Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

4K :- keikhlasan,kemesraan,keromantikan,keserasian...

Kebanyakkan orang selalu fikir bila dah kahwin, dah jadi hak mutlak, tak perlu belaian mesra....tak payah nak romantik..tak mahu tunjuk kemesraan yang konsisten.Kebanyakan lelaki pulak akan mesra bila nak sex, itu kira bagus jugak. Ada tu tak pernah mengambil kira perasaan isteri...tak da nak mesra-mesra.Katanya rimas la, malu pada anak-anak la.Dan bila suami sudah mula mengabaikan perasaan isterinya dan isterinya pula mula mengharap sesuatu yang lebih dari daripada suaminya maka isteri akan berasa kecewa.Banyak isteri pendam rasa kekecewaan itu dengan SABAR.Ada setengahnya lebih suka berpisah sahaja.(jalan singkat)Kerana bagi mereka kasih sayang perlu ditunjuk, perlu ikhlas. perlu sepenuhnya. Kadang-kadang kita ingat penceraian itu kerana pasangan kita tak baik dan sebagainya tetapi disebalik itu banyak penceraian berlaku kerana isteri dah bosan tanpa layanan suami dan dahagakan belaian kasih sayang yang tak dapat mereka perolehi dari suami. Maka perasaan cinta pada suami mula pudar dan lenyap sama sekali.


Satu situasi...misalnya begini...kalau suami merasa terpinggir, tersisih tidak dipedulikan, tidak disayangi mungkin kerana isterinya jenis yang tidak prihatin, tidak sensitif perasaan suami, keinginan, keperluan dan kemahuan suami dan tidak pula berusaha untuk menggembirakan atau membahagiakan hati suami menyebabkan suami cuba mencari sandaran cinta diluar atau pada yang sudi memberi. situasi ni ada disekililing kita...tak faham kenapa tergamak si suami berbuat sedemikian, sepatutnya dia fikir susah senang selama dengan isteri selama ini...Begitulah halnya dengan isteri juga akan memendam rasa, tidak gembira dan bahagia bila suami pun bersikap seperti yang saya sebutkan tadi.Maka zaman sekarang ni tak mengira lelaki atau wanita, sebagai suami isteri kita harus cuba sentiasa memupuk kasih dan sayang, membelai pasangan dan prihatin tentang kemahuan mereka jika kita tak mahu kehilangan cinta mereka. dan ingat cinta dan kasih sayang bukan sekadar ucapan I LOVE U, U LOVE ME...cinta perlukan keikhlasan,kemesraan,keromantikan dan juga keserasian....renung-renungkan...:)


-dZaNiE-

4 ulasan:

  1. salam kenal kak....
    zura pun suker blog akak...
    simple n friendly=)

    keep in touch ya!!

    BalasPadam
  2. salam kenal???ko tak kenal aku ke zura??hahahahahaha:)

    BalasPadam
  3. betul tu kak..cinta perlukan keikhlasan,kemesraan,keromantikan dan keserasian..thanks kerana mengigatkan..kadang2 kita terlupa juga.ehee:=)

    BalasPadam
  4. Hehehe, thanks kak untuk perkongsian ilmu ini.

    TQ

    arena lee

    BalasPadam