Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Happy Anniversary

Terima kasih Tuhan…
Kau beri aku seorang yang mendampingiku
Didalam suka dan duka
Memegang kukuh janji
Menemani aku sampai mati
Terpasung hati
Tulusmu mendampingi diriku.....

Syukur Alhamdulillah 19 Disember 2010 genap lah usia perkahwinan kami yang ke-7....rasa macam tak percaya jer,tambah-tambah bila tengok Danish dah nak masuk darjah satu...dari situ aku perlu sedar usia aku semakin meningkat...7 tahun ni macam-macam aku dah lalui pahit,manis,suka,gembira semua aku dah rasa...apa pun semua itu adalah asam garam kehidupan...suka ke tidak aku kena lalui juga...apa pun aku bersyukur di atas segala nikmat yang telah diberikan...:)


bila dah berumahtangga ni tambah-tambah ada anak maka bertambah la tanggungjawab aku..seawal pagi aku akan bangun untuk siapkan sarapan dan bekalan untuk Mr.Dz dan Danish...(kadang-kadang skip jugak) pastu terus hantar Dzamil ke rumah pengasuh dan terus ke pejabat...sharp 4.30 petang aku akan bergegas untuk mengambil anak-anak dan balik ke rumah serta bermulalah kerja-kerja di rumah pulak...mengemas,membasuh,memasak semua atas bahu aku...tambah-tambah pulak sekarang aku dah mula mencari duit lebih,maka bertambah la tanggungjawab aku...bila terlalu penat rasa nak menangis pun ada sbb rasa tak mampu nak buat semua benda sendiri...aku bukannya superwomen tapi aku harus jadi seperti superwomen...


tahun depan kerja-kerja harian akan bertambah,aku terpaksa masak diwaktu malam dan balik ditengah hari untuk menguruskan persekolahan agama Danish...ya Allah...bila dah ada keluarga sendiri baru aku tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..walaupun mak aku tak bekerja tapi aku tahu perasaan seorang ibu...aku sentiasa mengharapkan agar ada insan yang memahami situasi aku sekarang ini...:)



Buat suami tersayang,

Terima kasih kerana sudi menyanyangi dan menyintai N...7 tahun kita bersama macam-macam ujian dan dugaan yang dah kita lalui...walaupun ada dugaan yang teramat menggugat hati dan perasaan N tapi N tetap kena kuat demi anak-anak dan rumahtangga kita...Doa dan harapan N semoga rumahtangga kita akan sentiasa bahagia dan akan berkekalan hingga ke akhir hayat, semoga abg akan sentiasa menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik untuk N serta anak-anak kita....i love u so much and nothing can change that....:)

-dZaNiE-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan