Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Danish Haiqal & Dzamil Hadif

budak masyam kesayangan ibu

Danish Haiqal...siapa yg kenal memang tahu sangat dengan sikap dan kenakalan anak sulung ibu ni...syukur alhamdulillah memang ibu berharap sangat nak anak sulung ibu lelaki sebab opah dan atuk masa tu masih belum lagi ada cucu lelaki...pengalaman bersalinkan Danish memang tak kan pernah luput dalam ingatan..bertarung nyawa berhari-hari demi melahirkan anak sulung ibu ni......:) dari kecil sampai sekarang Danish ni memang seorang budak yang sangat lincah...tambah pulak bila dah beso ni mulutnya teramatlah petah sebab tu ke mana saja pergi dia mudah dapat kawan tak kira la tua atau pun muda..dia selalu buat lawak dengan aksi-aksi spontannya tu...kadang-kadang buat ibu geram dan ketawa seorang diri...Danish ni anak yang baik tapi dia seorang budak yang teramat lah keras hatinya...nak mengajar,nak menegur mesti dalam keadaan penuh kelembutan...kadang-kadang hilang sabar jugak ibu dengan sikap Danish..tapi ibu nak Nish tahu ibu marah, ibu tegur bukan sebab ibu tak sayang Nish, ibu nak Nish jadi anak yang baik dan berguna kepada ibu dan ayah...Nish kena tahu Nish anak lelaki sulung ibu nak Nish ada rasa tanggungjawab pada keluarga atau apa sahaja...


Nish dan Dzamil adalah penguat semangat ibu...bila ibu susah atau setiap kali ibu menangis anak-anak ibu pasti akan datang peluk ibu dan menangis sama...ibu tak tahu Nish paham atau tahu ke tidak kenapa ibu menangis????bila ibu tanya Nish akan kata Nish tahu ibu sedih sebab Nish tak dengar cakap ibu dan ayah....terharu sungguh ibu, walaupun anak-anak ibu tak tahu kenapa tapi ibu pasti yang anak-anak ibu paham akan kesusahan dan kesedihan ibu masa tu...kadang-kadang bila Danish mintak sesuatu bukan ibu tak nak beli tapi jika benda itu di luar kemampuan, ibu terpaksa untuk tidak tunaikan. Di sebalik itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa kesalnya ibu tak dapat penuhi kehendak anak ibu...kita perlu mula dari bawah anak-anak ibu, bukan senang nak senang...ibu harap bila anak-anak ibu dah berjaya nanti janganlah lupa segala jasa ibu dan ayah...baru-baru ni Nish exam kat sekolah bila balik jer ayah tanya berapa markah Nish dapat Nish kata 29/100 jer(Nish tipu ibu ngan ayah yer??)...masa tu dalam ati ibu berkata-kata apa la nak jadi dengan anak ibu ni???Ibu pasti Nish budak yang pandai cuma Nish ada satu sikap yang Nish tak suka dipaksa untuk buat sesuatu...Semalam bila Nish balik bawak paper exam ibu sangat terharu melihat markah-markah yang Nish dapat...tanpa disedari air mata ibu mengalir sebab terlalu gembira...Ibu nak Nish berjaya di dunia dan juga akhirat...Ibu akan sentiasa mendoakan anak-anak ibu...


Mengandung anak yang ke 2 ibu harap sangat dapat anak perempuan sebab anak sulung dah lelaki, tapi tak ada rezeki ibu redho walaupun dapat anak lelaki tapi kecomelan adik macam baby perempuan...sampai sekarang rauk muka Dzamil macam mat jambu...hehehehe...:) mengandung,bersalin dan membesarkan Dzamil memang berbeza dengan Danish mungkin Tuhan tahu akan kesusahan ibu sebelum ini..yang kelakarnya masa Dzamil kecil-kecil Dzamil tak lasak macam Danish, tp setelah ibu dan ayah gunting rambut Dzamil karaktor Dzamil terus berubah menjadi lasak...baru lah macam anak lelaki...:) setiap petang bila kita bertiga duduk kat rumah sambil menunggu ayah balik dari kerja ibu rasa itulah masa yang paling berharga buat ibu bersama Nish dan adik...Nish tak yah tanya lagi yer kenapa ayah selalu balik lambat...ayah balik lambat sebab nak cari rezeki untuk kita....Insyallah ibu akan cuba luangkan lebih banyak masa untuk bersama anak-anak ibu....


Ibu nak anak-anak ibu tahu ibu tak pernah nak membezakan anak-anak ibu, bagi ibu anak-anak ibu adalah anugerah Tuhan yang paling berharga sekali...walau apa pun yang terjadi ikatan kita tak akan terputus...dunia akhirat ibu tetap sayangkan anak-anak ibu...



-dZaNie-

1 ulasan:

  1. Wahhhh, tak sabarnyer nak kawin dan dapat baby..

    Huhuhu

    arena lee

    BalasPadam