Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

Anak itu anugerah Tuhan

Kita biasa dengar orang kata kalu nak melentur buluh biar dari rebungnya...maknanya klu nak membentuk anak jadi orang yang berguna biarlah dari dia kecik..klu dh jadi buluh tak leh nak bantu la...dh keras...anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita sebagai hambanya sebagai ibu bapa kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk mencorakkannya..kalau buruk corak yang kita lakarkan maka buruklah sikapnya nanti, manakala kalau cantik lakaran kita maka insyallah anak itu akan menjadi seorang yang berguna kelak..

Dalam peredaran masa demi masa, tahun demi tahun cara mendidik anak tak sama dengan zaman kita dulu-dulu..kalau dulu mak/ayah baru cakap jangan kita dah takut nak buat..tapi anak-anak zaman sekarang lebih berani dan pandai memberontak...kenapa boleh jadi mcm tu??tanya diri sendiri...kenapa anak-anak zaman sekarang suka melawan cakap ibu bapa?, kenapa anak-anak zaman sekarang pandai berbohong...masalah seperti ini 80% memang terjadi di sekeliling kita..nampak macam senang nak mendidik dan membentuk anak kan???tapi sebenarnya susah..yang paling penting kita sebagai ibu dan bapa perlu sabar, pandai mengambil hati anak, cuba jadikan anak sebagai kawan yang mana kita perlu mendengar masalah/cerita daripada mereka.. ini ada beberapa tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak :-

  • menjaga dan memelihara dengan baik dan penuh kasih sayang
  • memelihara permakanan dan minuman anak-anak tersebut iaitu memberikan mereka makanan dari sumber rezeki yang halal dan baik
  • makanan dan minuman yang baik,utama dan berkhasiat bagi anak damit ialah air susu ibu
  • memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pendidikan agama.
  • menjadi contoh yang baik kepada anak.
  • sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal
Jangan sesekali kita menengking, membahasakan diri sebagai AKU, memaki hamun dan berberapa perkara yang tidak elok kepada anak-anak kita kerana perkara seumpama itu akan menjadi ikutan mereka...

dan yang paling penting adalah doa daripada ibu/bapa kepada anak-anaknya..



-dZaNiE-

Bagan Lalang bersama geng Livina

Dah lama tul tak join geng livina...bz dengan hal-hal yang tak pernah nak abis..mgu lepas aku bersama geng livina pergi ke Bagan Lalang untuk mkn mlm..dah pergi ari sabtu nasib ko la menunggu makanan sampai...

check point pertama

check point ke 2

lama tak jumpa byk benda nk dicerita

menjamu selera setelah menunggu makanan sampai selama 2 jam


meeting utk next program bersama anak yatim

perut sape paling kempis??

anak-anak seronok bermain...


mmg enjoy klu join geng livina ni...



-dZaNiE-

so so so so sad.................:(

I'm so sad today......:(

Pagi tadi tetiba jer aku teringat kat mak/ayah aku...hati aku rasa mcm tak sedap....tapi malas nak fikir mungkin perasaan rindu pada mereka...di sebabkan aku mc semalam maka bertimbun la keja kat opis...nak tel mereka pun tertiba jer hilang daripada ingatan aku...

Ayu tel aku pagi tadi tanya kat aku mak tak sihat ker???aku kata ya sebab ari rabu aku tel mak kata dia sakit kepala tak leh bangun....aku jangkakan yang mak masih demam lagi...sekali lagi aku masih tidak dapat untuk menelefon mak....dah dekat tengah hari aku cari jugak peluang untuk telefon mak...aku ngan mak cakap mcm biasa..tapi naluri seorang anak, aku dapat rasakan ada satu kelainan pada mak/ayah aku...

Bila aku tanyakan khabar mereka mak hanya bagi tahu yang ayah tak sihat...tiba-tiba aku teringat nak tanya apa keputusan doktor tentang rawatan ayah yang aku bawa satu hari dulu...aku tahu mak berat nak bagitahu tapi aku cuba mendesak sebab aku tahu mak ada sebunyikan sesuatu...dan akhirnya mak bgtahu yang sakit sebenarnya disebabkan TIBI.....Ya Allah Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa itu...aku tahu ayah dah tentu tak boleh menerima kenyataan disebabkan selama ini ayah adalah seorang Inspektor Kesihatan yang mana terlalu banyak ceramah berkenaan TIBI, HIV, H1N1 yang dia dah bagi..tapi apakan daya ini adalah ujian daripada Tuhan...apa pun aku redho dan tak akan henti berdoa semoga kedua ibu bapaku sentiasa sihat dan berada dibawah lindunganNYa...

Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan, sembuhkanlah penyakit ayahku, peliharalah kesihatan kedua ibu bapa ku ya Allah...




-dZaNiE-

Padan Muka Aku......

Bulan depan dah start puasa baju aku ngan Mr.DZ lum lagi anto kat tailor...nasib baik baju anak-anak dah siap, dan baju raya diaorang aku dah start beli sikit-sikit..bukan apa aku malas nak menghangkut budak-budak tu membeli baju bulan pose nanti...tambah lak si Danish pose mau panjang sejengkal lidah dia nanti...masa tu pahala pose aku pun kurang sebab nak ngamuk jer...

Pagi tadi aku dpt msg daripada CPM dia kata tempahan baju raya di dzull de classique dah tutup since bulan jun...Aduh....berdebar jantung aku masa tu...mana pulak la aku nak anto baju..mau tak raya aku suami isteri tahun ni...tah ngape lak tahun ni aku duk berlengah-lengah nk tempah baju raya...mcm tak semangat nak raya jer...ada kengkawan yg suh aku cari baju ready made..aku bukannya tak nk cuma takut tak sedap dan selesa di pakai jer...

Any info pasai nak tempah baju ni tlg bagitau yer...klu tak pakai baju kelawar la aku tahun ni....hihihihi...


-dZaNiE-

3 hari 2 malam

kali ni aku JJCM ke Penang aku tak tido pulau...saja ajak Mr. DZ tido seberang sini...1st night aku tido umah adik aku kat SP 2nd night aku tido kat Kepala Batas..kompom lepas ni kalu aku ke utara aku tetap akan singgah Kepala Batas...memang la pekan dia kecik tak de apa tapi ada sesuatu yang menarik kat situ...nak tau apa?????
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

inilah dia....sedap dan murah (berbaloi-baloi)


antara menu-menu yang ada.....

*
*
*

*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Menu aku sekeluarga makan tengah hari tu Pari Bakar, Sotong Bakar, Daging Bakar, Sup dan Air satu jug...semua sekali RM30..nak pengsan aku dengar...klu kat KL tak de makna nak dapat RM30 memang murah,sedap dan berbaloi... sesiapa nak koordinat GPS mintak kat aku....

-dZaNiE-








Gigi

Masa zaman aku kecik-kecik dulu klu nurse datang sekolah check gigi aku lah orang yang paling tak takut, sebab gigi aku tak ada masalah langsung...cuma masa aku darjah 5 ada sebatang gigi aku ni rosak jadi bila ke klinik gigi doktor kata kena tampal...bab tampal menampal ni yang aku lemah...aku bukan nya takut cuma aku ngilu bila mesin tu berbunyi jantung aku mula kencang... aduh.....ni yang paling aku tak suka...sejak dari pertama kali aku kena tampal gigi aku mula menjaga gigi aku dengan sebaik mungkin...



Perkara yang kedua aku takut adalah cabut gigi di klinik...aku rela gigi tu patah sendiri daripada doktor yang cabut..sakit siot....dapat aku rasakan kesakitannya dengan darah yang keluar...mak oi mau pengsan aku...kelmarin gigi susu Danish patah..(pertukaran gigi sebab dah 6 tahun) gigi kekal dah keluar jadi gigi susu tu goyang, si Danish ni punya la berani dia goyang-goyangkan gigi tu sampai la tercabut...pengsan aku tengok darah...si Danish cool jer aku lak yang lebih-lebih panic...yang kelakarnyer dia nak simpan gigi susu dia tu sampai dia beso...tah nak wat apa aku pun tak tahu....harap-harap lepas ni anak-anak aku tak ada la masalah gigi....aku takut/ngeri siot.........


-dZaNiE-