anto baju..mau tak raya aku suami isteri tahun ni...tah ngape lak tahun ni aku duk berlengah-lengah nk tempah baju raya...mcm tak semangat nak raya jer...ada kengkawan yg suh aku cari baju ready made..aku bukannya tak nk cuma takut tak sedap dan selesa di pakai jer...
Any info pasai nak tempah baju ni tlg bagitau yer...klu tak pakai baju kelawar la aku tahun ni....hihihihi...
-dZaNiE-
3 hari 2 malam
*
*
*
*
*
*
*
*

antara menu-menu yang ada.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Menu aku sekeluarga makan tengah hari tu Pari Bakar, Sotong Bakar, Daging Bakar, Sup dan Air satu jug...semua sekali RM30..nak pengsan aku dengar...klu kat KL tak de makna nak dapat RM30 memang murah,sedap dan berbaloi... sesiapa nak koordinat GPS mintak kat aku....
-dZaNiE-
Gigi
Perkara yang kedua aku takut adalah cabut gigi di klinik...aku rela gigi tu patah sendiri daripada doktor yang cabut..sakit siot....dapat aku rasakan kesakitannya dengan darah yang keluar...mak oi mau pengsan aku...kelmarin gigi susu Danish patah..(pertukaran gigi sebab dah 6 tahun) gigi kekal dah keluar jadi gigi susu tu goyang, si Danish ni punya la berani dia goyang-goyangkan gigi tu sampai la tercabut...pengsan aku tengok darah...si Danish cool jer aku lak yang lebih-lebih panic...yang kelakarnyer dia nak simpan gigi susu dia tu sampai dia beso...tah nak wat apa aku pun tak tahu....harap-harap lepas ni anak-anak aku tak ada la masalah gigi....aku takut/ngeri siot.........
-dZaNiE-
Kisah Danish
Happy Fathers Day
-dZaNiE-
Untuk isteri.... renungkanlah
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya..
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya ...
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami
yang tak segagah mana..
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
-dZaNiE-
Untuk suami renungkanlah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah.....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana..
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
-dZaNiE-