Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Happy Anniversary

Terima kasih Tuhan…
Kau beri aku seorang yang mendampingiku
Didalam suka dan duka
Memegang kukuh janji
Menemani aku sampai mati
Terpasung hati
Tulusmu mendampingi diriku.....

Syukur Alhamdulillah 19 Disember 2010 genap lah usia perkahwinan kami yang ke-7....rasa macam tak percaya jer,tambah-tambah bila tengok Danish dah nak masuk darjah satu...dari situ aku perlu sedar usia aku semakin meningkat...7 tahun ni macam-macam aku dah lalui pahit,manis,suka,gembira semua aku dah rasa...apa pun semua itu adalah asam garam kehidupan...suka ke tidak aku kena lalui juga...apa pun aku bersyukur di atas segala nikmat yang telah diberikan...:)


bila dah berumahtangga ni tambah-tambah ada anak maka bertambah la tanggungjawab aku..seawal pagi aku akan bangun untuk siapkan sarapan dan bekalan untuk Mr.Dz dan Danish...(kadang-kadang skip jugak) pastu terus hantar Dzamil ke rumah pengasuh dan terus ke pejabat...sharp 4.30 petang aku akan bergegas untuk mengambil anak-anak dan balik ke rumah serta bermulalah kerja-kerja di rumah pulak...mengemas,membasuh,memasak semua atas bahu aku...tambah-tambah pulak sekarang aku dah mula mencari duit lebih,maka bertambah la tanggungjawab aku...bila terlalu penat rasa nak menangis pun ada sbb rasa tak mampu nak buat semua benda sendiri...aku bukannya superwomen tapi aku harus jadi seperti superwomen...


tahun depan kerja-kerja harian akan bertambah,aku terpaksa masak diwaktu malam dan balik ditengah hari untuk menguruskan persekolahan agama Danish...ya Allah...bila dah ada keluarga sendiri baru aku tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..walaupun mak aku tak bekerja tapi aku tahu perasaan seorang ibu...aku sentiasa mengharapkan agar ada insan yang memahami situasi aku sekarang ini...:)



Buat suami tersayang,

Terima kasih kerana sudi menyanyangi dan menyintai N...7 tahun kita bersama macam-macam ujian dan dugaan yang dah kita lalui...walaupun ada dugaan yang teramat menggugat hati dan perasaan N tapi N tetap kena kuat demi anak-anak dan rumahtangga kita...Doa dan harapan N semoga rumahtangga kita akan sentiasa bahagia dan akan berkekalan hingga ke akhir hayat, semoga abg akan sentiasa menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik untuk N serta anak-anak kita....i love u so much and nothing can change that....:)

-dZaNiE-

Kelebihan Beristeri Tidak Cantik

Artikel ni aku dapat daripada seseorang tah macam mana leh tersesat ada dlm e-mail opis aku..meh la kita kongsi sama-sama yer...terpulang la kepada diri sendiri sama ada setuju ataupun tidak dengan kenyataan e-mail ini....
Isteri anda tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:
LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah.Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!
LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang "pewit". Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.
RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi.Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe....
LEBIH TAAT
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai "ketua keluarga".
RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar.Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la.
-dZaNiE-

Kerja Sampingan

Sekarang aku dah ada kerja sampingan...bak kata orang kalau nak senang kena lah usaha dan bersusah dahulu...sebenarnya aku ni minat berniaga, selama ni aku duk tolong orang menjual jer barang sendiri tak pernah ada untuk dijual...setelah aku diceramahkan oleh Mr.DZ dan kawan-kawan maka aku pun start la mencuba membuat kek untuk dijual...nak kata pandai buat kek macam idola aku kak nanirostam tu idak la (http://nanirostam.blogspot.com/) tapi mungkin aku akan jadi macam dia satu hari nanti insyallah...Banyak lagi benda yang aku kena belajar...



-ni kek yang aku buat untuk boypren adik aku-


-ni kek yang aku buat untuk kawan di opis-


-dan ini kek yang aku jual setiap hari & sentiasa mendapat sambutan ramai-


Sesiapa nak tempah boleh la......




-dZaNiE-


Holiday


Yaaaaahoooooo....dah tiba masa untuk pergi berholiday.....masa yang dinanti-nantikan hampir tiba...(kecoh sgt mcm la nk pg gold cost ke,korea ke, melbourne ke)


Hujung minggu ni nak ke Penang untuk kenduri kawen sedara side Mr.Dz tapi tak leh nak lama-lama sebab kami akan ke Penang balik on Wednesday till Sunday..macam kerja gila pulak aku rasa Sabtu pergi Penang Ahad balik Putrajaya pastu Rabu pegi balik Penang....nak wat cam mana dah TUAN DRIVER kata cam gtu...cakap lebih-lebih kang mau aku kena tinggal...klu ada yang perasan mesti akan kata tak de tempat lain ke minah ni nak pergi????apa la hebatnya Penang tu????untuk pengetahuan semua saya bersama suami serta keluarga memang sangat suka JJCM, jadi kat sebelah utara ni sangat banyak lah tempat-tempat makan yang sedap-sedap masakannya...(sedap dan murah)..sebab itu Penang,Kedah & Perlis sentiasa menjadi tempat wajib untuk kami kunjungi setiap tahun....




Dilema sekarang hotel mana nak tido????Mr.DZ bagi aku 2 pilihan sama ada ROYAL HOTEL ataupun BERJAYA HOTEL???? aku rasa macam nak ROYAL HOTEL jer...tapi tak sure ok ker tak???ada sesiapa tak yang boleh bantu?????klu susah-susah tido HARD ROCK jer la....(wakakakakakaka)....




Holiday kali ni merangkap honeymoon kami yang ke 7 tahun...syukur alhamdulillah dah 7 tahun usia perkahwinan kami, semoga Tuhan panjangkan jodoh kami dan berikan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat, Amin.....:)






-dZaNiE-