Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Hari Raya 2010

Dah masuk Syawal yang ke 22, aku baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal raya..org lain dah basi dengan gambo-gambo dan cerita-cerita raya...ampun maaf yer di atas kesibukkan aku ini..




Tahun ni turn beraya umah mertua..umah mertua ngan umah mak aku tak jauh jadi tak berapa nak kisah la sangat..macam biasa klu beraya umah mertua menu di pagi raya macam nak kenduri..maklum la ahli keluarganya ramai melebihi 2 pasukan bola...bab-bab makan ni memang la syok tapi bab-bab mengemas,membasuh pinggan mangkuk ni yang berat sikit..pernah satu tahun dulu naik kembang tangan aku duk membasuh pinggan..rentetan daripada itu aku telah menyuarakan supaya menggunakan pinggan pakai buang..bukan saja menjimatkan masa tapi tidak memenatkan badan...hehehehe (nampak sgt mcm pemalas). Terus terang raya tahun ni tak berapa nak best..pagi-pagi raya lagi dah menampakkan yang raya tahun ni tak best..mana idaknya di sebabkan nak makan jer balik dari sembahyang raya semua orang salin baju pakai baju biasa..sebabnya nak masak nasi minyak..Ya ampun...langsung tak ada upacara bermaaf-maafan...tak de upacara kunjung mengunjung...yang ada upacara kupas bawang, dan memasak...(ini lah keluarga yang hobinya makan,makan dan makan) tapi aku cam biasa tetap gak buat upacara sendiri bermaafan dengan Mr. DZ dan bergambar la sekeping dua untuk kenangan (walaupun dalam hati ada rasa tak puas ati)

2nd raya pagi-pagi aku dah siap nak balik umah mak aku...tak sabo nak makan nasi impit ngan kuah kacang yang mak buat..nyum,nyum..sampai jer kat umah abg aku yang sulung masih lum sampai lagi..dalam tengah hari dia sampai kami pun buat la upacara bermaafan..syoknya dapat bersama dengan semua adik beradik..






dah selesai bermaafan dan kutipan duit raya, terus kami gerak ke Ipoh untuk beraya ke rumah saudara mara..malam balik jer umah terus aku pengsan..sok pagi nak bangun awal sebab telah di tugaskan untuk ke pasar membeli lauk pauk..biasanya klu balik ke rumah mak aku, aku la tukang masaknya..ini adalah amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh mak aku..katanya sebab aku rajin masak dan jugak pandai masak.katanya juga semua masakan aku sedap...hahahahaha (puji diri sendiri)..sesiapa nak rasa masakan aku sila la berkunjung ke rumah aku yer tapi dengan syarat sila bagitau awal-awal, klu idak makan biskut kering la korang...



p/s: Tahun ni aku tak wat open house sbb tak de dlm perancangan tahun 2010..
Tahun depan lak rasanya tak buat jugak sebab takut perut membeso...
Tahun 2012 tak buat jugak sebab mungkin ada anak kecik....
hahahahahaha maknanya rumah aku tak bukak-bukak selama 3 tahun berturut-turut....
jangan marah...:)


-dZaNiE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan