Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

30 Rahsia Wanita Perlu Diketahui

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


-dZaNiE-

Kek Ais Krim

Hahahahaha selsema sudah baik....mode up date blog sudah mari....:)


Kata-kata Mr.Dz masa kami bercinta dulu tak pernah aku lupa...Dia kata dia cari isteri bukan yang pandai masak tapi yang rajin masak....sebab kalau pandai masak pun tapi kalau malas tak guna satu sen pun...klu tak pandai masak kita boleh belajar sampai pandai....Mr.Dz ni seorang yang suka makan,suka JJCM dan suka mencuba masakan-masakan baru...tapi dia jarang sekali nak mencubanya sendiri...Ahad lepas tah apa mimpi dia duk teringin nak makan kek ais krim....sepantas kilat aku kata "jom pg secret recipe"...dia mula membebel..."apa guna saya beli oven kat awak kalau awak jarang guna????kang jadi mcm oven lama rosak cam gtu jer...aku dengan rasa bersalah hanya mampu tundukkan muka ke lantai....hahahahahaha....Jadi aku pun buat keputusan untuk buat sendiri kek ais krim yang Mr.Dz idam-idamkan tu...1st time buat siot.....mmg sungguh hodoh kek aku tu...tapi rasa ermmm sedap...:)
Bakar kek dlm loyang bulat ( nak 2 keping kek berbentuk bulat)
Bakar kek dalam loyang petak

susun kek di sekeliling loyang

masukkan ais krim di tengah-tengah kek


kek yang sudah di topping


inilah hasilnya...

kesilapan di sini, kek aku terlalu tebal....sowi yer 1st time buat....lalalalalalala...:)

-dZaNiE-

Selsema

tension tul kalau selsema....:( nak wat keje pun susah... asyik bersin jer..mata dah merah macam hantu raya...nak kasi baik senang jer makan ubat selsema+ubat resedung+actifast pastu tido insyallah elok la selsema aku ni....

nak update blog citer pasal buat kek ais krim pun tak de mood...jadi tgu sampai aku ok yer.....



-dZaNiE-

Tips Keharmonian Rumahtangga

Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga; ia perlu dijaga, disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup subur?

1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat
Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri, pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh minat.

2) Berkasih Sayang
Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata, sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata-kata.

3) Ambil Berat
Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat. Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan
Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda. Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan, cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami
Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau
Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan
Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.

8) Jujur & Setia
Jangan sesekali mencurangi perhubungan. sentiasa jujur dan setia dengan pasangan Insyallah kita juga akan terima sebaliknya.


-dZaNiE-


Perkara Sihat Amalan Saya

Di sini ada beberapa perkara sihat yang selalu saya amalkan...mari kita kongsi bersama...:)

1. Makan Jamu
-Untuk kesihatan dalaman dan luaran.


2. Minum air madu+lemon
-Madu ni banyak khasiat. Lemon pula sangat banyak kegunaannya selain daripada mengandungi banyak vitamin C. Menurut perubatan islam khasiatnya terlalu banyak.


3. Basahkan muka dengan air wuduk, memadai dgn 5 kali mengambil wuduk utk solat fardhu.
-Insyallah muka kita akan tenang dan segar dengan air wuduk.


4. Syampoo rambut
-Untuk mengelakkan rambut masam dan tampak lebih sihat dan bersinar.


5. Minum air buah-buahan
-Untuk mendapatkan vitamin daripada buah-buahan tersebut.


6. Minum air masak
-Untuk melancarkan sistem penghadaman, dan memiliki air yang mecukupi di dalam badan.


7. Makan makanan/masakan yang segar
-Saya tak suka makan makanan yang selalu di panas-panaskan kerana ianya boleh menghilangkan zat yang ada di dalam makanan tersebut.


8. Jogging
-Walaupun hanya seminggu sekali, ianya amat memadai bagi saya yang sentiasa mempunyai masalah kekangan masa....


9. Berdoa
-Sentiasa berdoa/memohon pada Allah, kerana hanya Dia sahaja yang berkuasa.


10. Tidur yang cukup
-Perkara yg amat saya titik beratkan adalah tidur yg cukup kerana apabila kita bangun pagi kita akan terasa lebih segar dan sihat. (barulah ada mood nak pergi kerja)



-dZaNiE-

4K :- keikhlasan,kemesraan,keromantikan,keserasian...

Kebanyakkan orang selalu fikir bila dah kahwin, dah jadi hak mutlak, tak perlu belaian mesra....tak payah nak romantik..tak mahu tunjuk kemesraan yang konsisten.Kebanyakan lelaki pulak akan mesra bila nak sex, itu kira bagus jugak. Ada tu tak pernah mengambil kira perasaan isteri...tak da nak mesra-mesra.Katanya rimas la, malu pada anak-anak la.Dan bila suami sudah mula mengabaikan perasaan isterinya dan isterinya pula mula mengharap sesuatu yang lebih dari daripada suaminya maka isteri akan berasa kecewa.Banyak isteri pendam rasa kekecewaan itu dengan SABAR.Ada setengahnya lebih suka berpisah sahaja.(jalan singkat)Kerana bagi mereka kasih sayang perlu ditunjuk, perlu ikhlas. perlu sepenuhnya. Kadang-kadang kita ingat penceraian itu kerana pasangan kita tak baik dan sebagainya tetapi disebalik itu banyak penceraian berlaku kerana isteri dah bosan tanpa layanan suami dan dahagakan belaian kasih sayang yang tak dapat mereka perolehi dari suami. Maka perasaan cinta pada suami mula pudar dan lenyap sama sekali.


Satu situasi...misalnya begini...kalau suami merasa terpinggir, tersisih tidak dipedulikan, tidak disayangi mungkin kerana isterinya jenis yang tidak prihatin, tidak sensitif perasaan suami, keinginan, keperluan dan kemahuan suami dan tidak pula berusaha untuk menggembirakan atau membahagiakan hati suami menyebabkan suami cuba mencari sandaran cinta diluar atau pada yang sudi memberi. situasi ni ada disekililing kita...tak faham kenapa tergamak si suami berbuat sedemikian, sepatutnya dia fikir susah senang selama dengan isteri selama ini...Begitulah halnya dengan isteri juga akan memendam rasa, tidak gembira dan bahagia bila suami pun bersikap seperti yang saya sebutkan tadi.Maka zaman sekarang ni tak mengira lelaki atau wanita, sebagai suami isteri kita harus cuba sentiasa memupuk kasih dan sayang, membelai pasangan dan prihatin tentang kemahuan mereka jika kita tak mahu kehilangan cinta mereka. dan ingat cinta dan kasih sayang bukan sekadar ucapan I LOVE U, U LOVE ME...cinta perlukan keikhlasan,kemesraan,keromantikan dan juga keserasian....renung-renungkan...:)


-dZaNiE-

Danish Haiqal & Dzamil Hadif

budak masyam kesayangan ibu

Danish Haiqal...siapa yg kenal memang tahu sangat dengan sikap dan kenakalan anak sulung ibu ni...syukur alhamdulillah memang ibu berharap sangat nak anak sulung ibu lelaki sebab opah dan atuk masa tu masih belum lagi ada cucu lelaki...pengalaman bersalinkan Danish memang tak kan pernah luput dalam ingatan..bertarung nyawa berhari-hari demi melahirkan anak sulung ibu ni......:) dari kecil sampai sekarang Danish ni memang seorang budak yang sangat lincah...tambah pulak bila dah beso ni mulutnya teramatlah petah sebab tu ke mana saja pergi dia mudah dapat kawan tak kira la tua atau pun muda..dia selalu buat lawak dengan aksi-aksi spontannya tu...kadang-kadang buat ibu geram dan ketawa seorang diri...Danish ni anak yang baik tapi dia seorang budak yang teramat lah keras hatinya...nak mengajar,nak menegur mesti dalam keadaan penuh kelembutan...kadang-kadang hilang sabar jugak ibu dengan sikap Danish..tapi ibu nak Nish tahu ibu marah, ibu tegur bukan sebab ibu tak sayang Nish, ibu nak Nish jadi anak yang baik dan berguna kepada ibu dan ayah...Nish kena tahu Nish anak lelaki sulung ibu nak Nish ada rasa tanggungjawab pada keluarga atau apa sahaja...


Nish dan Dzamil adalah penguat semangat ibu...bila ibu susah atau setiap kali ibu menangis anak-anak ibu pasti akan datang peluk ibu dan menangis sama...ibu tak tahu Nish paham atau tahu ke tidak kenapa ibu menangis????bila ibu tanya Nish akan kata Nish tahu ibu sedih sebab Nish tak dengar cakap ibu dan ayah....terharu sungguh ibu, walaupun anak-anak ibu tak tahu kenapa tapi ibu pasti yang anak-anak ibu paham akan kesusahan dan kesedihan ibu masa tu...kadang-kadang bila Danish mintak sesuatu bukan ibu tak nak beli tapi jika benda itu di luar kemampuan, ibu terpaksa untuk tidak tunaikan. Di sebalik itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa kesalnya ibu tak dapat penuhi kehendak anak ibu...kita perlu mula dari bawah anak-anak ibu, bukan senang nak senang...ibu harap bila anak-anak ibu dah berjaya nanti janganlah lupa segala jasa ibu dan ayah...baru-baru ni Nish exam kat sekolah bila balik jer ayah tanya berapa markah Nish dapat Nish kata 29/100 jer(Nish tipu ibu ngan ayah yer??)...masa tu dalam ati ibu berkata-kata apa la nak jadi dengan anak ibu ni???Ibu pasti Nish budak yang pandai cuma Nish ada satu sikap yang Nish tak suka dipaksa untuk buat sesuatu...Semalam bila Nish balik bawak paper exam ibu sangat terharu melihat markah-markah yang Nish dapat...tanpa disedari air mata ibu mengalir sebab terlalu gembira...Ibu nak Nish berjaya di dunia dan juga akhirat...Ibu akan sentiasa mendoakan anak-anak ibu...


Mengandung anak yang ke 2 ibu harap sangat dapat anak perempuan sebab anak sulung dah lelaki, tapi tak ada rezeki ibu redho walaupun dapat anak lelaki tapi kecomelan adik macam baby perempuan...sampai sekarang rauk muka Dzamil macam mat jambu...hehehehe...:) mengandung,bersalin dan membesarkan Dzamil memang berbeza dengan Danish mungkin Tuhan tahu akan kesusahan ibu sebelum ini..yang kelakarnya masa Dzamil kecil-kecil Dzamil tak lasak macam Danish, tp setelah ibu dan ayah gunting rambut Dzamil karaktor Dzamil terus berubah menjadi lasak...baru lah macam anak lelaki...:) setiap petang bila kita bertiga duduk kat rumah sambil menunggu ayah balik dari kerja ibu rasa itulah masa yang paling berharga buat ibu bersama Nish dan adik...Nish tak yah tanya lagi yer kenapa ayah selalu balik lambat...ayah balik lambat sebab nak cari rezeki untuk kita....Insyallah ibu akan cuba luangkan lebih banyak masa untuk bersama anak-anak ibu....


Ibu nak anak-anak ibu tahu ibu tak pernah nak membezakan anak-anak ibu, bagi ibu anak-anak ibu adalah anugerah Tuhan yang paling berharga sekali...walau apa pun yang terjadi ikatan kita tak akan terputus...dunia akhirat ibu tetap sayangkan anak-anak ibu...



-dZaNie-