Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Perkara Sihat Amalan Saya

Di sini ada beberapa perkara sihat yang selalu saya amalkan...mari kita kongsi bersama...:)

1. Makan Jamu
-Untuk kesihatan dalaman dan luaran.


2. Minum air madu+lemon
-Madu ni banyak khasiat. Lemon pula sangat banyak kegunaannya selain daripada mengandungi banyak vitamin C. Menurut perubatan islam khasiatnya terlalu banyak.


3. Basahkan muka dengan air wuduk, memadai dgn 5 kali mengambil wuduk utk solat fardhu.
-Insyallah muka kita akan tenang dan segar dengan air wuduk.


4. Syampoo rambut
-Untuk mengelakkan rambut masam dan tampak lebih sihat dan bersinar.


5. Minum air buah-buahan
-Untuk mendapatkan vitamin daripada buah-buahan tersebut.


6. Minum air masak
-Untuk melancarkan sistem penghadaman, dan memiliki air yang mecukupi di dalam badan.


7. Makan makanan/masakan yang segar
-Saya tak suka makan makanan yang selalu di panas-panaskan kerana ianya boleh menghilangkan zat yang ada di dalam makanan tersebut.


8. Jogging
-Walaupun hanya seminggu sekali, ianya amat memadai bagi saya yang sentiasa mempunyai masalah kekangan masa....


9. Berdoa
-Sentiasa berdoa/memohon pada Allah, kerana hanya Dia sahaja yang berkuasa.


10. Tidur yang cukup
-Perkara yg amat saya titik beratkan adalah tidur yg cukup kerana apabila kita bangun pagi kita akan terasa lebih segar dan sihat. (barulah ada mood nak pergi kerja)



-dZaNiE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan