Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Kenapa Berat Tak Turun Walaupun Sudah Berdiet & Minum Banyak Air???


(ini bukan berat badan aku)

Ramai yang tahu bahawa banyak minum air boleh membantu kita menurunkan berat badan kerana kalori di dalam air adalah bersamaan dengan sifar. Jadi, apabila kita meminum air, tubuh akan menggunakan lemak yang tersimpan untuk memproses air yang diminum. Namun begitu ramai juga yang mengeluh kerana berat badannya tidak turun-turun walaupun banyak minum air. Nak tahu kenapa? Ini adalah kerana pengambilan garam yang berlebihan..



Apabila kita mengambil garam secara berlebihan (daripada sup, tom yam, kari, fries, kerepek pisang dll), tubuh kita akan retain (mengumpul) air yang diminum. Ini bermakna, air yang diminum tidak akan diproses sepenuhnya dan menjadikan kita gemuk air. Selain itu, pengambilan garam yang berlebihan juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, osteoporosis dan heartburn. Selepas membaca tulisan saya ini, diharap rakan-rakan dapat mengurangkan pengambilan garam ya..(peringatan untuk diri saya juga yang kuat makan garam wp kurang gula..huhu)Sebagai pesanan kepada rakan-rakan yang sedang sibuk mencari rahsia dan tips diet, sebenarnya memang tiada rahsia ataupun ubat ajaib yang boleh menjadikan kita kurus secara cepat, murah dan berkesan. Yang penting adalah kita mengubah habit ataupun tabiat pemakanan kita secara konsisten. Jika tidak, kita mungkin akan kurus dengan cepat tetapi akan menjadi gemuk semula selepas itu…selamat berdiet utk semua





-dZaNie-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan