Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda.

di malam yang hening

Di suatu malam aku duk asyik berbaring-baring di atas katil sambil membaca buku...tiba-tiba di hadif duk melompat-lompat atas katil..aku pun ckp :-

Aku : adik, jgn lompat-lompat nanti jatuh atas ibu..

Hadif : bu, baby ker? (sambil memegang perut aku) - bahasa dia la

Aku : tak ada la mana ada baby dlm perut ibu..

Danish : ibu beranak la banyak-banyak nish nak ramai adik...

Aku : his, korang berdua pun ibu tak larat nk kontrol...

aku tak sangka kenyataan aku tu boleh membuat danish terasa hati...

danish : tak pe la ibu buang la nish... (sambil berjalan keluar dari bilik-merajuk)

aku pun buat tak tau la ingat dia main-main...tiba-tiba dengar dia cakap sambil menangis, tak pe la klu ibu tak nak jadi anak nish..nish nak merajuk...

Aku : @#$%#@$ bila masa lak aku jadi anak dia???? OMG anakku...



-dZaNiE-

kisah si tam

kat umah mak aku ada la seekor kucing jantan kepunyaan adik aku yang bernama tam-tam...kucing ni memang manja dengan adik aku...semenjak adik aku masuk UiTM si tam ni mcm orang mati bini jer...asyik termenung...mak ayah aku naik kesian tengok dia...mungkin dia rindu kat adik aku kot.....

nak dijadikan cerita, balik kampung minggu lepas si tam ni tengah biang...bak kata org tengah gatai nak cr betina...kebetulan pulak ada la seekor kucing betina kat umah aku tu tah tak tau sape tuannyer...oleh kerana perasaan si tam ni tengah membuak-buak maka si betina tu la jadi mangsanya...kejar punya kejar, tenung punya tenung betina tu gak dia usha....si danish naik pelik ngape la si tam tu asyik kejar si betina tu...bermacam-macam soalan yang danish tanya pada aku, antaranya:-

D : Ibu, kenapa tam asyik kejar kucing tu???
A : dia nk ajak main kot...

D : tu isteri dia ke bu??
A : a'a kot...

D : his tam ni jangan la kejar isteri dia, sian nish tgk isteri dia lari...
A : biar la tam tu, tak yah tgk dia...

Tiba-tiba...............

D : ibu................ tam pukul isteri dia.....
berlari aku pergi tengok...rupa-rupanya tam dah mulakan aksi lucahnya....
A : dah nish pergi masuk kita tak boleh tengok tam gaduh dengan isteri dia berdosa tau...

D : ngape lak dosa???nish nak tolong isteri dia....
A : ##@%$^&&?????

masa kat dalam umah dia bagitau kat mak aku....opah tadi nish tengok tam pukul isteri dia....nish tak pukul pun isteri nish........hahahahahaha....bila pulak anak aku ada isteri?????

danish-danish kadang-kadang ibu nak tergelak dengan perangai ko....


-dZaNiE-
 

6 jenis buah bantu diet

Terdapat 6 jenis buah yang dapat membantu diet kita adalah :-

1. Grapefruit : Kajian menunjukkan grapefruit mengandungi kandungan asam yang dapat menyingkirkan kalori lemak yang terdapat dalam makanan.




2. Limau : Jika dibandingkan buah lain, limau mengandungi serat paling tinggi. Serat yang terdapat dalam limau adalah serat yang larut di dalam air sehingga dapat mengurangkan keinginan seseorang untuk makan.



3. Epal : Berdasarkan kajian, berat badan seseorang turun sehingga 33 peratus apabila makan epal sebelum mengambil makanan berat.


4. Berry : Raspberry, blackberry, blueberry, dan strawberi merupakan sumber makanan yang paling kaya dengan kandungan antioksidan yang dapat mengimbangi metabolisma tubuh.

5. Tembikai : Buah yang mengandungi 92 peratus air ini mampu mengeyangkan dan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.




6. Anggur : Kandungan antioksidan dalam anggur dapat mencegah pembentukkan lemak dalam perut.



-dZaNiE-

Kenapa Berat Tak Turun Walaupun Sudah Berdiet & Minum Banyak Air???


(ini bukan berat badan aku)

Ramai yang tahu bahawa banyak minum air boleh membantu kita menurunkan berat badan kerana kalori di dalam air adalah bersamaan dengan sifar. Jadi, apabila kita meminum air, tubuh akan menggunakan lemak yang tersimpan untuk memproses air yang diminum. Namun begitu ramai juga yang mengeluh kerana berat badannya tidak turun-turun walaupun banyak minum air. Nak tahu kenapa? Ini adalah kerana pengambilan garam yang berlebihan..



Apabila kita mengambil garam secara berlebihan (daripada sup, tom yam, kari, fries, kerepek pisang dll), tubuh kita akan retain (mengumpul) air yang diminum. Ini bermakna, air yang diminum tidak akan diproses sepenuhnya dan menjadikan kita gemuk air. Selain itu, pengambilan garam yang berlebihan juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, osteoporosis dan heartburn. Selepas membaca tulisan saya ini, diharap rakan-rakan dapat mengurangkan pengambilan garam ya..(peringatan untuk diri saya juga yang kuat makan garam wp kurang gula..huhu)Sebagai pesanan kepada rakan-rakan yang sedang sibuk mencari rahsia dan tips diet, sebenarnya memang tiada rahsia ataupun ubat ajaib yang boleh menjadikan kita kurus secara cepat, murah dan berkesan. Yang penting adalah kita mengubah habit ataupun tabiat pemakanan kita secara konsisten. Jika tidak, kita mungkin akan kurus dengan cepat tetapi akan menjadi gemuk semula selepas itu…selamat berdiet utk semua





-dZaNie-

Makan Buah



Ramai yang menyangka buah hanya perlu dipotong dan kemudiannya terus masuk ke dalam mulut. Sebenarnya, lebih banyak khasiat buah dapat dimanfaatkan sekiranya kita tahu bagaimana dan bila untuk memakannya.

Buah seelok-eloknya dimakan ketika perut masih kosong, dan bukannya sebagai pencuci mulut seperti yang lazim kita lakukan. Hanya dengan cara itu, fungsi buah sebagai agen nyahtoksik, pembekal tenaga dan membantu penurunan berat badan tidak terganggu. Kalau tidak dimakan terus buahnya, jus segar yang anda sukai perlu disertakan sekali dengan seratnya kerana ia membantu pembersihan sistem penghadaman. Elakkan memanaskan jus buah kerana khasiatnya boleh lenyap akibat suhu tinggi tertentu. Lingkaran hitam di bawah mata, masalah rambut gugur dan beruban juga boleh dielakkan sekiranya amalan mendahulukan buah sebelum makanan lain dilakukan selalu. Kesan detoksifikasi ini turut jelas kelihatan jika mengamalkan diet buah selama tiga hari berturut-turut. Pelbagaikan jenis buah untuk dimakan selama tempoh itu dan anda akan menyedari perubahan pada tubuh, kulit dan wajah.


-dZaNiE-

Diet & Workout

Umur nak masuk 28 tahun...terasa tul dah tua..tapi alhamdulillah dalam usia sebegini aku telah mempunyai segalanya,syukur...bila umur dh nak mencecah 30 ni mula la aku risau, risau penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis,jantung dll....so aku dh start untuk kontrol makan supaya dapat mengelak penyakit-penyakit ini disamping dapat la aku nk kuruskan badan...cerita pasai nak kuruskan badan ni dah bertahun-tahun aku berazam, tapi semuanya hampeh diet separuh jalan...dan kali ni aku betul-betul berazam tambah lak dapat sokongan padu daripada Mr. Dz..:)

Start 30 Mac lalu aku dh mula berjinakkan diri dengan GIM...aku dah tetap kan seminggu sekurang-kurangnya 3 kali aku akan ke GIM..bagi aku memadai la 3 kali seminggu sebab kalu hari-hari aku pg GIM mau tonggang terbalik umah aku...mana lagi nak basuh kain, kemas umah, masak dalam ertikata lain nak menguruskan rumahtangga la...tp terus terang aku katakan aku sekarang ni dah mula ketagih ke GIM untuk mengeluarkan peluh...bila time aku tak pg GIM tu rasa lain macam jer...aku harap dengan sokongan padu yang Mr. DZ bagi pada aku ni aku dapatlah menurunkan berat badan aku...tak banyak pun nak turunkan cuma 5 kg jer...yang lain tu adalah untuk kesihatan aku..

So sekarang ni segala pemakanan aku pun aku dh mula jaga...aku akan pastikan sehari aku akan minum sekurang-kurangnya 2.2 liter air kosong..dan lauk pauk pun aku dah mula catu...dah seminggu aku start buat benda alah ni dan aku dapat rasakan sedikit perubahan...moga-moga bila dah sebulan bertambah banyak la perubahan aku...insyallah...dan segala pantang larang harap-harap aku tak langgar..antara pantang larangnya:-
1) minum air ais
2) minum air gas
3) makan nasi
4) makan malam

Semoga impian aku akan menjadi kenyataan....chaiyok,chaiyok.....




-dZaNiE-