Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Aura Raya

Terasa cepat betul waktu berjalan, diam tak diam lagi seminggu jer kita nak habis berpuasa..Syukur pada Tuhan..Tahun ni turn beraya kat umah mertua 2nd raya baru beraya sebelah aku..aku tak kisah sebab perjalanan di antara umah mertua ngan umah parents aku lebih kurang 20 minit jer..dekatkan???itu lah untungnya kawen dengan orang dekat senang nak lari-lari balik umah parents hahahaaha...(ketawa jahat)


Tahun ni baju raya aku sekeluarga warna silver, Mr.DZ ngan anak-anak dah ada baju cuma tuan punya blog jer yang masih mencari-cari baju..serata alam aku pergi tapi satu pun tak berkenan..dah rasa mcm nyawa-nyawa ikan ni sebab rabu dah nak balik kampung..Serik tul aku tak tempah awal-awal..Lepas raya ni aku nak terus tempah baju raya untuk tahun depan...hehehehe (over la pulak) masa bujang dulu bila raya jer sure baju 3-4 helai, bila dah kawen dah ada anak sehelai pun belum tentu ada lagi..tak kisah la janji anak-anak seronok beraya.sebab bila dah tua-tua ni (dah tua ke?) suasana beraya tu tak sama macam zaman kanak-kanak..masa zaman kanak-kanak seronok sebab bila raya jer boleh jadi jutawan sebab dapat kutip banyak duit raya, sekarang ni turn kita lak kena bagi duit raya kat budak-budak...:(
Citer pasal biskut raya tahun ni dan tahun-tahun sebelum ni aku memang tak pernah buat sebab mana sempat beb balik keje dah bertungkus lumus di dapur nak masak menu berbuka, pas berbuka pasti akan kekenyangan di tahap maksima sehingga nak angkat kelopak mata pun tak larat...Jadi start tahun lepas aku buat keputusan untuk jual biskut raya sebab aku tahu org-org yang bekerja kat luar sana tu semuanya sama mcm aku tak cukup masa..biasanya selain keuntungan yg tuan punya biskut tu bagi aku juga di beri semua jenis biskut yang dia jual, tapi malangnya tahun ni aku hanya dapat 3 jenis biskut jer, sedihnya...:( jadi korang-korang jangan la nak datang beraya umah aku klu datang pun jangan lah mengharapkan biskut raya yang sedap-sedap kat umah aku, korang makan la kerepek-kerepek yang ada tu..
Di kesempatan yang ada ini aku menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, termarah yang tak kena, tersasul yang tak disengaja, terpukul kat mana-mana, terpekik di telinga, terhantuk di kepala, terpinjam harta benda, termoody tak semena-mena, terumpat bila-bila dan termacam-macam lagi yang tak kena....
"SELAMAT HARI RAYA"
-dZaNiE-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan